Semanis Ukhuwwah

Friday, November 13, 2009

:: Terima Kasih buat kalian ::

Assalamualaikum wbt..

Terima kasih pada pembaca yang sudi menjengah ke blog ana ini.Terkejut dengan jumlah 90 lebih pengunjung ketika entri ini ditulis.Ya, jumlah yang banyak bagi ana yang baru berjinak dalam arena ini.Biasanya sekitar 20-30 pengunjung sahaja dalam sehari.Mungkin dengan isu ISMA yang ditulis tengah 'panas' tika ini.Situasi ini sedikit sebanyak menambahkan semangat serta kesedaran pada ana untuk terus menulis.Hari demi hari jari jemari ini terasa "gatal" untuk menulis sesuatu yang bermanfaat untuk kalian.

Terasa kerdil sangat berbanding blogger2 yang lain.Walaupun blog ini diwujudkan pada tahun lepas tetapi hanya sekitar bulan Oktober yang lalu ana kembali aktif menulis.Ana akui masih banyak lagi kelemahan diri ini dalam aspek penulisan.Terdapat banyak kesalahan mahupun stuktur ayat yang 'berterabur' dan 'tunggang langgang' dari segi tatabahasa.Alla kullihal ana akan cube perbaiki dari masa ke semasa..

Sedikit coretan mengenai keluarga tercinta di Bumi Malaysia..

Ana baru selesai berhubung dengan adik tersayang Khairiah Esa yang kini merupakan penuntut tahun dua Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI).Merupakan anak bongsu dalam keluarga kami.Biasalah, banyak perkara yang dibualkan dan banyak juga aduan2 serta masalah yang diceritakan oleh adik ana ini.Dari bab exam, kehidupan di kampus, sehinggalah bab student & letcturer yang cuba 'tackel' adik ana ni..(emm..macam2).

Alhamdulillah, nampak sedikit perubahan pada dia dari sudut cara berfikir.Ya, makin matang dalam menilai serta mengawal sesuatu masalah.Cuma satu perkara yang perlu diambil berat , mengenai kepentingan berpersatuan dalam erti kata 'bermasyarakat'.Terlalu banyak program yang dianjurkan di Kampus menjelang cuti semester.Akan tetapi dia hanya memberi seribu satu alasan untuk tidak menyertainya.Puas juga menerangkan situasi kita selaku mahasiswa dan peri penting mengambil peluang dalam program yang 'membina jati diri' serta membentuk kotak pemikiran yang kreatif&kritis dsb..Mungkin situasi pembelajaran yang sentiasa sibuk dengan assingment dan projek2 yang terpaksa diselesaikan menyebabkan aspek tersebut diabaikan.Hurm..ana akan sentiasa 'membasuh' fikiran adik ana ini.=)

Dalam perbualan kami, adik ana ini ada menceritakan mengenai percutian ke Sarawak yang direncanakan oleh abang ke-3(Mohd Sabri-Bawi) dan kakak ke-5(Zakiah-Kak yah) untuk menghabiskan cuti persekolahan pada 21-26 November di rumah kakak ke-6(Hafizah-Kak jah).Kak Jah menetap di Kota Samarahan,Sarawak.Seronok sakan la anak2 saudara ana ni,dapat jumpa geng.Jealous juga la hati kecil ana ni.Mana taknya, percutian ini hanya melibatkan tiga beradik sahaja.Kami yang berbaki ini hanya mampu melihat jer..(xpela, tunggu ana balik malaysia tahun depan)

Seronok mendengar cerita adik beradik dan family ni..Almaklumlah, jauh di perantauan...Bawi,Kak Yah & Kak Jah banyak support ana di sini.Terima kasih buat kalian!

Sarjan Mohd Sabri b.Esa(PDRM Bukit Aman,KL)

Bawi, Aina Najwa,Kak Niza(juga anggota polis berpangkat Kopral) dan Aimi Najiha.
(skrg dah bertambah lg 2 org cahaya mata: Nur Dini Damia & Mohd Arif Wafiq)
Bawi juga ada kelebihan melukis dan pakar dalam Adobe Photoshop.
Antara potret Raja Muda Perlis yang dihasilkan.(2 potret mencecah hampir
RM 3500-pendapatan tambahan)

Family kakak ke 5: Kak Yah(Guru di SK Bandar Baru,Bangi), Akram Al-Abrar &
Abg Kamil(Guru di ..em.xingat sekolah apa:)
(skrg dh tambah lg sorg chy mata-Aiman Ajwad)

Kakak ke-6 : Kak Jah(Guru-graduan UKM) Sudah berkahwin dengan Abg Arshad(Guru Agama).
Cahaya mata : Mohd Daiyan Hakim(setahun lebih) dan sedang menunggu cahaya mata kedua pada April tahun depan.

3 dr 4 anak buah yang lahir sepanjang permusafiran ana di Bumi Mesir.
Dari kiri : Mohd Arif Wafiq,Shahir Nizamuddin&Daiyan Hakim.

:: Isma tidak perlu wujud di Mesir ::


Icon ini khusus buat pembaca blog ini yang ana edit dari "Malaysia Bebas ISA" Emm,mungkin ahli PMRAM boleh memakai 'button' ini bagi menunjukkan rasa "TIDAK PADA ISMA".Pada blogger2, boleh copy icon ini dan di'paste' dalam blog anda..juga pada semua ahli yang sayangkan kesatuan PMRAM dan kesatuan Islam."SATU FIKRAH SATU AMAL"


Assalamualaikum wbt..

Pada tahun ini PMRAM mahupun DPM dan BKAN diuji Allah SWT dengan 'keganasan' ISMA untuk melebarkan sayap tempang mereka di bumi Mesir ini.Begitu banyak usaha mereka untuk 'mengismakan' pelajar-pelajar Nusantara di bumi Mesir ini.

Seperti yang sedia maklum Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang ditubuhkan pada tahun 1930 adalah persatuan pelajar Melayu tertua di Mesir.Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (ISMA) baru sahaja beroperasi. Mengapa satu lagi persatuan anak Melayu ini perlu beroperasi?

Sudah terang lagi bersuluh PMRAM merupakan persatuan yang menyatukan suara anak-anak Melayu di bumi Mesir.Apakah kelahiran dan kewujudan ISMA hanya mahu memporak perandakan mahasiswa di Mesir?

Memetik kalam Us Syafiq Zulakifli dari blog beliau :
Ini adalah hiraki mahasiswa. PMRAM sebagai persatuan induk. Badan Kebajikan Anak Negeri dan Dewan Perwakilan Mahasiswa pula sebagai persatuan di peringkat negeri dan cawangan. Bayangkan sistem kerajaan Malaysia. Kita ada Perdana Menteri mentadbir Malaysia dan Menteri Besar mentadbir negeri. Ada beberapa perkara yang difikirkan perlu diubah pemikiran mahasiswa kita. Jika ISMA mengatakan 'kami juga mahu menyampaikan dakwah', mengapa tidak bersama-sama kukuhkan dan satukan medan dakwah bersama PMRAM? Mengapa perlu diasing-asingkan? Jika ISMA mengatakan PMRAM lemah dari sudut tarbiah, mengapa kalian tidak duduk membantu PMRAM, untuk menjalankan tarbiah? Pada hemat saya, jikalau kita punya satu semangat persaudaraan, persefahaman, dan tidak inginkan perpecahan; ayuh duduk di dalam satu bumbung. Bekerja bersama-sama dalam satu gerakan. Bukan mewujudkan gerakan mahasiswa baru. Ia adalah semata-mata mencari ruang untuk memimpin. Jika kalian mahu memimpin, mengapa tidak bersama-sama bertanding di dalam pentadbiran PMRAM? Gunakan satu pendekatan baharu. Atau, ISMA hanyalah semata-mata akan menjadi persatuan suruhan JPMK setelah wakil kerajaan di Mesir itu tidak dapat 'mencipta' satu persatuan yang mampu berdiri bersama mereka.Saudara, kita bukan kanak-kanak. Kita mahasiswa yang perlukan pemikiran terbuka. PMRAM pula harus membuka jalan agar semua mahasiswa berhimpun di dalam satu bumbung.

Ana bersetuju 100% dengan kalam beliau.Ini realiti yang berlaku pada ana semalam ketika cubaan ISMA untuk mengambil seorang adik baru yang ditauzi'kan oleh PMRAM seterusnya diuruskan oleh DPM Mansurah.

Perasaan geram dengan tindakan mereka tidak dapat dikawal..Ya, walaupun dakwaan mereka adik tersebut yang ingin bersama ISMA tetapi tanggungjawab menjaga /menguruskan pelajar tetap di bawah urusan DPMM.Bayangkan penat mengurus adik2 baru tak hilang lagi,tiba2 keesokannya diambil oleh ISMA.Ana kira Unit Amal Kamsis(UAK) turut merasa perit dengan apa yang berlaku.(boleh baca entri: 5 jam berkawal di bait anis di blog Us Hakimi-UAK) http://menjejakharapan.blogspot.com/

Bagi ana kita boleh berjidal dengan mereka secara berhikmah, tetapi apabila melibatkan perkara yang memecah belahkan kesatuan ahli, kita perlu bertegas.Kita perlu menghalang usaha pihak2 yang tertentu yang cuba menggugat kesatuan serta keharmonian ahli.

Firman Allah swt : hendaklah kamu menegakkan agama dan janganlah kamu berpecah-belah di dalamnya” (Surah as-Syura, ayat 13).

Jadi, ana seru pada sahabat/iah agar bersama2 dengan PMRAM dan mengukuhkan kesatuan ini.Andai terdapat kecacatan,sama2 lah memperbaikinya.Tidak perlu mewujudkan persatuan yang baru.Usaha ini hanya akan mengganggu serta melambatkan kemenangan Islam.Andai perkara ini tidak diambil berat maka ianya hanya membuka ruang pada musuh-musuh Islam untuk merosakkan Agama Allah swt..

p/s : Tahniah pada Us Hakimi pada fikrah yang diterjemahkan oleh beliau dalam blog.Teruskan menulis demi kelangsungan dakwah Islam.

globetrackr: site details for

globetrackr: site details for

Posted using ShareThis

Antara Kelantan dan Pahang

Assalamualaikum...
Video ini ana paparkan buat si "dia" yang mengutuk kerajaan Negeri Kelantan.Si dia yang ana maksudkan adalah Faizal Sabhon(Ezo Umno) pada entri yang lepas. link http://www.youtube.com/watch?v=sdnNB8bsYq8

video
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog