Semanis Ukhuwwah

Sunday, October 25, 2009

Sukarnya Mencari Pengganti..


Hari-hari yang dilalui terasa hambar, pilu, sedih dan seribu satu perasaan yang sukar digambarkan.Hari ini 26 Oktober 2009, Mansurah kehilangan seorang serikandi , seorang pejuang muslimah yang meninggalkan bumi anbiya' ini untuk kembali ke tanah air dan kembali untuk berjuang di Malaysia.Merupakan insan yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami selaku kepimpinan DPMM serta insan yang sentiasa memberi serta meniupkan roh jihad dalam diri kami.Ketika entri ini ditulis air mata ana masih lagi mengalir..sedih.Baru sebentar tadi Andak Halimah & Along Rahayu meninggalkan bumi mansurah..(sekitar jam 6.40pm).

Ana mengambil keputusan untuk tidak menghantar mereka ke mator atas sebab punya urusan yang perlu diselesaikan segera(sebab lain-sedihhhh).Hanya deraian air mata dan doa mengiringi mereka.Ramai sahabat2 yang mengiringi along dan andak ke mator.Termasuklah pelajar2 perubatan yang turut sama mengambil peluang bersama mereka di saat2 terakhir mereka di bumi kinanah ini.Ramai sehinggakan terpaksa menyewa coaster.Gambaran jelas menunjukkan bakti yang dicurahkan pada persatuan,pada Islam tanpa mengenal erti penat dan lelah..Sehinggakan ana yang selaku pimpinan pun agak sukar bersama beliau.Banyak masa dihabiskan untuk gerak kerja Islam.Andak Limah menghabiskan masanya menuntut ilmu dan berjuang hampir 10 tahun.Orang lama yang banyak merasai pahit manis dalam berjuang serta menuntut ilmu di Bumi Mansurah.Ana kira tempoh yang cukup lama..Satu demi satu ujian yang terpaksa ditempuh...namun, semangatnya tak pernah luntur.Ujian yang dihadapi oleh andak banyak memberi semangat serta mengajar kami erti kehidupan.

Lain pula dengan kisah Along Ayu..InsyaAllah Along akan datang semula ke bumi Mansurah untuk mengambil imtihan (hanya 1 madah) pada fasa dua akan datang.Along mua'dalah lepasan INSANIAH..sepatutnya pulang abis tahun ni dan sepatutnya juga imtihan bagi tasfiah dah selesai.Tapi, along tersilap tengok jadual (awal sehari pada tarikh yg dijangka)menyebabkan madah tasfiah terpaksa diambil pada tahun berikutnya..sedih kan??dah macam2 usaha yang dilakukan..jumpa amid, ablah&doktur tetapi keputusannya tetap begitu.Kena datang semula untuk amik madah tu..Kalau keadaan ni berlaku di mana-mana IPT malaysia, mungkin para pensyarah akan menolong tapi, di Al-Azhar ni memang lain, banyak perkara yang tak dijangka berlaku.Bila difikirkan balik, ada hikmah yang tersirat yang tak nampak lagi sekarang...Redho dengan apa yang Allah tentukan.(best juga along dtg mesir lg :)..

Memang sukar mencari pengganti andak..Ana doakan semoga andak dan along thabat dalam perjuangan , dikurniakan sayap kanan yang berjiwa Salahuddin Al-Ayubi..(jangan lupe hantar kad kahwin..)

Emm..DewanMuslimat PAS menanti kepulangan antuma.PAS perlukan jiwa-jiwa sebegini untuk sama2 membantu perjuangan Islam di Malaysia..Akhir kalam, buat andak n along yang terbaca entri ni..doakan ude di sini.Ude nak balik tahun depan..Rindu sangat keluarga di Malaysia.Rindu nak bersama-sama sahabat2 kempen untuk pilihanraya,cula undi,jahit bendera PAS dsb..Doakan juga buat adik beradik hewi yang lain serta AJKT, Penasihat dan seluruh ahli DPMM & PMRAM.Moga kesatuan PMRAM tak kan berjaya
digoyah oleh mana-mana pihak (IJAN)-Isma,JIM,ABIM,Nadi Umno.!

Ukhuwah Fillah abadan abada........

p/s : Nantikan entri khas akan datang istimewa buat Umi Fauziah, Mama Ansoriah, kak Ngah Baizurah n Nurul Huda..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kenyataan Rasmi MANHAL PMRAM: Isu Pemakaian Niqab/Purdah


1. Permasalahan pemakaian niqab/purdah bagi wanita adalah merupakan perselisihan dalam perkara cabang (furu') di dalam perbahasan hukum. Berikut adalah kesimpulan pandangan para fuqaha terhadap masalah pemakaian niqab/purdah:

Mazhab Hanafi : Wajah dan pergelangan tangan bukanlah aurat tetapi diharamkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatnya apabila disertai dengan syahwat.
Mazhab Maliki : Wajib bagi seorang wanita untuk menutup muka dan pergelangan tangan apabila berada bersama lelaki ajnabi
Mazhab Syafi`e : Tidak wajib menutup muka dan pergelangan tangan. Namun pandangan muktamad di sisi Mazhab Syafi`e adalah wajib menutup muka dan pergelangan tangan.
Mazhab Hambali: Wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

2. Kenyataan Imam al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang telah disiarkan oleh media tempatan dan luar adalah tidak tepat dengan situasi sebenar bahkan telah diputarbelitkan.

3. Majlis Tertinggi al-Azhar al-Syarif yang bersidang pada 8/10/2009 telah membuat beberapa keputusan berkenaan isu pemakaian purdah seperti berikut:

1) Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

2) Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

3) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

4) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

5) Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

4. Setelah meneliti dan mengkaji perkara di atas, Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan ( MANHAL ) PMRAM menegaskan beberapa perkara untuk diambil perhatian:

1) Memahami bahawa masalah khilaf tidak sepatutnya menjadi pertikaian dan perselisihan berdasarkan kaedah yang berbunyi:

" لاَ يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيْهِ ، وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ "

Yang bermaksud:

"Perkara yang berlaku khilaf tidak perlu untuk dipertikaikan sebaliknya perkara yang perlu untuk dipertikaikan adalah apabila perkara tersebut merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama secara Ijmak."

Oleh itu, umat Islam dibolehkan untuk mengambil mana-mana pandangan para fuqaha.

2) Menghormati al-Azhar al-Syarif sebagai satu institusi keilmuan Islam yang diiktiraf sejak dulu hingga sekarang kerana bermanhaj dengan manhaj ilmu yang sederhana (wasatiah)

3) Bersangka baik dengan para ulama sekiranya timbul usaha untuk melaga-lagakan antara mereka dalam sesuatu isu serta merujuk terus kepada sumber yang boleh dipercayai

4) Tidak melupakan isu utama yang disepakati oleh ulama iaitu wajib menutup aurat disebabkan terlalu membesarkan masalah furu'.

5) Semua pihak perlu menghormati ketetapan yang diluluskan oleh al-Azhar al-Syarif dan membenarkan pemakaian niqab/purdah di premis-premis dan rumah-rumah negeri.


------------------------------------

Kenyataan ini telah disepakati melalui perbincangan pihak fellow MANHAL PMRAM seperti berikut:

1. Mohd Juzaili b. Juhan
2. Mohd Khairi b. Abdullah
3. Hairul Nizam b.Mat Husain
4. Mohd Fakerei b. Mahyudin
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog