Semanis Ukhuwwah

Thursday, July 29, 2010

KUSZA dalam kenangan..

Assalamualaikum wbt..

Entri kali ini suka untuk ana bercerita berkenaan dengan "bumi" yang banyak meninggalkan kenangan untuk ana. KUSZA-UDM-UNiSZA. Ketiga2 nama ini merupakan tempat yang sama. Hanya nama sahaja ditukar.

KUSZA MAKIN GANAS SELEPAS TUKAR NAMA

Nama asalnya Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Kemudian bagi memenuhi janji Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan sebuah universiti di Terengganu, ia tiba-tiba bertukar menjadi Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).Apabila nama UDM itu banyak menimbulkan masalah terutama dalam hubungan dengan istana, maka ia bertukar lagi menjadi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

KUSZA asalnya terkenal sebagai sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negara ini yang telah banyak melahirkan graduannya di serata tempat di seluruh negara. Para pelajarnya mempunyai identiti tersendiri dengan penampilan Islam yang jelas, sama ada dari segi berpakaian mahupun akhlak. Disiplin berkait dengan sakhsiyyah sangat ketat dan ditekankan.

Tetapi apabila namanya ditukar kepada UDM dan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan, semua identiti murni itu lenyap bersama lenyapnya nama KUSZA yang begitu harum itu. Suasana itu berterusan walaupun kini ia ditukar nama lagi dengan UniSZA.

'Islam' seolah-olah tidak kelihatan lagi di situ. Penampilan pelajarnya sama dengan pelajar pusat-pusat pengajian tinggi lain dengan pelbagai ragam dan fesyen termasuk yang panas-panas. Akhlak pelajarnya juga menjadi semakin teruk.

Contoh terbaru, apabila pihak UniSZA mengadakan Pesta Konvokesyen sempena Majlis Konvokesyen dan Pemasyhuran Canselornya pada 25 hingga 27 Julai 2010. Acara-acara yang diatur dalam pesta itu cukup hebat dengan pelbagai aneka hiburan yang boleh kita saksikan sendiri daripada poster di atas.

Kalau inilah rupanya pusat pengajian kita, apakah boleh kita harapkan lahir daripadanya manusia yang tunduk patuh kepada Allah? Fikirkanlah
... Dipetik dari (link)

-Terpulang pada kalian dalam menilai artikel di atas.

lambang KUSZA
Tambahan :

Mengimbas kenangan.... 
Ana menerima tawaran belajar di KUSZA pada tahun 2004.(DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM SYARIAH) Tak silap dalam 4 MEI 2004. Oleh kerana masih ragu-ragu untuk memilih tempat belajar iaitu antara Form 6 SMKA Sultan Azlan Syah Perak, SMAP LABU N9 & Kusza , tawaran ini ana tolak. Ntah macam mana, dipujuk oleh mak saudara dan sepupu ketika itu membuatkan keinginan untuk menyambung pelajaran di KUSZA melonjak-lonjak..antara sebab terima ialah kedudukannya yg dekat dgn pantai..=)

Jadi, ana pun menghubungi pihak pntadbiran KUSZA. Alhamdulillah, ana dibolehkan untuk mendaftar pada 20 Mei 2004. Lewat 2 minggu dari tarikh pendaftaran. Kelam kabut juga membuat urusan utk masuk kusza, dgn urusan medical chekup dsb. Sehari selepas mendaftar, ana diminta untuk terus masuk ke kelas. Agak terkejut dengan suasana yang baru. Dengan keadaan yang masih belum mengenali sistem universiti dan masih belum mengenal bangunan2 kuliah dan Dewan Kuliah Utama pengajian terpaksa diteruskan. Semua ni sebab terlepas dr minggu orientasi yang bermula pada 4Mei.

Berdasarkan khabaran dari sahabat2 yg mengikut orientasi memang  'syadid'  pembawakannya. Student diminta untuk memakai tudung labuh bewarna putih(akhawat). Pelajar baru juga dibekalkan dengan buku "Maza ya'ni" karangan Dr. Fathi Yakan, Makthurat, disamping barang2 lain seperti beg, baju sukan dbg..Senior2 yg handle orientasi juga amat baik dan wara' perwatakannya. Marah-marah tu biasala..cz nak disiplinkan student. Bagi ana suasana ini amat perlu untuk membentuk syakhsiah yang baik. Bi'ah Islamiah amat2 ditekankan pada ketika itu, ikhtilat (ikhwh&;akhwat) amat dijaga..

Apa yang ana nak katakan di sini ialah suasana yg ana khabarkan tadi terus berubah dengan mendadak pada tahun 2005. Adik2 pada tahun itu sudah tidak dibekalkan dengan "Maza ya'ni" & Makthurat. Tudung labuh juga tidak diwajibkan. Malah, student2 baru ni dibekalkan dengan tudung 4 segi yang jarang dan pendek. Ikhtilat tidak dijaga. Soal solat atau tak, tidak diambil endah. Suasana BENAR2 BERUBAH !.memang sedih. MPP pada ketika itu  diperkudakan untuk membawa satu suasana "baru" untuk mahasiswa sesi 2005. Ana hanya mempu memerhatikan sahaja. Senior2 yang dipilih untuk handle orientasi hanya golongan2  yang meyokong pentadbiran. 

Alhamdulillah..peluang yang ada diambil manfaat sepenuhnya. Adik2 ini ana dekati melalui musolla(surau).Semangat dan dorongan utk sabar dengan keadaan sebegitu dititipkan buat mereka. Terdengar rintihan segelintir siswi yang tidak selesa dengan keadaan itu. Hanya sabar dan istiqamah dalam membenteng diri agar tidak terpengaruh dengan keadaan itu. Bagi ana, suasana ini terkesan dengan keadaan politik semasa. Pilihanraya Umum pada tahun 2004 berpihak pada Barisan Nasional & UMNO. Semuanya berubah selepas tahun 2004. Fahaman sekular diserap masuk dalam KUSZA dan nama KUSZA ditukar pada UDM juga antara manifesto BN apabila memenangi PR. Politik kotor kerajaan ni membarah dan menanah. Mahasiswa yang baru nak mengenal alam kampus terpaksa menanggung nanah dan darah kerajaan BN. 

Inilah keadaan yang berlaku apabila Al-Quran & Sunnah tidak dijadikan panduan. Bagaimana mahasiswa/wi yang berakhlak mulia dapat dilahirkan andai Pimpinan dan Kerajaan yang songsang dari ajaran Agama? Politik kampus memang teruk. Pada tahun 2005 (kalau xsilap) Persatuan Pelajar Islam Kusza(PPIK) pada ketika itu dibubarkan serta merta hanya melalui notis. Notis ini ditampal tanpa melalui pilihanraya..banyak lagi sebenarya perubahan teruk yang dilakukan oleh pentadbiran yang berhaluan BN. Sehinggakan Pak Cik Jaga (pak guard) yang tidak berhaluan BN diberhentikan..atau istilah yg lebih tepat dipecat! Bas ditukar dari  warna hijau ke merah dll lagi...


Hinggalah pada tahun ini.............

UDM ditukar sekali lagi menjadi UNiSZA. Pening bila difikir. Cuba bayangkan apabila satu2 nama ditukar. Sudah tentu banyak membazirkan wang. Nak cetak surat, lambang, baju, logo2 persatuan, pintu masuk dan semuanya perlu diubah. Takkan semua ini pakai air liur je kan..Duit sape? Bukan ke duit rakyat juga? Harga  barangan keperluan naik, minyak naik sebab Kerajaan gunakan duit untuk benda yang sia-sia. Inilah akibat yang rakyat perlu tanggung dari KESALAHAN KERAJAAN. Lagi baik jika dilaburkan utk aktiviti pembangunan rohani, kebajikan dsb.

Maaf, andaikata ada yang tidak senang dengan coretan ini. Ini hanya pandangan peribadi. Politik perlu dimurnikan semula dengan menjadikan Islam sebagai matlamat. Pimpinan perlu dipilih dikalangan individu atau parti yang menjadikan Al-Quran sebagai matlamat. Andai kita ingin melihat generasi akan datang, anak2 dan cucu kita selamat, berakhlak mulia dan berfikiran islam, kita perlu bertindak dari sekarang. Pilihan di tangan kita. Bermula dari saat dan detik ini..bertukarlah pada PAS dan Pakatan Rakyat. 

Salam Satu Malaysia, Satu Aqidah, Satu pegangan, Satu fikrah dan Satu Amal.=)

p/s : Buat insan2 yang masih di bumi KUSA-UDM-UNISZA ana doakan kalian istiqamah di jalan yag benar. Moga tidak terkesan dengan dakyah-dakyah Yahudi yang diserap masuk. Bentengkan diri dengan syariat. Dekati dan makmurkan semula musolla-musolla dan hadiri tazkirah & majlis-majlis Ilmu. Jaga penampilan kalian(tutup aurat dgn sempurna) dan batasilah pergaulan kalian dengan bukan mahram -elak ikhtilat tidak syarie. Moga rahmat Allah bersama kalian..Ameen.

Doa Supaya Ditetapkan Hati Dan Pendirian

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(Ali-Imran : 8)

Salam dari Perlembahan Nil, Mansurah Mesir,
Fadhilah Esa
Ex-KUSA-UDM 2004-2007

Wednesday, July 28, 2010

Nota tentang PURDAH


NOTA TENTANG PURDAH
1. Para Ulama' berselisih pendapat tentang purdah, yakni yang menutup seluruh muka / atau menutup muka kecuali mata - samada hukumnya wajib atau sunat, atau sekadar adat yang tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam. Kesemua pendapat tersebut disandarkan kepada dalil2 Al-Quran dan hadith nabi s.a.w.

2. Apa yang jelas dan disepakati adalah, hukum memakai purdah bukanlah sesuatu yang haram.

3. Saya cenderung untuk mengambil pendapat yang agak pertengahan, yakni tidak terlalu meremehkan dan tidak terlalu memberatkan, di mana saya berpendirian bahawa hukum memakai purdah bukanlah di tahap wajib tetapi dalam masa yang sama ia merupakan satu amalan yang ahsan ( lebih baik )

4. Di samping meneliti perbahasan yang bersifat ilmiah tentang hukum berpurdah , elok juga kita memberikan sedikit fokus kepada hikmah amalan tersebut. Yakni kebaikan yang bakal diperolehi daripada pemakaian purdah itu sendiri. Adapun bagi yang tidak mahu mengamalkannya, maka kita tidak pula memaksa atau menghukum secara berlebihan.

5. Berpurdah, dari segi 'nilai tambah' boleh diumpamakan seperti berserban. Ini dari sudut hikmah pelaksanaan. Seorang yang berserban lebih cenderung menghindari perkara2 yang sia2, atau memandang kepada sesuatu yang ditegah , dan yang sewaktu dengannya. Bermakna serban yang dipakainya secara tidak langsung menjadi asbab kepada kemolekan akhlak dan amal perbuatannya. Maka amal tersebut menjadi pendidik kepada dirinya untuk menjadi lebih baik.

6. Demikian juga purdah. Seorang muslimat yang berpurdah sudah tentu lebih tegas menjauhi perkara2 yang tidak baik. Dalam waqi' di Malaysia, meskipun pemakai purdah dilihat sebagai amat ganjil ataupun asing, namun hikmahnya lebih jelas. Iaitu pandangan mata daripada lelaki2 yang rosak hatinya tidak akan singgah kepada mereka. Dengan kata lain, mereka terhindar dari fitnah hati dan juga menjadi asbab kerosakan hati orang lain. Dalam masa yang sama, lelaki2 tadi lebih cenderung melihat ( meng'usha' ) perempuan2 yang sifatnya terdedah ( muka, tangan, kaki dsbg ).

7. Ringkasnya, dari satu sudut kebaikan, berpurdah atau berserban dilihat mempunyai kesan positif dalam mendidik akhlak dan peribadi mukmin / mukminah. Maka, tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang itu cuba untuk menyesuaikan diri dengan pemakaian purdah atau serban, dengan tujuan untuk menjadikannya sebagai asbab dalam mengislahkan diri mereka sendiri. Kerana saya optimis, bahawa tidaklah mereka yang memakai purdah atau serban itu disebabkan rasa cukup sempurna atau bangga dengan kehebatan / nilai wara' yang ada pada diri mereka, bahkan sebahagian besarnya adalah bertujuan untuk pengislahan diri sendiri.

8. Isu keselamatan tidak wajar dimomokkan kepada pemakai purdah. Ini kerana di zaman yang serba canggih ini, sepatutnya teknologi lebih bijak mendahului penipuan di sebalik sehelai kain. Amatlah bodoh jika di zaman yang serba maju ini, pihak berkuasa tidak dapat menjumpai bom atau apa sahaja yang kononnya cuba disembunyikan di sebalik sehelai kain. Demikian juga dengan mesin pengimbas yang sepatutnya sudah boleh memantau kesemua kebimbangan mereka tersebut. Bahkan sebaliknya, isu keselamatan dilihat hanyalah sebagai alasan untuk mengekang umat Islam sahaja.

9. Namun begitu, pemakaian purdah bukanlah sesuatu yang wajar jika berada di tempat yang didiami oleh muslimah kesemuanya, umpamanya di bilik kuliah dan sebagainya. Bahkan dalam keadaan tersebut, tidak berpurdah adalah lebih baik untuk berkenal2an dan mengeratkan silaturrahim.

10. Berpurdah juga bukanlah bertujuan supaya orang tidak kenal akan wajah kita. Ini kerana, kemungkinan besar wajah kita sudah dikenali oleh sebahagian besar kenalan dan sahabat2. Kemudian kita merasa kekok untuk menutup wajah kita di hadapan mereka kerana merasakan mereka sudah mengenali wajah kita. Ini silap. Bahkan niatnya jelas terpesong.

11. Berpurdah adalah untuk mengambil jalan lebih selamat, yakni supaya terhindarnya pandangan lelaki kepada kita, yang mana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah, atau dalam sesetengah keadaan boleh menaikkan syahwat mereka. Kalau dengar suara pun sebahagian lelaki boleh naik syahwat , apatah lagi tengok muka. Sebagaimana Allah ta'ala sebut dalam surah Al- Ahzab ayat 32 . Maka tujuan kita adalah demi kemaslahatan bersama, bukan supaya orang tak kenal dengan rupa kita.

12. Begitu juga dengan perempuan yang cantik, yakni yang elok rupa parasnya. Adalah sesuatu yang terpuji jika dia mengambil inisiatif untuk berpurdah , supaya dirinya terselamat dari dipandang lelaki ajnabi dan juga dalam masa yang sama dia dapat menjaga kemaslahatan lelaki2 tadi dari terdorong oleh syaitan dan hawa nafsu untuk melihat kecantikan wajahnya.

13. Kesimpulannya, ada beberapa keadaan di mana memakai purdah menjadi negatif atau menimbulkan salah faham , antaranya jika berada dalam lingkungan muslimah sahaja atau jika berada dalam zon yang ketat kawalan keselamatannya. Manakala dalam keadaan2 yang lain, memakai purdah itu dilihat memberikan banyak kesan positif kepada si pemakai dan juga orang sekeliling. Tinggal lagi tepuk dada tanyalah iman masing2. Andai merasakan diri cukup kuat untuk menjadi 'kuat' - fastaqim. Jika tidak, maka jangan pula menghalang orang lain dari melakukan kebaikan. Asasnya adalah ' untuk siapa '.


Wallahua'lam.
 sumber : http://hafizquran.blogspot.com/

Coretan buat Usrahku

Assalamualaikum wbt...

Coretan istimewa buat kalian..



Masih ligat bermain di fikiranku,

Saat pertama kali bertemu,
Ku lihat wajah kalian satu per satu,
Dalam halaqah kecil kita berpadu.

Saat itu,
Bibir kalian sukar berikan senyuman,
Seperti ada sesuatu yang kalian simpan,
Namun diri ini ku gagahkan,
Untukku leraikan kalian dari kekusutan.

Dindaku,
Maafkan aku kerana tidak selalu di sisi kalian,
Tidak selalu menghiburkan,
Malah aku sering menyakitkan,
Kebajikan kalian sering ku abaikan.

Dindaku,
Aku ingin memohon ampun dari kalian,
Seandainya aku bukan yang kalian mahukan,
Bukan aku tidak mahu berikan ganjaran,
Kerana aku mahu kalian tahu hadiah bukan sandaran.

Dindaku,
Tidak ku harap pada sanjungan,
Tidak juga pada pujian,
Cukuplah sekadar kalian hiaskan,
Diri kalian dengan keimanan.

Dindaku,
Terimalah aku sebagai aku,
Kerana aku menerima kamu sebagai kamu,
Tidak ku ukur rupa parasmu,
Mahupun harta kekayaanmu.

Dindaku,
Sungguh aku terhibur bersama kalian,
Meskipun dendam kesumat sukar untuk ku leraikan,
Namun aku tetap menyayangi kalian,
Ukhuwah yang cuba ku dirikan atas keimanan.

Dindaku,
Bukan ini yang ku pinta
Jika kalian terjunam ke neraka,
Akan ku ikut bersama,
Untukku bebaskan kalian dari sana.

Dindaku,
Ketahuilah kalian adalah cintaku,
Cinta sebagai saudara seIslamku,
Rahmat Ilahi dipohon selalu,
Syurga nan abadi tempat kita tuju.
 

Sumber : http://www.iluvislam.com

 

Tambahan :

Rindu pada sahabat se 'usrah" ,
Adik2 perubatan : Radhiah, Jijie, firdaus, amal, sofaa, nabila, hidayah & afifah. Mohon maaf andai terdapat kekhalalan dalam memimpin kalian. Mabruk cz adik2 akk ni berjaya dalam imtihan baru2 ni. Ada yg dpt mumtaz lagi..InsyaAllah, ada kesempatan kita ketemu lagi.=)

Salam sayang,
Fadhilah Esa

Wednesday, July 21, 2010

Sayang PMRAM

Assalamualaikum..

Mari saksikan video promo Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM.



Lagu Untukmu PMRAM

Saturday, July 17, 2010

Kepimpinan, Amanah Yang Akan Dipersoakan Di Akhirat Kelak



Apabila kita memperkatakan berkenaan soal kepimpinan sebagai amanah, maka tidak dapat tidak kita harus memperkatakan berkenaan amanah pertama yang diamanahkan oleh allah kepada manusia di muka bumi ini iaitu sebagaimana yang dijelaskan dalam al-quran:


Firman Allah taala yang bermaksud :
"Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah kepada langit,bumi dan gunung-ganang. Semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikulnya amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia amat zalim dan amat jahil." (Al-Ahzab : ayat 72 ).


Di dalam ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa sesuatu tanggungjawab yang ditaklifkan adalah sesuatu bebanan yang berat sehingga tidak mampu dipikul oleh makhluk lain melainkan manusia yang sesuai dengan sifat mereka yang amat zalim dan jahil. Di samping itu juga, tanggungjawab terletak pada semua manusia,tidak kira sama ada pada lelaki atau pun perempuan kerana nabi bersabda :-


"Setiap seorang dari kamu adalah pengawal (pemimpin) yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya (orang di bawah peliharaannya).Seorang lelaki adalah sebagai pelindung kepada ahli rumahnya dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya. Perempuan di rumah suaminya adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya,begitu juga seorang khadam pemelihara harta tuannya dan bertanggungjawab terhadap jagaan di bawahnya." ( Al-Bukhari )


Dalam ayat dan hadis yang telah dibacakan tadi menerangkan kepada kita bahawa tanggungjawab yang dipikul bukan sahaja terletak pada pihak tertentu,bahkan ianya terletak pada semua manusia. Ianya menjadi satu tugas daripada Allah taala kepada hambaNya. Bebanan ini menjadi tanggungjawab sepanjang kehidupan kita bermula kita baligh sehingga Allah taala menarik kembali tanggungjawab tersebut. Pengtaklifan yang dianugerahkan ini adalah untuk menguji hambaNya,sejauh mana hambaNya beriman dan kepercayaan terhadapNya. Kerana kadang-kadang manusia mengaku beriman sedangkan mereka masih belum diuji oleh Allah taala.


Apabila kita menyebut tanggungjawab,ianya adalah amanah daripada Allah taala,pelbagai amanah yang akan dipikul oleh manusia ketika mana hidup di dunia Allah taala ini. Amanah akan wujud di merata tempat,tidak kira sama ada diperingkat sekolah,keluarga,masyarakat kampung,negeri atau pun negara. Setiap amanah ini akan menjadi persoalan di sisi Allah taala,kerana manusia tidak dapat lari dari memikul sebarang amanah dari Allah taala.



Pemimpin diperingkat organisasi sekolah atau universiti,amat diperlukan kerana ianya berfungsi melatih para pelajar mengenal dunia kepimpinan dan belajar memimpin sekelompok masyarakat yang memerlukan kepada pendorong dan pertolongan daripada seorang pemimpinnya. Organisasi diperingkat sekolah atau universiti mengajar kita erti kehidupan sebenar di dunia ini.


Banyak cabaran dan dugaan yang sedang menanti kita. Di dalam organisasi inilah memberi tunjuk ajar kepada kita macam mana cara untuk menangani sesuatu masalah yang ditimpa,disamping itu juga ianya akan lebih mematangkan kita,kerana masalah yang kita hadapi mengajar kita sifat bersabar dan membuat kita mampu untuk menangani masalah dengan genius.


Apabila terlibat dengan mana-mana persatuan,kita tidak akan terlepas daripada menghadapi sebarang kemungkinan masalah. Masalah yang dihadapi datang daripada pelbagai sudut,sama ada datang daripada diri sendiri mahu pun daripada masyarakat bawahan kita.Ini adalah ujian dan dugaan yang tidak dapat tidak mesti dihadapi oleh seorang yang bergelar pemimpin.


Tugas menjadi pimpinan ini adalah pengtaklifan daripada Allah taala. Allah taala telah menentukannya,walaupun kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa tugas ini akan kita pikul,akan tetapi ianya sudah ditetapkan di "Maqadir".Sesungguhnya Allah taala tidak akan mengtaklifkan kepada mereka yang tidak mampu untuk memikul amanah ini,bahkan Allah taala akan mengtaklifkan kepada mereka yang mampu dan layak untuk memikulnya.


Di dalam urusan melantik pemegang jawatan-jawatan sebagai amanah yang dipertanggungjawabkan adalah sabit dari beberapa buah hadis:-


Daripada Abu Zarr katanya : "Suatu hari saya berkata kepada Rasulullah : tidakkah junjungan bercadang melantik saya?"Jawabnya sambil meletakkan tangannya ke atas bahuku : Wahai Abu Zarr,sebenarnya engkau seorang yang lemah,sedangkan jawatan itu suatu amanah. Di hari kiamat dia akan membawa malu dan penyesalan kecuali orang yang mempunyai kemampuan dan menyempurnakan tanggungjawab dengan sempurna." (Muslim)


Kemampuan ilmiah dan amaliah bukannya terletak pada semua manusia,bahkan ianya terletak pada sesetengah manusia yang dipilih oleh Allah taala. Mereka yang mempunyai iman yang kuat,baik akhlaknya dan mulia akan tetapi tidak mempunyai kelayakan untuk memegang jawatan-jawatan dan menjalani tugas dengan sempurna.


Sebagaimana yang berlaku ke atas nabi Yusuf a.s,baginda menawarkan diri bagi menguruskan hal ehwal kewangan negara Mesir,bukannya di atas sebab kenabian dan ketakwaan baginda bahkan di atas kemampuan baginda mengawal dan menguruskan hal ehwal kewangan.


Firman Allah taala yang menceritakan kata-kata nabi Yusuf kepada raja Mesir yang bermaksud :-

"Lantiklah saya mentadbir khazanah negara kerana saya boleh mengawal dan mempunyai pengetahuan" (Surah Yusuf : ayat 55)


Jelas kepada kita bahawa tugas memimpin masyarakat umumnya telah terletak pada semua manusia. Ada di kalangan mereka yang Allah taala mengtaklifkan menjaga keluarga sahaja dan pelbagai lagi amanah lain. Akan tetapi tugas menjaga keluarga,seperti kelazimannya terletak pada kaum lelaki. Kerana kaum lelaki yang mendirikan rumah tangga tidak dapat tidak akan menerima tanggungjawab daripada Allah taala.


Tanggungjawab terhadap isteri,tanggungjawab terhadap anak-anak dan seluruhnya. Sesuatu yang berlaku ke atas keluarga,kaum lelakilah yang akan dipersoalkan oleh Allah taala pada hari kiamat kelak. Apa yang kita lihat ini adalah tanggungjawab diperingkat keluarga,dan kepada mereka yang mempunyai tanggungjawab dan amanah diperingkat yang lebih tinggi bagaimana pula?


Mereka ini mempunyai tanggungjawab yang lebih besar. Setelah diuji dengan memikul tanggungjawab berkeluarga,mereka juga diuji dengan memikul tanggungjawab untuk masyarakat sama ada kampung,negeri dan negara. Sebab itu,pengtaklifan daripada Allah taala hanyalah kepada mereka yang mampu sahaja dalam menguruskan tugas-tugas pemegang jawatan-jawatan.


Amanah berkehendakkan kepada sebaik-baik dan selayak-layak calon untuk memegang sesuatu jawatan. Seandainya kita mengetepikan syarat-syarat ini,kerana pilih kasih dan kerana hubungan kaum kerabat,nescaya kita melakukan perbuatan yang tercela.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-
"Barang siapa melantik seorang untuk mengetuai suatu kumpulan sedangkan ada seorang lain yang lebih berhak dan layak daripada nya di sisi Allah taala(mempunyai sifat-sifat yang diredhai Allah)sesungguhnya ia telah mengkhianati Allah dan Rasulnya serta orang-orang mukmin seluruhnya."


Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud :-

"Barang siapa yang memegang satu-satu kuasa atau urusan orang Islam kemudian ia melantik seorang ketua ke atas mereka berdasarkan pilih kasih maka balasannya ialah laknat Allah,tidak diterima sebarang galang ganti baginya sehingga dimasukkan dia ke dalam neraka jahanam."


Sesungguhnya tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebagai seorang pemimpin kelompok masyarakat yang besar telah ditugaskan kepada mereka yang mampu dan layak di sisi Allah taala sahaja. Ianya sudah menjadi ketentuan daripada Allah taala. Barang siapa yang ditaklifkan dengan tugas ini,maka secara langsung mereka mempunyai tugas yang amat besar dan setiap tugas mereka itu akan menjadi persoalan kepada Allah taala.


Namun begitu,kita jangan lupa bahawa pemimpin memang diperlukan,kerana pemimpin adalah penunjuk dan pembawa masyarakat bawahannya. Sekira mana masyarakat bawahannya berada di jalan yang salah maka pemimpinlah yang akan membantu mereka. Maka ganjaran yang amat besar di sisi Allah taala jikalau pemimpin amanah dengan tugasnya dan ikhlas kerana Allah taala.


Ingatlah bahawa sifat amanah kepada seseorang amat penting,setiap amanah dan tanggungjawab yang kita pikul hendaklah dijaga dengan baik dan jangan menyerahkan amanah yang dipikulkan kepada kita,kepada mereka yang bukan selayaknya untuk memikul amanah tersebut. Kerana sunnah Rasulullah s.a.w memperingatkan kepada kita bahawa yang demikian adalah menjadi tanda-tanda kerosakan yang akan timbul di akhir zaman.


Pada suatu hari datang seorang lelaki bertanyakan Rasulullah s.a.w :-
"Bilakah akan berlaku kiamat?"Jawab Rasulullah : "Apabila sifat amanah telah hilang maka tunggulah kiamat." ujar orang itu :"Bagaimana cara ia dihilangkan?" Jawab Nabi : "Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya (tidak layak) maka tunggulah kiamat."


Maka setiap amanah yang ditaklifkan,laksanakanlah ianya dengan baik. Lakukan dengan sedaya upaya,sekadar kemampuan yang dianugerahkan oleh Ilahi kepada kita. Setiap mereka yang bergelar pimpinan pasti akan ada manah dan ujian. Hadapilah ujian dengan ketenangan dan ketabahan yang dimiliki. Dan Allah taala adalah sebaik-baik tempat untuk mengadu,kepadaNya kita berserah dan kepadaNya kita memohon pertolongan.


Firman Allah taala yang bermaksud :-
"Supaya Allah taala menyeksa orang-orang munafik lelaki dan perempuan,orang-orang musyrikin lelaki dan perempuan dan Allah taala menerima taubat orang-orang mukminin lelaki dan perempuan. Allah taala adalah maha pengampun dan maha penyayang"


Tambahan : Buat sahabat kepimpinan, gunakan masa yang berbaki sebelum menjelangnya Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Pmram cwgn Mansurah dengan sebaiknya. Sumbangkan bakti dan taburlah jasa kalian pada PMRAM Pusat dan Cawangan sebelum pulang ke tanah air. Ambillah peluang untuk belajar dan relakanlah diri untuk ditarbiyah dan mentarbiyah apabila terlibat dalam perjuangan. "Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan. Perjuangan mukmin yang sejati tak akan behenti sehinggalah kedua kainya menginjak pintu syurga"..Moga kita semua istiqamah di jalan ini..Ameen 


Sekian,
SATU FIKRAH SATU AMAL
PMRAM cawangan MANSURAH
-Fadhilah Esa-

Thursday, July 15, 2010

Bulan Sya'aban












Aisyah r.a berkata: Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dari Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah , Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (Hadis riwayat al-Nasaai dan Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa." (Hadis riwayat Abu Daud)

Saturday, July 10, 2010

Hulurkan Sumbangan, Ringankan Bebanan

 
 Antara desingn bookmark yang dijual untuk disumbangkan pada Dana Syaqah.

Assalamualaikum wbt...

Satu mesej YM yang diterima...

"Dana Syaqah antara agenda mega PMRAM,anggaran sewa pejabat PMRAM skrg ni mencecah le3000 lebih. Alangkah bagusnya dgn le3000 lebih ni diperuntukkan utk program2 PMRAM sprt kutub sittah,PMHK,Program Q dan lain2.Sewa pejabat PMRAM skrg ni semakin meningkat tahun demi tahun. Ayuh kita bersama menyalurkan sumbangan utk menjayakan misi Dana Syaqah PMRAM.Pimpinan PMRAM adalah mahasiswa, Ahli PMRAM adalah mahasiswa, bagaimana PMRAM menjana ekonomi? PMRAM adalah persatuan kita bersama,Ayuh bergerak bersama menjana ekonomi PMRAM khususnya Dana syaqah PMRAM, peniaga tiket salurkanlah sedikit utk PMRAM, peniaga Bazar sumbangkanlah sedikit utk PMRAM, peniaga lowerite dan smartvoip salurkanlah sedikit utk PMRAM, penyewa kenderaan salurkanlah sedikit utk PMRAM, dan penyumbang2 sukarelawan dialu-alukan."

Mesej ini membuatkan ana terfikir...

Apa sumbangan aku untuk PMRAM? Persatuan yang menaungi dan menjaga kebajikan kita di Mesir ini. Banyak jasa dan bakti PMRAM pada kita. Dari mula datang mesir..(USMB) hinggalah dh nak balik Malaysia pun PMRAM yang banyak bantu..Layari.PMRAM pusat & HEWI PMRAM

Jadi, ana menyeru pada semua sahabat dan diri ana agar membantu mencari dana untuk PMRAM khususnya Dana Syaqah. Lakukan apa sahaja aktivi yang halal & berkat yang menyumbang pada dana syaqah.

Pada sahabat2 di Mesir yang nak menyumbang boleh melalui Unit Kebajikan PMRAM cawangan masing2 atau terus ke Pejabat PMRAM/ Markaz Hewi PMRAM.Boleh juga sdiakan tabung kecil di rumah masing2..Apa salahnya, menabung LE 1 setiap hari( kalau lebih lagi baik).

Pada sahabat2 yang akan pulang ke tanahair boleh mintak sumbangan di Malaysia. Ada juga sahabat yang letak tabung masa kenduri kahwin, Alhamdulillah....banyak juga dana yang dapat. Bayangkanlah...dalam nak membina rumahtangga(dari majlis kahwin) lagi dah mengamalkan perkara2 yang baik..membantu sesama muslim, dan menggalakkan budaya infaq fi sabilillah...Bertambah keberkatan dalam perkahwinan.:)

Boleh juga menyumbang mengikut posisi(kerjaya) masing2 di Malaysia..Hubungi PMRAM Pusat untuk dapatkan proposal Dana Syaqah PMRAM.

Ayuh, hulurkan sumbangan anda bermula dari saat dan detik ini!

Layari : http://dana-apartmen.blogspot.com/

Ayuh Pulihkan Penyakit Negara

Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu judi. Samada aktiviti ini dipantau atau diurus oleh mereka yang ingin melakukan perjudian, ia adalah satu perkara yang membimbangkan umat Islam kerana jelas dinyatakan dalam Al-quran, surah Al-Maidah ayat 90, yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Setiap kemungkaran, bukan sahaja judi, tetapi juga ketagihan arak, ketagihan seks, bersubahat melakukan kezaliman, penipuan, jenayah rasuah, salah guna kuasa dan seumpamanya juga adalah sebahagian dari dosa besar yang seharusnya menjadi musuh utama umat Islam dan negara. Pada prinsipnya mereka yang terlibat dengan maksiat dan perbuatan dosa besar boleh dikatakan telah hilang kewarasan akal kerana dengan sengaja merosakan nama baik sendiri, merosakkan kepercayaan orang lain terhadap diri dan mengganggu keamanan masyarakat, dan yang lebih penting ialah perbuatan-perbuatan ini sebenarnya semakin menjauhkan diri seseorang dari Allah s.w.t.
 
 
Kadangkala dengan hanya satu perbuatan maksiat sahaja boleh menghancurkan nilai kehidupan dan menyebabkan kerugian sepanjang hayat baik di dunia mahupun akhirat, apatah lagi jika beberapa kemungkaran dilakukan sekaligus. Oleh itu, usaha membanteras, memerangi dan nahi mungkar tidak boleh dibuat terhadap kes-kes atau kemungkaran tertentu sahaja, sebaliknya ia perlu menyeluruh tanpa ada yang terkecuali jika kita benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk menjaga amanah dan kepimpinan yang kita perolehi. Begitu juga tindakan membanteras itu tidak sepatutnya hanya dikenakan terhadap orang tertentu oleh agensi tertentu sahaja, tetapi perlu dibuat secara menyeluruh tanpa mengira siapa dan apa statusnya oleh semua orang Islam di seluruh negara selari dengan kehendak syariat Allah s.w.t

Selari dengan islam sebagai agama persekutuan dan agama rasmi negara, kebimbangan kita terhadap peningkatan maksiat terutamanya judi di negara ini sepatutnya dirasai oleh setiap anggota masyarakat dan individu. Ia adalah virus terhadap kesihatan negara, jika diandaikan negara ini sebagai satu jasad atau tubuh badan. Semakin banyak kemungkaran atau maksiat, semakin banyak penyakit yang dihidapi oleh negara. Alangkah malangnya jika ada antara penyakit itu yang sengaja kita cari lalu menyebabkan penyakit sedia ada bertambah kronik. Atas kesedaran inilah, saya menyeru kepada seluruh umat Islam, seluruh ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat di Malaysia agar kita gempur dengan seluruh kemampuan yang ada untuk memerangi pertaruhan judi yang dihalalkan kerana telah dilesenkan dalam pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan pada bulan Jun ini.

Kita tidak mahu pembanterasan itu hanya dilakukan oleh golongan yang inginkan glamor, publisiti atau lakonan semata-mata, kerana amat jelas pada masa yang sama golongan itu jugalah yang menganjurkan kemungkaran dan melakukan kemaksiatan, cuma dalam bentuk yang lain. Kita tidak mahu golongan atau individu yang sebegini, sebaliknya kita mahukan tuan-tuan yang benar-benar mempunyai kesedaran supaya bertanggungjawab menjaga dan melarang ahli keluarga dan siapa sahaja yang di bawah tanggungan agar membenci dan menjauhi semua maksiat dan kemungkaran samada yang dibenarkan dengan cara dilesenkan ataupun tidak.
Firman Allah dalam surah At-tahrim ayat 6 yang bermaksud:
Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka.
 
 

Kita amat sedih kerana terdapat ramai umat Islam yang mengakui dirinya Islam, melafazkan di bibirnya bahawa Islam adalah agama yang baik, solat itu baik, menutup aurat itu adalah kewajipan, kalimah Allah adalah hak islam, Al-quran dusturuna, dan sebagainya lagi, sebaliknya dalam diam menaruh fahaman bahawa maksiat itu adalah urusan individu yang merupakan hak asasi manusia dan tiada kena mengena dengan sesiapa atau mana-mana undang-undang. Bukankah fahaman sebegini sudah ada pengikut dan penganutnya?
Seperti juga fahaman yang kadang-kadang kita temui yang mengatakan bahawa iman bukan terletak pada tudung atau pada akhlak, tetapi iman itu pada hati yang tidak dapat dinilai oleh sesiapa. Bukankah fahaman-fahaman ini menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar? Bukankah fahaman-fahaman jenis ini juga yang merasakan perlunya judi itu dinilai dan akhirnya diberikan lesen? Dan bukankah fahaman-fahaman sedemikian juga lah yang sering kali mempertikai pandangan-pandangan ulama yang ikhlas dalam memberikan pendapat?

Ingin saya ingatkan bahawa pencemaran fahaman yang sedemikian semakin merosakkan roh keislaman negara, dan hilangnya kefahaman sebenar tentang Islam, hakikatnya telah menghalang negara dalam usaha memerangi maksiat dan membenteras kemungkaran. Dalam erti kata lain menghalang negara untuk menjalani rawatan pemulihan penyakitnya.
Roh dan jiwa manusia yang tercemar boleh menyesatkan dan memalingkan hati manusia agar menjauhi Allah s.w.t. Apabila roh dan jiwa telah jauh dari Allah, perkara yang sangat berkait rapat dengannya ialah hati. Hati yang sudah tidak dapat memahami sensitiviti Ilahi, adalah hati yang tidak boleh diharap lagi untuk menyembuhkan penyakit maksiat negara.
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir yang bermaksud:
Sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal darah, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya, ingatlah! Itulah hati.  (hadith muttafaqun ‘alaih)
Ekoran hati yang gagal berfungsi dengan betul mengikut kehendak Allah s.w.t akan wujudlah pula gejala bertuhankan nafsu serakah yang tidak dapat dikawal. Nafsu ini pula adalah nafsu yang liar dan merosakkan individu, masyarakat, negara dan dunia amnya jika tidak dibendung dengan segera dan serius.
Firman Allah dalam surah Saad, ayat 26 yang bermaksud:
Wahai Daud, sesungguhnya kami telah jadikan kamu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan benar, dan janganlah kamu menurut nafsumu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yg sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari perhitungan amal, disebabkan mereka melupakan jalan Allah itu.

Saya juga ingin mengingatkan kepada penegak-penegak maksiat, pengamal-pengamal dosa besar dan pelulus-pelulus lesen kemungkaran agar jangan berseronok dengan perbuatan keji itu, serta gembira melihat maksiat dan kemungkaran yang sentiasa berkembang. INGATLAH!! Setiap kesalahan itu nilainya adalah di sisi Allah s.w.t, bukannya di sisi manusia yang sentiasa menyokong perbuatan kita, dan setiap kesalahan itu pasti ada pembalasan yang setimpal dengannya sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Di samping itu, pelaku-pelaku ini juga akan menghadapi kesan buruk sewaktu menghadapi saat kematian atau sakaratulmaut. Demikianlah orang yang terlibat dengan dosa besar dan maksiat pasti akan menghadapi kesukaran dan keperitan yang bertindih-tindih ketika nazak.
Firman Allah dalam surah al-Qiyamah, ayat 29 yang bermaksud:
Dan bertindih betis (kanan) dengan betis (kiri) lantaran kesakitan menghadapi maut.
Orang orang yang disukarkan semasa nazak ialah orang yang mendustakan agama, tidak mengerjakan solat, sombong, jahat, serta bergelumang dengan dosa. Ketika menghadapi nazak atau sakaratulmaut itu, Allah s.w.t memperlihatkan kepada dirinya segala dosa yang dilakukan, seluruh penderitaan zahir dan batin mangsa-mangsa perbuatannya dikumpulkan dan ditayangkan kepadanya ketika menghadapi saat kematian.
Saya ingin menyeru umat islam sekalian, ingatlah dan insaflah sementara masih sihat, masih berkuasa dan bertenaga, marilah satu ummah memerangi maksiat, mendekatkan diri kepada Allah dengan terus kekal bertaqwa kepada Allah. Untuk menghindarkan diri kita dari kesukaran menghadapi sakaratulmaut, nazak yang perit dan tidak dapat dibayangkan kesukaran di saat kematian, ayuhlah kita sekalian mempertebal keimanan kepada Allah s.w.t, memperbanyak amal kebajikan, menjalankan tugas dengan jujur, dan menjauhi segala perbuatan dosa dan maksiat.
Surah al-Jumu’ah ayat 8 yang bermaksud:
Katakanlah, sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)
Wahai orang orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dengan mengerjakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan ISLAM.
Marilah kita menghitung diri kita masing-masing sebelum kita dihitung di hadapan Allah pada hari yang tidak berguna harta benda, pangkat kekuasaan, anak pinak, kaum keluarga, dan sahabat handai. Hanya orang-orang yang datang menemui Allah dengan hati yang sejahtera sahaja akan mendapat pembelaan dari Allah s.w.t. pada hari perhitungan itu dan cuma pahala dan dosa yang menjadi timbangan, bukan lagi wang sebagai perantaraan. Jika kita berdosa kepada seseorang, maka pahala kita akan diambil dari kita dan diberikan kepada orang yang kita lakukan dosa itu, dan begitulah sebaliknya. Sesungguhnya ada di kalangan manusia yang akan meminta untuk kembali ke dunia walau sesaat untuk berbakti kepada Allah pada waktu perhitungan itu, namun ketahuilah sesungguhnya itu adalah kerugian yang amat besar.

sumber : i luv islam 

Wednesday, July 7, 2010

Selamat Pengantin Baru

Desingn khas buat Pengantin Baru=)

Ya Allah…
Andai Kau perkenankan,
Kurniakanlah kepada
Pasangan Pengantin Baru Ini,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra
Yang Kau jadikan mata air kasih Ali Karamallahu Wajhah dan Fatimah Az-Zahra
Yang Kau jadikan mahar pernikahan Abu Thalhah dan Ummu Sulaim,
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci..

Ya Allah…
Andai semua itu terlalu besar bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu…

Jadikanlah
Pasangan Pengantin Baru Ini,
Sebagai suami isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan di kala jauh,
Saling menghibur di kala duka,
Saling mengingatkan di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketakwaan,
Saling menyempurnakan di dalam ibadat,
Saling merindui syahid di jalan-Mu…

Ya Allah…
Sempurnakanlah kebahagiaan
Pasangan Pengantin Baru Ini,
Dengan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada-Mu,
Serta bukti pengikatan cinta kami kepada sunnah Rasul-Mu,
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Amin Ya Rabbal Alamin



Tambahan :
Mabruk buat pasangan pengantin. Mereka dinikahkan pada 4 Julai yang lalu di ARMA. InsyaAllah walimah akan berlangsung pada esok hari (8 Julai 2010). Us Daud merupakan salah seorang AJKT DPM Mansurah. Memegang portfolio sebagai Unit Kebudayaan, Kesenian& Sukan PMRAM cwgn Mansurah sesi 09/10. Semoga rumahtangga yang dibina mendapat berkat dan rahmat dari Allah swt. Ameen.

Ketika entri ini ditulis..keadaan di markaz 1, markaz 2 dan di DPJA agak sibuk..

Ada yang membasuh pinggan mangkuk ..
Ada yang mengupas bawang..
Ada yang mengira polestrin untuk hidangan...
Ada yang menyapu sampah...
Ada yang menghias pelamin...
Ada yang mengemas dewan...
Ada juga yang memainkan lagu "pengantin baru'' ...

Meriah benar suasana tika ini..

Masyaallah...hebatnya dan manisnya ukhuwwah yang dirasa. Sahabat2 diibarat seperti mak ayah dan keluarga diperantauan. Masing2 tolong menolong dan bergotong royong dalam melakukan kerja. Moga majlis esok berjalan seperti yang dirancang.=)

Akan tetapi, ada juga Hewi yang berduka kerana perlu menghadiri dua mesyuarat penting di Kaherah bersama PMRAM Pusat pada esok hari. Tak dapat la dia menghadiri walimah..Sabar ye buat TSUH
( Us Adyana) =)

Friday, July 2, 2010

Catatan menjelang Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) kali ke-18 : PMRAM cwgn Mansurah

Assalamualaikum....
 
Kini, lebih kurang tinggal sebulan lebih sahaja lagi untuk Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) DPM Mansurah kali ke-18. Program ini disub di bawah Jabatan Setiausaha Agung. Maka, SUA dan SUH diberi mandat untuk memastikan program ini berjalan dengan baik.

Hati diulit resah, gelisah dengan persediaan yang belum mantap. Banyak perkara perlu diselesaikan untuk menghadapi MAT. Sebagai seorang Setiausaha, aspek pertama yang perlu dititik beratkan ialah soal pengurusan. Minit mesyuarat MAT yang lalu, laporan jabatan/unit, senarai nama ajk unit/unit khas antara tugas terawal yang perlu diselesaikan. Kemudian, fail-fail persatuan dalam soft copy dan hard copy perlu disemak dan dikemaskini untuk rujukan pimpinan akan datang. Mesyuarat dan perjumpaan bersama Eksekutif Pelaksana pula akan menyusul selepas ini.. Bulan ini antara bulan yang benar-benar menguji kudrat (mental dan fizikal) ana. Ada ketika, mengadap komputer dari pagi hingga malam. Ada ketika menyusun fail-fail dan mengemas pejabat. Hinggakan pejabat HEWI dah macam kedai taswir(fotostate).:)

Aktiviti luar terpaksa di'khalikan' dahulu. Sedikit cemburu pada sahabat yang bercuti di Iskandariah, yang mendaftar kelas bahasa(Markaz Nil), yang bertalaqqi di Masjid Azhar dan bersama masyaikh2..Ana belum punya waktu untuk itu..Namun, perasaan ini perlu ditepis. Untuk menjadi pejuang perlu mempunyai semangat yang tinggi, dan sabar dalam ujian. Keyakinan dan pengharapan perlu disandarkan pada Allah swt.

Mereka yang beriman akan rela dan sabar menerima apa yang dikurniakan Allah kepadanya di samping meneruskan perjalanan hidup ke arah kebaikan, memperkuat dan memperkukuhkan kesabaran dalam diri sendiri. Sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Ali 'Imran ayat 200 yang tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Selama dua sesi dalam kepimpinan DPMM (Unit Penerangan & Penerbitan HEWI 08/09 dan Setiausaha HEWI 09/10) benar2 meninggalkan kesan yang sungguh mendalam yang sukar untuk diungkapkan. Adik beradik hewi seramai 11 orang merupakan insan2 yang amat penting dalam hidup ana. Pahit manis, suka dan duka dirasai bersama. Sedih =(  ..

Ana bukanlah yang terbaik sebagai seorang pimpinan. Sifat manusia, tidak terlepas dari melakukan kesalahan..Mohon maaf andai terdapat cacat cela selama mentadbir  persatuan, mohon ampun juga andai terdapat hak2 yang tidak tertunai selama menjalankan tugas.Perjuangan untuk menegakkan agama Allah ini bukanlah kita yang memulakannya. Bukan jua ayah dan datuk nenek kita tetapi merupakan kerja nabi-nabi seterusnya ulama-ulama yang terdahulu. Kita hanyalah sebagai mata rantai penyambung perjuangan.

Untuk sahabat kepimpinan yang akan turun, kita hanya melepaskan jawatan rasmi di persatuan, namun jawatan sebagai khalifah (iqamatuddin wa siyasatud dunya bih) tidak bisa ditanggalkan. Khalid Al-Walid dipecat oleh Umar ditengah berkecamuknya peperangan, namun terus memacu kuda menggempur musuh. Saat ditanya bagaimana perasaannya, ia hanya menjawab “aku bekerja bukan kerana Umar”. Menjadi Khalid bukanlah mudah, namun kita berusaha ke arahnya. Kita tidak dipecat saat berperang pun. Membantu urusan ummah bukan hanya saat ada jabatan/kepimpinan. 

 ************************************************************************
Lagu untuk sahabat seperjuangan, adik beradik HEWI, anak2 Liqo(usrah) dan sahabat semuslim dan seaqidah..Terimalah...




Jamuan sebelum exam...
Manisnya ukhuwah yang dirasa...

Salam juang,
Fadhilah Esa

Thursday, July 1, 2010

SOLAT DHUHA SEBAGAI ROH REZEKI

REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.

Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.

Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.

Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (asy-Syura: 27)

Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata?
Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang nyata.

Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat duha.

Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Dhuha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan.

Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)

Pun begitu, kita perlu menyedari bahawa solat dhuha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Yang pasti, solat duha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan mengampunkan dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah.

Lantaran itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek iaitu kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW banyak menganjurkan amalan solat dhuha ini.

BAZARIA PMRAM cawangan MANSURAH - FEB 2010
(usaha mencari rezeki)

Mari menyumbang..replika syaqah PMRAM..insyaAllah akn menjadi realiti

Jualan air yang mendapat sambutan

Promosi menu

Turut dijual...keropok lekor dan bookmark bg kemasukan dana syaqah.
Alhamdulillah...rizki minaAllah..pendapatan jualan yang agak memberangsangkan..

p/s :
Gerai HEWI DPM MANSURAH dinamakan " KHADIJAH CORNER"..Nama gerai ini diambil sempena nama Isteri Baginda Nabi Muhammad SAW. Saidatina Khadijah adalah seorang hartawan dan saudagar. Seorang berperibadi mulia dan banyak membantu dakwah Nabi SAW. Moga roh dan semangat Saidatina Khadijah meresap ke dalam diri insan2 yang bergelar Muslimah..InsyaAllah...

Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog