Semanis Ukhuwwah

Tuesday, November 17, 2009

Bagaimana Menyentuh Hati..?


Ringkasan Buku : Bagaimana Menyentuh Hati (At-Tariq Ilal Qulub) - Syeikh Abbas As-Siisiy

Muqaddimah:

Perhatikan tongkat signal di stesen keretapi. Dengan menggerakkanya sedikit, landasan akan bergeser, dan perjalanan keretapi pun berubah arah. Demikianlah halnya dengan hati. Gerak hati akan menentukan arah kehidupan seseorang. Ia demikian menentukan “Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, bila ia buruk maka buruklah seluruh tubuh”. Demikian sabda Rasulullah saw mengenai hati. Dakwah sesungguhnya berorientasikan mengubah arah kehidupan umat manusia, dari kebatilan menuju kebenaran, dari keracunan menuju kejelasan. Dan semua itu bermula dari hati. Keberhasilan dan kegagalan dakwah semata-mata bergantung dari bagaimana seorang daie menyentuh hati objek dakwahnya.

Dalam buku ini, Syeikh Abbas As-Siisiy memberikan berbagai uraian tentang dakwah secara unik. Yakni dengan mengangkat berbagai kisah, mulai dari kisah sahabat bersama Rasulullah saw hingga kisah pengalamannya dalam berinteraksi dengan medan dakwah, baik yang dialami sendiri maupun yang disaksikannya.

Dari kisah-kisah nyata itulah beliau mengambil beberapa hikmah dan pelajaran yang sangat bermanfaat bagi kita semua, sebagai para daie.


(Secara ringkasnya...)

1. Islam adalah agama ‘misi dan dakwah’. Ibadat bukan sekadar aktiviti lahiriah tetapi juga melibatkan roh dan mempunyai peranan sosial dan dakwah.


2. Ciri-ciri yang mesti dimiliki oleh seorang daie:
a. Memahami rahsia jiwa seseorang.
b. Mampu menghiasi diri dengan watak sabar dan lapang dada.
c. Mempunyai firasat yang tajam dan hujah yang kuat. “Waspadalah kalian firasat seorang mukmin, kerana ia melihat dengan cahaya Allah”
d. Memiliki kemampuan untuk membangkitkan ‘indra ketuhanan’ dengan seruan yang baik, cara yang baik, berdialog, hujah yang lebih baik serta contoh teladan yang baik.
e. Taqwa kepada Allah dan yakin kepada janji-janji Allah. (An-Nur 55).

3. Rasulullah meninggalkan kepada kita cara untuk berdakwah yang mudah untuk diikuti oleh sesiapa sahaja.

4. Perbaikilah dirimu terlebih dahulu dan serulah orang lain.


5. Tugas daie adalah membetulkan kefahaman umum yang salah terhadap Islam.

6. Dalam fasa pembentukan (takwin), perhatian kepada uswah hasanah kepada masyarakat Islam dengan cara memantapkan iman, pemahaman dan toleransi dalam masalah khilaf & furu’.

7. Melaksanakan dakwah secara tadarruj (berperingkat). Memulakan dengan diri, keluarga, kerabat terdekat dan masyarakat.

8. Al-Quran adalah pusat pembangkit ‘tenaga’ kepada kaum muslimin. Tugas daie adalah mengalirkan kekuatan ini dari sumbernya ke setiap hati muslim.


9. Apabila berdakwah, ingat anda bukanlah seorang ulama @ fuqaha tetapi anggaplah anda sedang memberi hadiah kepada orang lain.

10. Kenalilah pasti potensi diri secara ruhiah.
11. Mengenal pasti kebaikan yang ada pada orang lain dan memupuknya.

12. Tugas daie ibarat seorang guru atau doktor. Menghayati hati dan cara fikir pelajar dan menghapus penderitaan pesakit dengan kata-kata dan ubat yang sesuai.
13. Perilaku dan contoh tauladan seorang daie yang ikhlas akan mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada tulisan dan ceramah.
14. Menghargai indra yang dikurniakan oleh Allah melalui tatapan mata yang dipenuhi rasa iman dan kasih sayang.

15. Daie ibarat hati, maka barangsiapa yang tidak menghidupkan hatinya, ia tidak mendapat sambutan dari masyarakat.

16. Hati yang beriman adalah sumber penggerak.
17. Perasaan dan kasih sayang adalah ‘bahasa’ antarabangsa yang dipergunakan oleh daie dalam menghadapi seluruh penduduk bumi, hingga kepada orang bisu sekalipun. Dengan ‘bahasa’ inilah, generasi pertama umat ini dapat menakluki dunia.

18. Menghafal nama adalah langkah awal untuk mengikat hati dan melahirkan sifat mempercayai sesama individu.

19. Hendaklah tanam rasa ingin dan suka menghafal nama orang lain

20. Ketika sedang berkenalan, cepat-cepat hafal nama, ingat dan mengunakannya pada ketika itu juga ketika bercakap-cakap.

Sekian.......'JAGALAH HATI' =)
sumber rujukan : Internet
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog