Semanis Ukhuwwah

Saturday, June 5, 2010

Palestine With Love

Bismillahi walhamdulillah..
 
MARI PECAHKAN KEPUNGAN GAZZA

Gazza menggemparkan alam lagi. Setelah gazza menggemparkan dunia dengan pejuang-pejuang Islam mencapai kemenangan dalam peperangan gazza (link). Gazza menggemparkan dunia dengan 6 kapal bantuan kemanusian telah datang membawa bantuan kemanusian yang melibatkan 650 aktivis dari seluruh dunia termasuklah penerima Nobel, ahli parlimen dari lebih 40 negara termasuklah Malaysia. Sudah 9 misi kapal bantuan kemanusian yang memecah kepungan gazza ini yang datang untuk memberi bantuan kepada penduduk gaza yang telah disekat oleh Israel sejak 12 julai 2007, limanya berjaya sampai ke gazza.

Apabila kapal-kapal ini sampai lebih kurang 130 batu dari pantai gazza pada pukul 4.30 pagi. Hanin az-Zogbhi Anggota parlimen Arab di Israel yang turut berada diatas kapal Mavi Marmara menceritakan bahwa beliau melihat 14 bot tentera komanda Israel mendekati mereka dimana setiap bot membawa 10 komando dan juga helicopter yang menurunkan komando yang lengkap bersenjata. Hanin berkata tentera-tentera elit ini ini telah melepaskan tembakan sebelum sampai ke dalam kapal. Para aktivis tidak membawa apa-apa senjata tajam atau senjati api. Malahan penganjur telah menyediakan pinggan dan sudu pelastik supaya tidak berlaku apa-apa keganasan. Serangan berlaku semasa mereka masih berada dalam perairan antarabangsa bukannya di perairan Israel atau Gazza dan perbuatan tentera Israel ini adalah perbuatan lanun dan mencabul hak-hak2 kemanusian.

Hanin berkata lagi ada 3 orang yang cedera parah dan perlu dirawat dan beliau telah meminta bantuan dari tentera Israel dengan bahasa ibrani dan bahasa inggris tetapi tidak dilayan dan akhirnya mereka mati.Wakil rakyat Kuwait at-Tabtabai berkata beliau telah ditegah dari masuk tandas (semasa ditahan) selama 24 jam. Juru Gambar al-Jazeera yang meminta kepada tentera Israel supaya tidak merosakkan kamera video dan Cuma mengambil pita rakaman sahaja tetapi tidak dipedulikan oleh komando. Komando itu memusnahkan kamera video itu dan menyuruh al-Jazeera untuk mengantikannya. Tahanan-tahanan diseksa secara mental dan fizikal. Mereka juga disuruh untuk mentanda tangani dokumen yang mengakui mereka sudah melanggar undang-undang.

Khalid Masyal Ketua Politik HAMAS berkata:

قد بدأت عسكريا بشجاعة تقاتل إسرائيل فاختم حياتك بشجاعة بفتح معبر فتح بشكل دائم

Wahai Husni Mubarak sepertimana engkau mulakan kerjamu sebagai panglima tentera (sebelum jadi prseiden) dengan penuh keberanian dengan menyerang dan mengalahkan tentera Israel hendaklah kamu akhiri hidupmu dengan tindakan keberanian juga iaitu dengan membuka Laluan Rafah secara kekal.”

Kemudian Kerajaan Mesir hanya membuka secara untuk dua tujuan 1. Bantuan kemanusian 2. perjalanan individu.

Khalid Masy’al berterima kasih dalam hal ini tetapi menyatakan masih tidak cukup kerana perlu dibuka secara sepenuhnya.

Syeikh Abdul Majid Zindani seorang Ulama Yaman berkata kepada Mesir

لو فتحتم معبر رفح ولم تستسلموا لضغوطات دوليه لما وقعت هذه المجزرة“
Kalaulah kamu buka laluan rafah dan tidak tunduk kepada tekanan antarabangsa pastilah tidak akan berlaku pembunuhan beramai-ramai ini.”

Perdana Menteri Ordogan berkata dalam parlimen:
“ Kalaulah semua negara-negara dunia hanya senyap dan berpaling ke belakang. Turki tidak sama sekali berpaling kebalakang membiarkan gazza terus dikepung oleh Israel.”

Kepungan Israel yang bermula dari 12 julai 2007 inilah menjadi punca kepada segalanya berlaku. Ada tujuh tempat laluan yang menghubungkan palestin dan dunia luar melalui jalan darat. Salah satunya adalah laluan rafah. Kepungan ini menyebabkan pengangguran meningkat menjadi 65 %, kefakiran meningkat kepada 80% dan telah ditutup 3500 pusat-pusat industri dan perniagaan. Oleh kewajipan yang perlu lakukan tidak kira secara induvidu, persatuan, parti politik, jemaah Islam, kerajaan adalah untuk menekan dan melakukan tindakan sehinggalah Israel tidak mengepung lagi. Adakah kita bersenang lenang sibuk berbalah sesama sendiri tetapi tidak ada usha yang serius dan berperancangan untuk memastikan kepungan ini berakhir? Jangan biarkan isu ini sejuk apabila tawanan telah dilepaskan. Ingatlah bahawa kepungan ini merangkumi daratan, lautan dan Udara.
Setiausha PBB Ban ki mon berkata "Kalau Israel mengikut permintaan Antarabangsa nescaya tidak berlaku peristiwa ini"
Kita Mahu PBB bertindak bukan sahaja berkata2. Kalau polis hanya berkata kepada perompak yang telah membunuh mangsanya yang berada di depannya "Kalau kamu tidak merompak kan tidak berlaku kematian ini." dan tidak membuat apa2 tindakan. Maka perompak itu pasti akan terus merompak dan membunuh lagi kerana polis hanya menasihati dan membiarkannya.

Tindakan kita:
  1. Nyatakan kemahuan kita untuk merungkai kepungan Israel ini di dalam blog, face book, my space dan lain-lain.
  2. Jika kerajaan berlemah lembut dalam hal ini, hendaklah persatuan, NGO, parti politik menekan kerajaan untuk menekan negara Islam (OIC) , PBB dan negara-negara arab untuk memberi tekanan kepada Israel.
  3. Pihak kerajaan cuba menghubungi kerjaaan turki untuk merencana bagi menekan Israel. Kerajaan turki setakat ini yang bersungguh untuk menekan Israel.
  4. Satu lagi Amerika juga sangat penting untuk ditekan. Amerikalah yang menghalang dari keputusan PBB dalam perjumpaan tergempar (sejurus selepas kejadian ini berlaku) untuk mengecam Israel. Kalau mengecam pun Amerika tidak bagi, apalagi hendak membuat tindakan.
  5. Menekan PBB untuk membuat siasatan dan mengheret Israel ke Mahkamah jenayah antarabangsa.
  6. Setiap individu, persatuan dan kerajaan wajib memboikot. Jangan boikot bermusim. Pengerusi Kesatuan Islam Sedunia Bagi Ulama Muslimin menyatakan berdosa besar membeli barangan Amerika dan Yahudi.
  7. Kerajaan hendaklah memberi tekanan kepada Mesir supaya membuka laluan Rafah secara kekal.
Tambahan :
MOHON DOA DAN SOLAT HAJAT SETIAP WAKTU & BANYAKKAN BACA QUNUT NAZILAH.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Laman2 ini boleh dikunjungi untuk mendapat maklumat semasa :
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog