Semanis Ukhuwwah

Wednesday, December 23, 2009

:: Makna sebuah Kelahiran..::

Antara hero2 Mansurah..
Dari kiri : Fahim,Adam,Rafiq Fitri,Wahbah Zuhaili dan Ahmad Miqdad.
Gambar ini dirakamkan ketika jamuan Hari Raya Aidilfitri(Syukur 1430H)

Assalamualaikum wbt...

Hari ini 6 Muharam 1431H bersamaan 23 September 2009 lahirlah putera kedua bagi Us Nasir dan Us Hizwatuna.Pasangan ini merupakan Pengarah dan Timb Pengarah UBM..Bayi comel ini diberi nama Amar Farihin bin Mohd Nasir.Sudah tentunya putera sulong mereka Rafiq Fitri agak tergugat kerana perlu berkongsi kasih sayang dengan adiknya..Rafiq perlu menerima kenyataan yang kini sudah menjadi abang..:) Geli hati juga melihat gelagat Rafiq dalam menyesuaikan diri menerima orang baru.

Selamat hari lahir juga ditujukan kepada Ukhti Syafiqah Thoifur yang ke 22(zaujah Us Tuan Azman)..Moga Syafiqah selamat melahirkan seorang lagi Jundi Islam yang dijadualkan Mac 2010.Yang pastinya Bumi Mansurah akan meriah dengan 'orang2 baru' pada tahun 2010.(dijangka 10 orang bayi bakal dilahirkan-dengan izin Allah:)

Emm..tentunya TSUH DPMM agak syaghal(sibuk) kerana perlu mengatur jadual bagi akhawat untuk menjaga madam2 yang bersalin.Apapun,tugas ini dilaksanakan dengan gembira kerana ganjaran Allah SWT pada hambaNya dalam melakukan kebaikan di akhirat kelak.Lagipun amalan ini sangat2 penting dan bermakna dalam kondisi kita di perantaun.Sahabat2 merupakan adik beradik dan keluarga besar kita di sini.Itulah betapa pentingnya ukhuwah..Terubat juga rindu pada anak2 buah di Malaysia dengan melihat telatah mereka.Anak2 kecil ini perlu ditarbiyah agar menjadi insan2 yang bertaqwa dan menjadi Jundullah dalam memartabatkan Islam.

Moga dengan lahirnya 'bayi2 ini' juga akan bertambah kukuh ukhuwah Islamiah sesama ahli bujang mahupun mutazawwijin.

Di kesempatan ini juga, ucapan Sanah Helwah ya Jamilah buat Kak Long(Us Solehah)-Naib Pengerusi 1 HEWI DPMM pada 13 Dis yang lepas.Maaf ye kak long sebab rancangan kami yang sengaja untuk melambatkan 'wish birthday' pada tempoh hari.(saje nk test n nk tgok reaksi k.long.Tp,kak long relax je n mmg seorg insan yang tabah).Apapun, sambutan tetap dibuat walaupun secara ala kadar.

Kek Untuk Us Solehah Harun
Keropok lekor pun ade...sedaaaapp :)
Kreatif tak?..Keropok lekor yang dibentuk "We Love U" khas untuk K.long.Memang terkejut+terharu juga k.long dapat keropok lekor nie,Ingat nk simpan je n letak dlm frame ;) tp,rugi..baik makan jer.

Faraulah -pencuci mulut

Bila difikir di sebalik makna sebuah kelahiran..Persoalan ini perlu dilontarkan:
-Bagaimana amal ibadat kita?Cukupkah bekalan kita untuk dibawa ke akhirat kelak?Apakah sumbangan kita dalam menegakkan kalimah Allah?Terhapuskah dosa2 kita?..........

Moga iman kita bertambah seiring dengan usia.

Tambahan: Selamat Hari Lahir buat SUA DPMM(23 Dis 1986).


Thursday, December 17, 2009

:: Salam Maal Hijrah 1431 H ::



Salam Maal Hijrah pada semua pembaca..
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu(muhasabah) sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya



DOA AKHIR TAHUN


Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.

Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.

Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.

Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah

DOA AWAL TAHUN

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam....
"Maal Hijrah menyingkap sejarah..kisah perpindahan nabi Muhammad..dari kota Makkah menuju ke Kota Madinah..."

Tuesday, December 15, 2009

:: SuNNah OraNg BeRjuAnG ::

Entah kenapa hingga saat ini masih sukar untuk melelapkan mata.Otak ligat berfikir mengenai amanah dan tanggungjawab yang masih belum diselesaikan..tanggungjawab dan amanah selaku Hamba Allah SWT, tugas seorang anak, seorang pelajar, ahli serta pimpinan persatuan masih belum dilakukan dengan baik..Ya Allah,bantulah hambaMu yang hina ini, kuatkanlah diri ini dalam perjuangan menegakkan kalimahMu..Ameen..

Titipan buat Pencinta Islam, Pejuang Kebenaran...

Yang namanya perjuangan itu tidak pernah sepi dari jerih dan payah, tidak pernah lekang dari sebuah pengorbanan dan kesabaran. Tidak dapat tidak, ia mesti dilalui dengan sebuah tekad dan kesungguhan. Sahabat, inilah medan perjuangan kita..!



SUNNAH ORANG BERJUANG
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, meluah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid
Atau menang...

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, meluah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid
Atau menang.......

"Kadang-kadang kita Berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan yang menimpa, Kadang-kala kita Berdoa untuk cerdik tapi banyak pula masalah yang timbul, Kadang-kala kita berdoa untuk bahagia tapi huru-hara pula yang datang, Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tabah. Hebatkan Allah... Semua yang terjadi ada Hikmahnya... "

: Titipan dari hamba yang hina....2.10 pagi 15 Dis 2009

Sunday, December 13, 2009

Cacatan dari Bumi Mansurah

Assalamualaikum..

Ana menerima satu panggilan telefon dari abang Fauzi (pozie) di Bumi Malaysia..Pada mulanya terkejut juga dengan panggilan itu.Selalunya perkara yang benar2 penting sahaja ana yang berada di perantauan ini akan dihubungi.Tambahan pula abang ke7 ana ni memang jenis yang 'liat’ untuk menghubungi ahli keluarganya.

Alhamdulillah, khabar baik yang diterima.Abang akan menghantar rombongan meminang gadis pilihan hatinya yang berasal dari Jasin,Melaka pada 19 Dis 2009.Khabarnya akan melangsungkan perkahwinan pada akhir 2010.Moga ianya sejajar dengan perancangan Allah swt.Ana sempat berpesan supaya tunggu kepulangan ana terlebih dahulu sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan.Sedih kalau tak dapat saksikan saat bahagia abang.Sebelum ni abang ke2 dan kakak ke6 berkahwin tanpa kehadiran ana.5cucu mak dilahirkan sepanjang 2tahun ana di sini.Ahli keluarga makin ramai…Anak buah pun tak kenal mak cik diorang ni.

Satu persatu folder gambar family dibuka.Wajah2 ceria anak2 saudara ditatap.Gambar halaman rumah dan pokok-pokok bunga emak turut dilihat.Tempat bermain masak2 ,aci duduk,guli, getah, polis santri dan sebagainya bermain di ingatan..Argh…rindunya saat tu.

Gambar emak dan ayah ditenung..terbayang susah payah mereka membesarkan kami seramai 10 orang.Kata mak, ilmu ni penting.Tak payah fikir kerja waktu belajar ni.Kalau ada ilmu kerja akan datang.

Alhamdulilah berkat doa mak ayah, ana dan kak Hafsah diberi kesempatan oleh Allah SWT menuntut ilmu di bumi anbiya’ ini.Kak Hafsah(cah) kuliyyah Usuluddin,Tafsir dah kembali ke Malaysia pada awal April yang lalu.4 tahun tak pernah balik(a’la thull).Satu tempoh yang lama juga.Dengan natijah akhir “ Jayyid” dia pulang ke untuk berbakti di Malaysia selepas melalui pentarbiyahan di bumi Mesir.Kini bertugas sebagai guru di Sek Men Raja Nazrin Shah(SARJANA),Perak.Berbekalkan pengalaman dalam kepimpinan HEWI PMRAM selama 2 sesi dia cuba menggerakkan Badan Dakwah SARJANA.Moga kak Hafsah istiqamah dalam memimpin pelajar2.

Gambar2 sekitar Mansurah..untuk tatapan keluarga/shbt2 di Malaysia:

Burtuqal banyak juga..ada juga burtuqal yussufi di sini.Isinya kemerah-merahan.Ada juga sahabiah yg xblh mkn buah ni cz baunya agak hanyir seperti darah(dikatakan buah yang dipotong ketika melihat wajah tampan Nabi Yusof).Firah Masywi(ayam panggang)..em,bayangkan sekor ayam dimakan oleh sorang sahaja(org Arab)..

suasana Suq ketika musim panas.
Misi dana syaqah Pmram tidak dilupakan...mari menyumbang.




Friday, December 4, 2009

:: We LoVe ToK Guru ::

blog nik aziz

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..syukur kerana diberi kesempatan dan kelapangan oleh Allah SWT untuk melaksanakan MB(Muzakarah Berkelompok=Usrah) pada hari ini.Walaupun tidak semua ahli liqa' dapat hadir, MB tetap diadakan...

Antara manhaj yang dibawa ialah tafsir surah An-Naba' dan sedikit pembentangan isi kitab Fiqh Sirah karangan Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti.Seorang tokoh ilmuan yang begitu harum namanya sejajar dengan ilmunya yang tersebar luas memenuhi dada2 serta membentuk fikrah yang benar pada manusia.Moga kita semua dapat mengambil istifadah dari tinggalan ulama' besar ini.

Isu semasa yang dibentang sekitar mengenai peristiwa yang berlegar di Malaysia.Mengenai kepimpinan ulama yang cuba dijatuhkan oleh golongan tertentu dan kebrobrokan serta ketidakstabilan pemerintahan kerajaan BN di Malaysia.

Syukur, kepimpinan Tok Guru Nik Aziz tetap disokong walaupun ada yang cuba menjatuhkannya.Gambaran ini jelas seperti yang diberitakan di Harakah Daily.

"Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah."

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.

Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.


Kami turut membincangkan mengenai pembikinan filem'2012" yang sedang hangat diperkatakan.Majlis Syura Ulama Indonesia telah membuat kenyataan filem 2012 ini menyesatkan aqidah umat Islam.Isu ini sangat penting bagi mempertegas penyelewengan gambaran "Kiamat" khususnya di penghujung filem "2012".

Terdapat juga aksi seperti mirip aksi tenggelamnya Kapal Titanic di Bermuda Triangle ketika adegan tsunami 2012 menghempap sebuah kapal.Emm..ana tinggalkan part ini untuk pembaca fikirkan antara kaitan filem Titanic dengan agenda Yahudi.

Propaganda yahudi kononnya sebagi penyelamat dunia.Mengenai sesiapa yang menguasai teknologi penerbangan dan lautan, akan selamat dari bencana besar 2012.

Terdapat banyak lagi mesej2 sonsang yang dibentangkan..Umat Islam perlu sedar tentang hal ini.Kesucian Islam perlu djaga oleh kita.Jadi, luaskan dakwah serta sebarkan yang hakiki mengenai Islam..

Bila difikir dan direnung kembali..ini merupakan petanda besar hari kiamat..Hampir semua negara berkiblatkan yahudi/barat dalam pemerintahan.

Seperti Sabda Nabi SAW:
Ertinya:Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?”. Nabi saw menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. -H.R. Muslim-
Ulama juga tidak dipedulikan....
Seperti Sabda Nabi SAW:Ertinya:Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-­mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)." .H.R Ahmad

Banyak lagi tanda2 kiamat yang digambarkan Rasullallah SAW.
Rujuk ; 40 Hadith
tentang Peristiwa Akhir Zaman oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi


Kita perlu melakukan sesuatu utuk Islam.Kerahkan tenaga, pemikiran, wang,harta benda dan segalanya untuk perjuangan Islam..

Moga Allah SWT tetapkan hati kita pada jalan yang lurus..Ameen Ya Rabb.

Tuesday, December 1, 2009

:: 2012 ~Suatu Pendedahan~ ::



Assalamualaikum wbt ...

Ana baru selesai menyaksikan 'pembikinan' filem "2012" di YouTube.Filem yang menyaksikan kemusnahan dunia pada 2012.Terdapat banyak konspirasi Yahudi dalam menjatuhkan 'nilai' Islam dibentangkan dalam filem ini.

Artikel ini ana ambil dari http://www.nurjannah87.blogspot.com.Merupakan kenalan di KUSZA satu ketika dahulu.

SIAPAKAH THE MAN FROM THE EAST??

Saya ingin menghuraikan berkenaan perkara-perkara yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan hadis, sekaligus membuktikan terdapat “mala-fide” Yahudi dalam konspirasi mengelirukan umat Islam.

1. Akan muncul A New World Religion.

Kemunculan satu kuasa baru dunia berteraskan agama telah disebut secara nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadis. Di antaranya:Sabda Rasulullah SAW:”Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal membaharu (menghidupkan) urusan agamanya.” (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadis sepakat mengatakan hadis ini sahih).

Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 Hijrah. Mengikut tafsiran ulama, yang dikatakan awal kurun itu ialah 1/4 yang pertama. Ertinya kita kini berada di awal kurun. Sebagaimana janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW ini, pastilah akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini.Berbetulan pula kini kita melangkah ke alaf ke-3 Masehi dan berada di awal tahun 2000.

Dalam sebuah hadis yang lain, bersabda Rasulullah SAW: “Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki.Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa’-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki.Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam.” (Riwayat Ahmad)

Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa’-ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rosak sedang rakyat masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang semula. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.

2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.

Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari Timur sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadis disebutkan berkenaan pemimpin dari Timur itu ialah :

1.Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadis riwayat At Tabrani)

2. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

3.Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.

Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut. Siapa sahaja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Sementelahan pula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman.Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadis. Ini adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada sifat demikian dan di negeri-negeri berkenaan, mereka menjalankan ‘kerja-kerja kotor’ iaitu cuba memadamkan kalimah Ilahi dengan pelbagai cara.

Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam buat kali kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu lagi menjadi sasaran utama mereka kerana mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya “The Man from The East” itu.Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini iaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum Nasrani manakala Singapura pula adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi.

Dari kedua-dua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini, terutamanya Indonesia kerana dipercayai oleh mereka Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di Indonesia.Itulah bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.

Namun, atas sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar mereka ke atas umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat sebenar mereka sehingga tidak pernah dapat diketahui oleh mana-mana umat Islam di kawasan ini sejak dahulu hingga ke hari ini.Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui melalui pendedahan oleh para sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka sendiri sahaja. Begitu bijaknya mereka beroperasi.

Boleh jadi juga negara tersebut ialah Tanah Melayu yang telah menjadi Malaysia kini. Pada peringkaat awal, pihak musuh lebih beranggapan Indonesialah tempat yang dimaksudkan. maka mereka berjuang silih berganti menjajah Indonesia, menyebarkan ajaran Kristian dan cara hidup Yahudi di sana. Mereka terlupa dalam keghairahan itu, sebuah negara yang juga terletak di antara tiga laut, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Lautan Hindi. Indonesia adalah kepulauan, oleh itu ia sudah tentu dikelilingi oleh laut, sedangkan Malaysia (khususnya semenanjung) hanya di lingkungi tiga penjuru.

Di Utaranya tiada laut (tanah besar Thailand).Umat Islam tidak boleh memandang remeh tentang perkara ini. Kajian pihak musuh bukan kajian yang main-main kerana mereka berjuang antara hidup dan mati.Jika dilihat di segi mercup suburnya Islam berbanding negara-negara Timur yang lain, Malaysialah yang terkehadapan. Walaupun masih amat banyak kelemahan, itulah yang paling kuat keIslamannya. Bukan diihat di sudut kuantiti penduduk tetapi di sudut kualiti penghayatan.Di sudut bangsa pula, bangsa Melayu adalah bangsa yang belum pernah menguasai dunia berbanding bangsa-bangsa lain. Mungkin ini peluang untuk bangsa Melayu.

Sudah tentu pula pemimpin yang dimaksudkan itu tidak hanya berjuang dalam lingkungan tempatan, kedaerahan atau kenegaraan semata-mata. Perjuangannya adalah perjuangan global yang menjadikan tanah airnya sebagai tapak globalisasi Islami.Mana tahu kalau-kalau pemimpin itu telah ada. Bahkan pasti ada jika merujuk kepada hadis, kita kini berada hampir di penghujung awal kurun. Mungkin beliau sedang berjuang tetapi tidak disedari oleh musuh-musuh, atau dianggap remeh oleh musuh. Begitulah apabila Allah mahu mengalahkan musuhNya.

4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.

Semua manusia di seluruh dunia akan terkejut besar dengan perlantikannya sebagai pemimpin manusia di Timur. Pernyataan ini disebutkan oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya.Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, ekonominya akan lumpuh terus dan hapus lalu beliau gantikan dengan sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat stabil.

Sistem ekonomi Islam yang beliau lagang nanti akan turut menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan yang pakar-pakar di seluruh dunia. Sistem ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan tidak bermaya. Akhirnya, sistem ekonomi Islam yang beliau lagang itu nantilah yang akan berkembang pesat dan meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang sedia ada di dunia.

Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana sebelum ini dipenuhi oleh kezaliman.Dari Ibnu Mas’ud RA, katanya, “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah)

5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).

Disebutkan tentang warna serban, sebenarnya banyak hadis menyebut tentang serban pemimpin ini, samada secara khusus ataupun secara umum (merangkumi pengikut-pengikutnya). Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan Imam As Sayuti.Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai serban berwarna biru di dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekala sahaja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahawa hanya beliau seorang yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika itu, terutamanya ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas kepala sebagai pakaian harian, apatah lagi untuk memakai serban yang berwarna biru atau hijau.Berat pula pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian serban berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur itu.

Maknanya, serban warna biru itu dipakainya ketika beliau mula-mula mendapat kuasa di negeri sebelah Timur dan mula-mula diberikan baiah oleh sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus.

6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.

ni suatu yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh dunia termasuk oleh para ulamanya. Maksudnya di sini ialah, hari Khamis malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin selepas sembahyang Maghrib di masjid, di surau atau di rumah.Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam Jumaat itulah beliau akan membanyakkan zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut malam raya. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jumaat itu sebagai masa untuk membaca selawat dan mengamalkan zikrullah sehingga jadilah malam Jumaat itu sebagai sangat istimewa bagi dirinya.Dan memang pun begitu keadaannya bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat lagi, hinggalah zaman salafus soleh dan diteruskan hingga kini, mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai suatu hari raya dan malam berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada Allah.

Pesta seperti ini hanya mampu dilakukan oleh para wali Allah dan orang-orang soleh sahaja.Mereka menyambutnya dengan penuh kegembiraan, semangat baru dan azam baru untuk melipatgandakan amal ibadat kepada Allah. Itulah maksud sebenar yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus, dengan kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.

Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehinggakan hari Khamis malam Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap tidak berbeza langsung daripada hari-hari dan malam-malam lainnya.

PENUTUP

Tahun yang disebut iaitu tahun Masehi 2000 telah tiba. Sebagai orang yang beriman dengan hadis sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana, di saat ini pihak musuh Islam lebih-lebih lagi peka, maklumlah mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan itu.

Sabda Nabi SAW,”Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.”(Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)
-nurjannah87-

Sekian

p/s : Satu lagi laman yang boleh dilayari :

http://rijal82.blogspot.com/2009/11/2012-emmerich-lengkapkan-puzzle-misteri.html



Saturday, November 28, 2009

:: Korban di Mansurah ::

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, ketika entri ini ditulis sudah selesai pengagihan gulai daging ke bait2 ahli akhawat DPM Mansurah.Syukran jazilan kepada koordinator Ibadah korban yang bertungkus lumus menjayakannya..terutamanya kepada Us Alifuddin selaku UKK DPMM yang bekerja keras bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar.Tidak lupa juga kepada ahli ikhwah yang membantu serta ahli akhawat yang meringankan bebanan dalam menyediakan makanan/minuman dsb..

sebelum dikorbankan...

Walaupun hanya 3 ekor Khoruf(biri-biri ) yang dikorbankan, namun segalanya perlu diuruskan dengan teliti.Bermula operasi mencari khoruf, menjaga serta memberi makanan semuanya perlu diambil berat..

Sebelum Korban(Raya pertama 10 Zulhijjah 1430H):

Selesai sahaja Solat Raya di DPJA ana bersama sahabiah yang lain(hewi dpmm) berpeluang memberi makanan kepada ketiga-tiga ekor kambing tersebut.Standard juga makanan kambing mesir ni..Makanannya ish(roti arab), karot dan sedikit rumput kering.Selera juga kambing tu makan tanpa menghiraukan 'nasib' pada esok hari.Sempat juga la merakamkan kenangan bersama 'mereka' buat kali terakhir....after that, kitorang pergi beraya ke rumah ahli akhawt dan mutazawijin(psgn berkahwin) DPMM.Sebanyak 10 buah rumah yang sempat kami pergi.Memang ta'ban jiddan wa syab'anah(letih dan kenyang).Tapi seronok cz dapat tautkan ukhuwah antara kami..

Selepas Asar,kambing2 itu perlu diberi makan..tapi, mungkin penat+ashik sangat kami beraya menyebabkan kambing2 itu terpaksa berlapar, sehinggalah lepas isya' baru diberi makan.Huhu..kesian.

Ketika Korban(Raya kedua-11 Zulhijjah 1430H):


Pemandangan dari markaz 1

Agenda penyembelihan bermula dalam lingkungan jam 9 a.m.Kami(akhwat) hanya memerhatikan dari Markaz 1&2, bait Tasnim dan bait J.Ma'wa.Ketiga2 ekor kambing disembelih oleh Al-Fadhil Us Salman Maskuri.Insan yang cukup dikenali di Bumi Mansurah dengan kefaqihan beliau dalam pelbagai cabang ilmu..emm terima kasih ustaz..

AllahuAkbar.....

melapah...

Oleh kerana daging kambing tidak cukup untuk diagihkan pada semua ahli Mansurah, langkah yang bijak telah diambil oleh ahli ikhwah dengan 'memprosesnya' menjadi gulai daging supaya semua semua ahli dapat merasainya..

Alhamdulillah....selesai ibadah korban yang disyariatkan oleh Allah swt..Moga dengan ibadah ini mendapat Redho dariNya.

p/s ; Ana tidak menjamah daging tersebut atas sebab effect(pening) yang amat dashat kalau makan..


~berkorban demi cinta~



~berkorbanlah........~

Wednesday, November 25, 2009

;; Lambaian Kaabah ::

Assalamualaikum wbt ..

LabbaikaLLahu malabbaik...
Labbaika la syarikalakalabbaik...
innalhamda..wanni'mata..
Lakawalmulk..
La syarikalah..

Ungkapan lafaz talbiah ini begitu menyentuh hati tatkala mendengarnya..tanpa sedar manik-manik halus mula mengalir membasahi pipi..Ya Allah, sampaikanlah aku pada tempat suci Makkah Al-Mukarramah..sampaikanlah aku pada tempat persemadian 'kekasih Allah', Insan Agung pemimpin ummat, Rasulullah saw..Madinah Al-Munawwarah..

Moga doa ini dimakbulkan Allah swt...Ameen.

Mesir diantara negara yang kedudukannya hampir dengan Makkah.Tambang tiket pun murah juga..Ana sebenarnya memang pasang niat dapat tunaikan haji dan umrah sebelum pulang ke Malaysia.Tapi, kena ada 'mahram' untuk ke sana..alamatnya....kena pulang ke Malaysia dulu la..InsyaAllah, nak pegi sangat..nak pimpin tangan mak dan ayah ke sana.Doakan ye..

Kad raya khusus buat keluarga/sahabat di Malaysia.
Salam AidilAdha dr Fadhilah Esa,U.Al-Azhar Mansurah.





Tuesday, November 24, 2009

:: SATU FIKRAH SATU AMAL ::

Assalamualaikum wbt...

Sahabat/iah yang dirahmati Allah SWT....


Pada masyarakat Islam, persatuan dan kesatuan atau lebih sering disebut dengan ukhuwah Islamiyah merupakan sesuatu yang sangat penting dan m
endasar, apalagi hal ini merupakan salah satu ukuran keimanan yang sejati.

Kerana itu, ketika Nabi Saw berhijrah ke Madinah, yang pertama dilakukannya adalah
Al-Muakhah, yakni mempersaudarakan sahabat dari Makkah atau muhajirin dengan sahabat yang berada di Madinah atau kaum Anshar. Ini bererti, ketika seseorang atau suatu masyarakat beriman, maka seharusnya ukhuwah Islamiyah yang didasari oleh iman menjelma dalam kehidupan sehari-hari,

Allah swt. berfirman, “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” [QS Al-Hujurat (49):10]
Satu hal yang harus diingat bahwa, ketika ukhuwah islamiyah hendak diperkukuh atau malah sudah kukuh, ada saja usaha orang-orang yang tidak suka terhadap persaudaraan kaum muslimin, mereka berusaha untuk merosakkan hubungan di antara sesama kaum muslimin dengan menyebarkan fitnah dan berbagai berita bohong.

Dalam kehidupan umat Islam, kita akui bahwa ukhuwah Islamiyah belum berwujud secara ideal, namun musuh-musuh umat ini tidak suka bila ukhuwah itu berwujud, mereka terus berusaha menghambatnya. Kerana itu, setiap kali ada berita buruk, kita tidak boleh langsung mempercayainya, tapi lakukan tabayyun atau cek dan ricek terlebih dahulu kebenaran berita itu.

Allah swt. berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, apabila datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya sehingga kamu akan menyesal atas perbuatanmu itu.” [QS Al-Hujurat (49): 6]


MAT DPM MansurahX17 (Saf kepimpinan AJKT 08/09)

Masalah 'ukhuwah' ini berlaku di mana2..samada dalam kelompok kecil mahupun besar.Virus ini akan lebih parah apabila berlaku dalam satu pentadbiran/persatuan.Apabila kesefahaman tidak ada mana mungkin pentadbiran akan berjalan dengan baik.

Tidak dinafikan kadang2 ada salah faham antara ahli mahupun antara pimpinan.Cuma kita perlu menyelesaikan dengan cara yang baik.Kita perlu kaji dari mana datangnya masalah tersebut dan mengawalnya sebaik mungkin.Jika terima satu2 berita yang tidak baik,kaji terlebih dahulu dari mana sumbernya.Bukannya,terus menghukum dan mengeluarkan 'fatwa' sendiri.


Saf Kepimpinan AJK HEWI 08/09

Tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan atau meluahnya dgn cara yang tidak wajar .Contohnya 'status' di YM (satu dunia blh baca) ataupun menyebar 'berita yg belum sohih' pada orang lain.Adakah bijak tindakan ini?

Masalah akan lebih besar kerana perkara ini akan 'lebih mem
buka peluang' kepada musuh2 kesatuan ISLAM untuk menyerang dan mencari kelemahan kita.

Ahli mahupun kepimpinan perlu sentiasa 'muhasabah' dalam memperbaiki diri dan pentadbiran ke arah yang lebih baik.

Jadi, ana harap perkara ini diambil berat.Moga Ukhuwwah Islamiyyah yang terbina bertambah erat.Banyakkan baca Robithoh dan niatkan untuk sahabat2 kita..:)



"SATU FIKRAH SATU AMAL"


Tambahan : Gambar family ketika Raya Aidilfitri di rumah sepupu
( 'Ya Allah, peliharalah keluarga ini dan datangkan kebaikan di dunia dan akhirat..." Ameen)

Friday, November 20, 2009

:: 'Hebatnya PMRAM' ::


Assalamualaikum wbt..
Ana tertarik dengan isu ‘tarik menarik yang menarik’ dalam entri yang ditulis oleh Us Hakimi(UAK).Sebenarnya isu ini ana ingin kupas 3hari yang lalu tetapi hasrat ini terpaksa ditangguhkan demi memberi laluan kepada urusan persatuan yang perlu ‘diaulakan’.

Ana yakin kebanyakan blogger2 mahasiswa Al-Azhar/ahli PMRAM kini lebih tertumpu pada isu PMRAM BERGEGAR DI PERLIMEN dan peristiwa yang berlegar rentetan daripada usaha menghalang Majlis Pembacaan Kuttub Sittah yang dilakukan oleh pihak JPMK/MSD.

Selaku pelajar/mahasiswa Al-Azhar ana bangga kerana suara mahasiswa sampai ke Parlimen.Walaupun pada hakikatnya isu yang dibangkitkan oleh Saudara Zulkifli Nordin(Ahli Parlimen PKR-Kulim Bandar Baharu) tidak diambil endah oleh Speaker Dewan, namun diDENGAR dan di ambil pusing oleh beberapa tokoh gerakan Islam di Malaysia.Isu ini turut dikupas oleh Us Nasaruddin Hassan Tantawi dengan jelas.Kebanyakan blogger Azharian turut memuatkan artikel berkenaan isu ini di blog2 mereka.Ini menunjukkan suara mahasiswa mempunyai ‘nilai’ yang cukup tinggi dan sekurang2nya isu ini tidak ‘dibakul sampahkan’ oleh pihak2 tertentu.Mahasiswa bukan pelajar sekolah rendah mahupun budak2 yang boleh dipermainkan.Masyarakat khususnya KERAJAAN perlu sedar tentang ini.

Pada perkiraan ana, pihak JPMK khususnya Prof Jamil cukup ‘menggelabah’ dengan apa yang berlaku.Ana tidak berhasrat untuk ‘menghentam’ beliau, tetapi bagi sesiapa yang mengikuti rentetan peristiwa tersebut pasti terkesan dengan tindakan JPMK.Ana juga bukanlah adhoc atau koordinator “Majlis Pembacaan Kutub Sittah” yang merasai “keperitan” dan “kemanisan” dalam mengendalikan program ini.Tapi selaku peserta program dan ahli PMRAM ana turut merasainya Isu ini perlu diambil berat oleh kita.Kebenaran perlu ditegakkan.Organisasi “ DESAK” yang ditubuhkan demi menuntut hak iaitu berkenaan 3 tuntutan PMRAM terhadap pihak JPMK perlu disokong sepenuhnya..

Antara laman web/blog yang boleh dilayari :

http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/11/pmram-terus-dizalimi.html

http://www.kutubsittah-pmram.blogspot.com/
http://beritautama-infokini.blogspot.com/2009/11/suara-mahasiswa-malaysia-mesir-suara_17.html

Pelajar Mesir: Pengajian Hadis Mufti mesir dihalang MSD?
http://www.youtube.com/watch?v=zz7Chy6KDsk&feature=player_embedded

Satu lagi laman yang ana 'kagum' dari sudut hasil tulisan serta isu2 semasa yang dimuatkan dalam blog beliau.Banyak isu yang diketengahkan dengan kupasan yang sungguh menarik.Mabruk ya akhi..!Teruskan perjuangan.
Boleh layari ; http://syeikhubaidillah.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog