Semanis Ukhuwwah

Wednesday, April 28, 2010

:: Laporan Perjumpaan dan Solat Hajat di DPJA : PMRAM cawangan Mansurah ::

Alhamdulillah selesai sudah Solat Hajat dan taklimat mengenai seputar permasalahan mahasiswi Qiraat tahun 1 dan Isu Perpindahan Wafidin ke Kaherah. Sekitar 65 orang mahasiswi memenuhi DPJA.

Perjumpaan bermula sekitar jam 2.00 petang. Ustaz Zahimie selaku Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan(UPEP) memulakan ucapan dengan kalam taujihat buat mahasiswi Qiraat yang akan menduduki peperiksaan. Berkenaan dengan isu Perpindahan Wafidin ke Kaherah, beliau menyeru kepada semua yang hadir supaya mengikuti perkembangan semasa di blog Rasmi DPMM dan PMRAM. Pihak pimpinan akan berusaha supaya isu ini diselesaikan secepat mungkin. Apa yang penting, doa perlu dipanjatkan buat Sang Pencipta agar dipermudahkan segala urusan.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Ustazah Solehah bt Harun selaku Naib Pengerusi I HEWI DPMM. Suntikan semangat dan perangsang diberikan buat adik-adik Qiraat yang akan menempuh imtihan dan semua mahasiswi yang hadir. Segala permasalahan yang berlaku merupakan tarbiyah Allah SWT kepada hambaNya. Jangan menganggap isu ini sebagai bebanan, sebaliknya ini merupakan rahmat ujian buat hambaNya yang terpilih.

Berkenaan isu perpindahan Wafidin ke Kaherah, semua wakil wafidin tetap bersepakat untuk mempertahankan keputusan agar tidak mahu berpindah ke Kaherah. Bantahan akan tetap dibuat kepada pihak berwajib agar perpindahan ini tidak berlaku. Hak selaku mahasiswa tetap akan dipertahankan.Semua yang hadir diminta melakukan solat hajat dan banyakkan doa agar dipelihara Allah SWT.

Ustazah Norlatifah Othman turut memberikan ucapan selaku Unit Pengetahuan HEWI. Beliau mengingatkan semua yang hadir agar mendapatkan berita tekini melalui Pengerusi DPMM untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Beliau juga turut menyarankan kepada mahasiswi Qiraat tahun 1 agar menghubungi pihak berwajib (JPMK) supaya isu ini diambil berat dan tidak dibakulsampahkan oleh mereka. Selain itu, nasihat dan kalam taujihat diberikan buat adik-adik Qiraat agar teruskan usaha dan berjuang untuk menghadapi imtihan. Segala yang berlaku terselit hikmah yang perlu difikirkan bersama.

Solat hajat diimamkan oleh Us Malyanah Solehah(Unit Penerangan & Penerbitan HEWI) dan bacaan doa oleh Us Habibah (Unit Perumahan HEWI)..

Suasana sayu menyelubungi DPJA .. Rintihan doa dipanjatkan buat Yang Maha Mendengar agar dikuatkan semangat dan ditabahkan hati dalam menghadapi sebarang ujian.

"Ya Allah Ya Tuhan Kami.Tuhan yang memiliki kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya.Kami hamba yang hina datang menghadap diri kepadaMu
Yang Maha Perkasa.Ampunkanlah segala dosa-dosa kami Ya Allah...

"Ya Rahman Ya Rahim permudahkanlah urusan-urusan kami dengan keberkatanMu..Ya Fathu Ya Alim, seandainya penetapan kami mahasiswa/wi wafidin di BumiMansurah dan seluruh muhafazah untuk menuntut ilmuMu adalah baik buat kami, maka kekalkanlah kami di sini.Seandainya kami tergolong dalam orang-orang yang dizalimi, maka dengarkanlah rintihan kami..

Ya Allah Ya Rahman..perkenankanlah hajat kami.Engkaulah pelindung kami.

Ya Allah Ya Tuhanku,Tenangkanlah hati-hati sahabat2 kami mahasisiwi tahun 1 Qiraat dalam menghadapi ujianMu.Permudahkanlah urusan mereka untuk menduduki imtihan

Ya Allah..

Ya Allah..tunjukanlah kepada semua kebenaran agar kebatilan tunduk menyerah diri kepadaMu. Bubarkanlah perancangan-perancangan jahat yang mahu memecahbelahkan kesatuan kami. Berkatilah kami dan satukanlah hati-hati kami dalam menegakkan agamaMu di atas muka bumi ini. Kurniakanlah kejayaan dan kecemerlangan buat mahasiswa/wi Al-Azhar samaada di dunia dan diakhirat".

Amin ya Rabbal 'Alamin.....

Perjumpaan dan solat hajat berakhir sekitar jam 3.00 pm.

“ KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH ”

Sekian,

Fadhilah Esa
Setiausaha Hewi PMRAM cawangan Mansurah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog