Semanis Ukhuwwah

Tuesday, March 2, 2010

Infaq demi kelangsungan dakwah Islam


Assalamualaikum Warahmatullah...

Berlabuhnya tirai 2009, maka berakhirlah usul yang dibawa oleh Saudara Khusaini bin Yusuf dan disokong oleh Saudara Hairul Nizam Bin Mat Hussain dalam Muktamar Sanawi 2009. Usul yang dipersetujui sekalian perwakilan memungkinkan PMRAM bakal memiliki aset kekal iaitu syaqah bagi memudahkan pengurusan di peringkat pimpinan setelah pejabat PMRAM di Abasiyah dihalau keluar di atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
Sementelah usul dimeterai, pihak Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM telah mewujudkan satu unit baru iaitu Unit Dana Syaqah PMRAM (UDS) bagi melancarkan lagi perlaksanaan usul berkenaan. Saudara Khairul Amri Bin Helmi Azhar selaku pengarah dan timbalannya Saudari Mahfuzah Binti Saidina Abu Bakar, menyatakan sebulat suara akan meneruskan gerak kerja bagi mencapai matlamat memiliki syaqah milik PMRAM yang tertangguh. Berkat kerjasama PMRAM, BKAN dan DPM, PMRAM telah berjaya menambah jumlah kutipan walaupan ia agak tersasar dari jumlah yang ditetapkan. Seusai 9 bulan bermula dari hari muktamar, iaitu bertarikah 31 Disember 2009, Naib Presiden 3 merangkap Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM, Saudara Zuhaili Saiman, telah mengumumkan jumlah hasil kutipan terkini sebanyak LE 330 000.00 dan bermakna usul yang di bawa oleh penasihat PMRAM masih belum dapatl dilaksanakan.

Seputar isu perlaksanaan usul, dapat dinilai sejauh manakah slogan KITA PMRAM, mampu diadaptasikan dalam hidup bepersatuan. Juga slogan SATU FIKRAH SATU AMAL di amalikan dalam urusan seharian Persoalan yang timbul, adakah ia sekadar meniti di bibir manis sang penutur, atau sebaliknya? Memandangkan jumlah kutipan masih belum dapat dicapai dengan jayanya, UDS PMRAM akan terus menggerakkan jentera mereka bagi merealisasikan usul yang telah dilaksanakan kira-kira 9 bulan yang lalu dengan menggiatkan pelbagai lagi usaha dan diharap mendapat dokongan dari setiap sudut.

Dengan ini, dari barisan saf kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh mereka yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung, juga kepada penyumbang-penyumbang dalam dan luar Mesir,serta ahli dan bukan ahli PMRAM di atas huluran ikhlas bertaut hubbu fillah. Semoga dengan sumbangan kalian mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.A bersesuaian dengan ayat suci yang bermaksud

" Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiraami oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (juga memadai). Dan Allah melihat apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Baqarah ayat 265)


Disediakan oleh :

NORRAUDAH HANUM BINTI HAJI SALIM,

KETUA UNIT KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN

HEWI PMRAM 2009.

sumber  :  http://pmram.org

Tambahan : Jom le pakat2 infaq wang/harta untuk dapatkan Syaqah PMRAM..Penting ni..SATU FIKRAH SATU AMAL
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog