Semanis Ukhuwwah

Saturday, May 29, 2010

Santai : Jom Uji Mata Anda =)

Cuba kira berapa bilangan titik hitam dalam gambar tersebut..


Apa yang anda nampak?
J = muka orang & eskimo




Ada kotak ke kat tengah tu?



Sebenarnya garis kelabu tidak bengkok pun



Kelihatan berombak kan?


Ini pun berombak juga kan...



Apakan gambar ini bagi anda?
katak atau kuda?



Berapa buah kapal dan jambatan yang anda nampak?



Yang ini pulak apa kes?

Peter Veana, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza Memeluk Islam

Peter Veana, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza 
Memeluk Islam Istanbul- Ahad 23 mei 2010. Jam 10 malam waktu Istanbul, di hadapan pejabat IHH Insani Yardim Vakfi di Fateh, bersempena dengan keberangkatan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah diadakan acara kesyukuran sempena kemasukan Peter Veana, 63 tahun, ke dalam agama Islam. Peter yang merupakan seorang berasal daripada Isle of Wights di Selatan England, kemudiannya menukar nama beliau kepada Muhammad Fatih.
Acara tersebut berlangsung sederhana dan sangat mengharukan, di antara anggota rombongan ada yang memberikan hadiah spontan berupa kopiah, baju jubah dan tasbih. Turut hadir memberikan ucapan tahniah dan doa selamat kepada Peter termasuklah Dr. Nawaf Takruri Ketua Persatuan Ulama Palestina di Syria, Syekh Abdul Ghani Atamimi Ketua Persatuan Ulama Palestina di Luar Negeri, dan juga hadir Ust Ferry Nur, ketua KISPA Indonesia.
Laungan takbir bergema di depan pejabat IHH pada malam itu sebagai ungkapan haru atas hidayah dan anugerah yang telah diberikan Allah kepada Muhammad Fatih. Beliau pernah menyertai rombongan Viva Palestina ke-3 pada bulan Januari tahun 2010 yang lalu, sekarang dengan penuh kesedaran yang tinggi masuk ke dalam agama Islam.

Sumber :  http://www.lifeline4gaza.org/2010/05/25/peter-vanner-peserta-konvoi-kemanusiaan-ke-gaza-memeluk-islam/

Tambahan:  Ya Allah..syukur dipanjatkan buat Al-Khaliq yang Maha Penyayang. Titisan embun hidayah buat insan yang dipilih untuk mengecap nikmat Iman dan Islam...Sungguh..hati ini begitu tersentuh dengan berita ini. Moga hati beliau dan hati2 kita semua teguh dan thabat dalam membawa kalimah Allah.

Thursday, May 27, 2010

Embun Hidayah

Assalamualaikum...

Jom saksikan video klip ini..Moga embun hidayah ini dicampakkan pada hati2 kita dan moga makin kita akrab dengan Sang Pencipta Yang Maha Agung..




Setitis embunan yang jernih
Di hujung dedaunan bersih
Kemilau warnanya bagaikan
Permata disuluh cahaya

Dinginnya menyentuh di jiwa
Menyingkap jendela hati
Itulah setitis hidayah
Membasahi gersang di jiwa

Nurnya bagaikan sinar mentari di hening pagi
Lembut dan dinginnya menusuk ke sanubari
Ia seumpama lentera di kamar diri
Terungkai segala kusut tertegak kebenaran

Tanpa mengira bangsa warna dan rupa
Tertebar petunjuk ke seluruh buana
Islamlah manusia walau di mana jua
Di timur barat selatan dan utara

Hitam putih dan kuning Islam bersaudara
Yang menyatukan semua hanya embun hidayah
Damai seluruh dunia Aman alam semesta
Embun hidayah anugerah ALLAH

Hidayah hak milik Tuhan
Kurnia tiada tara
Meniti menerusi lidah RasululLah
Zaman terus beralih
Musim terus berubah
Embun hidayah akan terus melimpah
Embun hidayah anugerah ALLAH

~Salam Imtihan buat semua azhari/azhariah..~

Wednesday, May 26, 2010

umma-united VS facebook??


Facebook. Siapa tidak pernah dengar nama ini? Mungkin agak ganjil atau ketinggalan zaman bagi sesiapa yang tidak mengetahui tentang Facebook, khususnya golongan muda. Nama singkatannya, "fb".

Umma United. Siapa yang pernah dengar? Mungkin tidak ramai yang tahu atau baru sahaja tahu. Ia lebih mesra dengan panggilan manjanya iaitu "umma" atau "UU".


Kedua-dua ini adalah antara laman sosial yang wujud dalam dunia maya hari ini. Tapi, apakah perbezanya? Sekilas pandang pada namanya, mungkin akan timbul pelbagai tekaan dan jangkaan awal terhadap Umma United. Boleh dikatakan sebagai agak islamik namanya.

Perbezaan yang lebih jelas yang ingin saya nyatakan di sini ialah berkenaan pemiliknya, kerana sebelum ini dan sehingga kini Facebook menjadi satu perkara yang mengelirukan dan menjerumuskan ramai umat Islam ke lembah dilema.

Ramai yang memikirkan status dan hukum penggunaannya kerana ia dikaitkan dengan penyaluran kewangan kepada Yahudi dan penyaluran maklumat kepada Central Intelligent Agency (CIA). Seolah-olah ia menjadi syubhah dan membuatkan kita rasa serba salah untuk menggunakannya. Ditambah pula dengan adanya pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W baru-baru ini. Sehingga wujud banyak seruan agar memboikot dan meniggalkan Facebook.


Beberapa hari lepas, ada invitation email daripada beberapa sahabat saya. Ia merupakan jemputan untuk menyertai laman Umma United. Setelah mengisi beberapa butiran, siaplah sudah akaun Umma United saya. Saya mengambil sedikit masa untuk meneroka dan melihat ciri-ciri dan application yang ada dalamnya.

Alhamdulillah, saya dapati ianya baik dan mempunyai beberapa ciri islamik. Secara umumnya ia hampir sama dengan Facebook, terdapat sedikit perbezaan terutamanya dari segi penambahan fungsi yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat dalam pelbagai jenis media. Antara ciri lain ialah wujudnya blog, peluang pekerjaan dan perkongsian.


Berkenaan pemiliknya, inilah perkara utama yang ingin saya ketengahkan pada kali ini. Jika Facebook, ia dikaitkan dengan pemiliknya (CEO) yang bernama Mark Zuckerberg, merupakan seorang pemuda yang dikatakan berketurunan Yahudi dan pernah melakukan penggodaman (hacking). Baru-baru ini pula banyak aduan dan rasa tidak puas hati oleh pengguna Facebook kerana ciri-ciri privacy Facebook yang agak ketat. Kelihatan seolah-olah pihak Facebook memang ingin mengambil data pengguna dengan begitu terperinci. Rujuk sini.


Setelah membuat pencarian dalam internet, saya telah menemui beberapa maklumat tentang pemilik laman "UU". Pemilik laman Umma United ialah seorang lelaki muslim yang bernama Emmanuel-Yamin Dubuc (Yamin). Berasal daripada Perancis, merupakan seorang usahawan, pakar ICT, media digital, teknologi maklumat dan kewangan. Mempunyai ijazah dalam bidang teknologi informasi dan bekerja dengan Microsoft pada permulaan kerjayanya. Beliau juga merupakan salah seorang daripada orang penting dalam sebuah organisasi profesional muslim Eropah iaitu CEDAR. Rujuk sini.

Selain memiliki Umma United, beliau juga telah mengasaskan beberapa laman lain seperti Oumma dan Oumma Media. Umma United merupakan rangkaian sosial muslim antarabangsa yang pertama dan dimiliki oleh orang Islam. Alhamdulillah...

Akhir bicara, apa salahnya jika mereka yang menggunakan Facebook selama ini bertukar dan berhijrah kepada Umma United yang lebih jelas pemilikannya dan belum ada sebarang keraguan pada masa ini. Jadikan ia sebagai alternatif. Doakan semoga pengasas "umma" dipermudahkan untuk menguruskan laman tersebut dan dapat menjaga nilai-nilai Islam dalamnya supaya wujud biah solehah dalam Umma United.

Pesanan saya, sepertimana kita berhijrah daripada Facebook, begitu jugalah kita berhijrah kepada penggunaan yang lebih bermanfaat. Walaupun Umma United dimiliki oleh orang Islam dan mempunyai ciri-ciri Islam, ia tetap bergantung kepada cara kita menggunakannya. Saudara Emannuel Yamin telah melaksanakan tugasnya dengan mewujudkannya untuk tujuan dan cara yang baik, jadi kita pulalah yang perlu menggunakannya dengan tujuan dan cara yang baik juga.

Gunakannya untuk mengeratkan ukhuwwah, menyebarkan dakwah dan membangunkan daulah. Peliharalah ikhtilat (pergaulan) dengan sebaik-baiknya serta elakkan perkara-perkara yang boleh dianggap melampau seperti bersengkang mata dan meletakkan gambar yang tidak sewajarnya. Bagai pisau, mungkin untuk kebaikan, mungkin juga untuk kejahatan. Kita yang memilihnya, dan anda mampu mengubahnya. Ingatlah orang tersayang... =)
Yamin: Assalaam alaykoum,

I'm Yamin, the CEO of Umma United, the social network of the Muslim world (available in english, french and spanish).

Umma United is a private(*) social network that provides to its members features to share information, to express themselves and meet other members around the world

Whether you're at home or traveling Umma United guide you to find the closest services or events.

In order to keep the site secure and to have members of quality this site is on invitation only. You can email me at yamin@umma-united.com if you want to receive an invitation.

Wassalaam

Best regards,
Yamin Dubuc

(*) Privacy Policy:
- Access to the beta version of Umma United is exclusively on invitation
- The content is only visible by members of the network (it will never appear in search engines).




Akaun/profail Umma United saya;

Nasiruddin Sobri


-Rujukan lanjut dan sumber;




Sumber: http://almomentum.blogspot.com/

Hebatnya Doa

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah,
Membuat orang tidak percaya menjadi percaya,
Memberikan keberanian pada orang ketakutan...

Setiap dari sesuatu yang dijadikan olehNya pasti datang dengan sebab dan sifat. Begitu juga dengan sebuah hari yang belum tentu manis pahit yang menanti untuk kita lalui sebagai hambaNya.

Doa iu bekal,
Doa itu senjata...

Mana mungkin kita hamba yang lemah boleh mengatur langkah gagah tanpa bantuan dariNya, sedang Nabi dan para Rasul yang maksum saban malam bersengkang mata menadah tangan berdoa agar perjuangan dan hati mereka sentiasa di bawah kasih sayang dan rahmatNya. Apatah lagi kita insan yang lemah yang hina dina ini. Jangan sombong dengan Khaliq.

Tambahan :
Baru selesai imtihan tahriri Quran..2 madah lagi menanti..Mohon doa dari semua.

Fadhilah Esa
Kuliyyah Syariah
Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah

Wednesday, May 19, 2010

Rahsia Tidur dan Solat Tahajjud

Umumnya orang beranggapan bahwa tidur malam yang baik memerlukan waktu sekitar 6 – 8 jam sehari. Tetapi ketahuilah bahawasanya pendapat ini ditentang oleh para saintis Barat seperti Dr. Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya hanya perlu tidur malam selama 3 JAM.
Waktu tidur biasanya dikenali dalam dua jenis, iaitu tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya terjadi pada tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk biasakan tidur lelap karena tidur ayam adalah masa berangan-angan yang sebenarnya hanya membuang waktu saja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap berdasarkan kajian saintis Barat, iaitu cukup selama 3 JAM. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Hal ini disebabkan kita tidak terlatih atau mengikuti aturan yang benar ketika kita tidur. Apabila seseorang atlit misalnya, ketika hendak bertanding dalam acara 100M lumba lari maka dia akan berlatih mungkin sekitar setahun sebelum perlumbaan itu dimulakan. Dengan demikian dia berharap untuk menjadi juara. Demikian juga dengan kita, harus melatih diri kita tidur sesuai dengan aturan yang baik.
Menurut kajian ahli perubatan Barat, sebelum kita pergi tidur, kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan termometer kita boleh melatih diri kita untuk tidur apabila perlu. Tidur yang teratur dapat mengefektifkan waktu kita terutama untuk beribadah di malam hari serta mengerjakan hal-hal lain. Di dalam Al-Quran disebutkan ada segolongan manusia yang masuk syurga karena ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” (Surah az-Zariat: ayat 15-18)
Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik bagaimana tidur yang lengkap dengan doa-doanya. Sebagai ringkasan, mungkin kita biasakan latihan untuk tidur malam seperti :
  1. Makan malam sedikit saja. Cukup sekadar alas lapar. Jika kita makan malam yang banyak maka akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur.
  2. Tunaikan solat Isya’ sebelum tidur.
  3. Bersihkan tempat tidur dari kotoran.
  4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
  5. Kurangkan waktu tidur dari 8 jam sehari menjadi 7 jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan waktu tidur malam menjadi 6 jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga menjadi 5 jam sehingga kita boleh tidur untuk waktu 3 jam saja.
Cara bangun tidur juga ada kaedahnya untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan diri dari pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur,lantas terus melompat dari tidurnya, maka berisiko terkena penyakit jantung dan boleh menyebabkan kematian. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China – Dr Huang Guoxiong dari Badan Perubatan Lioning.
PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Ada juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai pentingnya mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang baik. Apabila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka? Mereka menjawab: “The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.” Maksudnya ” Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai aturan yang harus dilaksanakan terlebih dahulu sebelum saya tidur.”
“The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” – Longfellow. Maksudnya, “Pencapaian kerja yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu teman-temannya yang lain sedang nyenyak tidur.” Ini jelas menunjukkan mereka meminimumkan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
RAHSIA SOLAT TAHAJUD
Sekarang kita kembali kepada perbincangan tentang solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita peroleh dari mengerjakan solat tahajud sementara yang lain sedang nyenyak tidur?
Dari sisi logik, mungkin kita tidak mengerti bahwa perintah Allah itu mendatangkan kebaikan. Sesungguhnya solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain .
Dari sisi sains perubatan, kita akan menyedut oksigen di atmosfera bumi sekitar jam 3 pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita yang akan menyegarkan badan dan melancarkan aliran darah ditubuh kita. Kedua hal tersebut, iaitu oksigen dan gerakan otot sangat penting bagi kesihatan tubuh manusia. Oksigen akan hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sampai esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini yang dapat menikmati oksigen tersebut.
MUKJIZAT GERAKAN SOLAT
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasarnya:
  1. Kita berdiri tegak (qiyam) kemudian mengangkat kedua tangan bertakbir dan meletakkan tangan di atas dada – kita telah membesarkan rongga dada kita sehingga paru-paru akan terasa lapang serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
  2. Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground) sekaligus menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkai.
  3. Ketika sujud, seluruh berat badan tertumpu sepenuhnya di atas otot-otot kedua tangan, kaki, dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat saja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.
  4. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan sesudah itu kita berdiri kembali. Dalam gerakan badan kali ini secara automatik kita telah menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bagian bawah dan otot-otot lainnya.
  5. Selain itu kita juga melakukan dua jenis duduk – pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal paha, selangkangan, jari-jari kaki dan lain-lain.
  6. Ketika kita memberi salam , kita menggerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.
Kalau kita lihat dari dua hal di atas, iaitu menghirup oksigen yang istimewa dan gerakan otot-otot yang semuanya itu sudah tentu akan menyihatkan tubuh kita. Solat tahajud boleh juga menjauhkan penyakit pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.
“Dan pada sebagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’; ayat 79)
Sumber : Persatuan Bukan Naqib (PERBUN) KISAS

Istimewanya Tahajjud


Ada satu waktu yang amat ajaib dalam kehidupan seharian kita. Waktu yang menjadi pilihan Tuhan untuk bertamu kepada hambaNYA. Waktu itu, sekiranya ada manusia yang bangun, membersihkan diri dan sujud kepada Pencipta, martabatnya telah diangkat lebih tinggi berbanding manusia lain.

FirmanNya dalam Surah al-Israk ayat 79 bermaksud:
“Dan dari sebahagian malam, hendaklah engkau bangun (tahajud), sebagai amalan tambahan untukmu. Semoga Tuhanmu mengangkat (darjatmu) ke tempat yang terpuji.”
” (Surah An-Nuur: ayat 37)
 
Saat seorang hamba pergi kepada Penciptanya dengan penuh susah-payah melawan kantuk, sebenarnya ia membuka jendela cintaNYA. Waktu tahajud adalah waktu sepertiga malam yang menyaksikan para insan di alam mimpi.  Kala itu, alam suram hanya ditonai bintang dan bulan, manakala kegelapan adalah dunia beristirehat. Waktu beginilah, apabila dahi mencecah sejadah, aura tawadhuk seorang hamba kepada Penciptanya bergelombang kuat. Solat terasa khusyuk tanpa diganggu urusan dunia yang mencengkam di siang hari. Tiada bunyi kebisingan manusia atau kenderaan yang mengacau si pendamba cintaNYA. Tahajud adalah waktu khusus untuk seorang Muslim bertemu dan bercakap-cakap dengan Allah SWT.

Paling Disayangi
Dalam sebuah keluarga misalnya, ibubapa akan menyayangi anak-anaknya secara adil. Namun percayalah, anak yang lebih ringan tulang dan sering berbakti kepada ibubapa dengan ikhlas akan lebih disayangi berbanding anak-anak yang lain. Begitu juga dalam hubungan persahabatan, teman yang mengingati setiap kebaikan kita padanya akan lebih diingati daripada teman yang hanya berkongsi kesenangan kita. Walau bagaimanapun, orang-orang begini tidak seramai orang-orang yang mementingkan diri. Jika kita memiliki mereka, pasti kita menghargai dan menyintainya sebaik mungkin.

Begitu jualah antara makhluk dengan Penciptanya. Allah SWT telah mensyariatkan ibadah wajib kepada manusia untuk dilaksanakan dalam kehidupan. Pada waktu yang sama, Dia juga memberikan peluang kepada manusia yang ingin melakukan ibadah sunat sebagai jalan mendekatkan diri kepadaNYA. Orang yang tidak meninggalkan ibadah wajib dan memperbanyakkan ibadah sunat tidak akan sama kedudukannya dengan orang lain di sisi Allah SWT. Keberkatan akan tercermin dalam kehidupan, sifat mahmudah menghiasi peribadi dan kata-katanya pasti diikuti dan didengari manusia lain. Hal ini terbukti jika kita membaca sirah para nabi, sahabat, tabi’in seterusnya orang-orang soleh di zaman ini.

Istimewa Tahajud
Salah-satu amalan yang tidak pernah ditinggalkan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian baginda adalah solat sunat Tahajud. Ketika orang lain dibuai mimpi, baginda SAW bangun mengadapNYA dengan rintihan dan tangisan. Apabila ditanya Saidatina Aisyah R.A, mengapa seorang nabi yang pasti dijamin syurga perlu menangis dan merintih lagi, maka Rasulullah SAW menjawab, baginda hanya mahu menjadi hambaNYA yang bersyukur.
Solat sunat Tahajud umpama tol menuju Allah SWT. Baginda SAW telah menyebutkan hikmah tahajud yang bermaksud:
“Setiap dua pertiga malam terakhir, Allah turun ke langit dunia sambil berseru, ‘Hambaku yang malam ini menjauhkan rusuknya dari tempat tidur kerana mendirikan solat tahajud, aku berasa malunya padanya sekiranya aku tidak mengampunkan dosanya. Mengabulkan doanya dan memberikan apa yang mereka minta. Solat sunat yang utama selepas solat fardu adalah solat tahajud.”

Oleh itu, malanglah bagi mereka yang mengetahui hikmah dan kelebihan tahajud tetapi tidak mengamalkannya secara rutin. Umpama, dia menolak hadiah dan anugerah Allah SWT yang mahu dikalungkan ke lehernya.

Terapi Mahasiswa 
Musim mahasiswa disibukkan dengan kuliah dan peperiksaan. Sesetengah mahasiswa turut melibatkan diri dengan aktiviti kampus dan kemasyarakatan. Jangan menjadikan kesibukan anda sebagai alasan untuk meremehkan ibadah sunat terutama tahajud. Berdasarkan pengalaman pelajar-pelajar yang cemerlang, solat sunat tahajud adalah resepi utama mereka.

Dalam temubual personal saya dengan Nik Nur Madihah yang mendapat 20 A( SPM 2008), beliau menyatakan kekuatan utamanya untuk berjaya adalah solat sunat Tahajud. “Ketika bangun di tengah malam, hati saya berasa tenang melepaskan segala tekanan kepada Allah SWT. Tahajud dapat memberikan kita kekuatan jiwa untuk mencapai cita-cita yang disematkan,” katanya.
Saya juga teringat pesanan seorang pendakwah bebas, menurutnya, seorang Mukmin yang terlibat dengan aktiviti keagamaan perlu menjadikan ibadah sunat sebagai rutin wajibnya. Pengamalan ibadahnya tidak boleh sama seperti orang awam lain. “Saudara menyebarkan kalimah Allah, justeru diri saudara perlu dekat dengan Allah. Hanya ibadah sunat seperti Tahajud, Dhuha dan lain-lain dapat mengintimkan lagi hubungan saudara dengan Allah SWT,” pesannya.

Jika tidak kerana pentingnya solat sunat Tahajud, tidaklah Khalifah Salahuddin al-Ayubi memecat tenteranya yang tidak bangun berqiyamulail dalam operasi Perang Salib. Hanya orang-orang yang menjaga hubungannya dengan Allah SWT dapat mencapai matlamat kehidupannya, kerana Allah SWT tidak sesekali mengecewakan harapan hamba yang dicintaiNYA.
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’,” (Surah Al-Baqarah: ayat 45)
Solat Tiang Agama2
“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah), (iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan solat dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka.” (Surah Al-Hajj: ayat 34-35)

Bandingkan
Sekiranya para mahasiswa masih meragui keberkesanan solat sunat Tahajud, ayuhlah anda mulainya sekarang. Jadikan ia latihan bagi melihat perbezaan sebelum dan selepas anda mengamalkannya. Tidak ada dalam sejarah orang yang mengamalkan Tahajud secara ikhlas, hidup mereka susah dan gelisah, sebaliknya, merekalah golongan yang menerima rahmat dan keberkatan dariNYA. Walaupun miskin harta, jiwa dan wajah mereka diselaputi sakinah (ketenangan), mahabbah (cintaNya) dan taqwa.

sumber : www.ummuhani.blogspot.com

Fadhilah Esa
Tahun Akhir Kuliyyah Syariah Islamiah
Universiti Al-Azhar Mansurah

Wednesday, May 12, 2010

Gempar : Isu Pelajar Qiraat di Akhbar dan You Tube hari ini.


sila klik untuk mendapatkan paparan yang jelas
 
KUALA LUMPUR: Insiden kira-kira 140 pelajar baru Malaysia yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Qiraat di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir gagal menduduki peperiksaan Sabtu lalu berpunca daripada beberapa sebab termasuk lewat mendaftar sangat dikesali.
Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa (Maqaz) Syubra, Mohammad Naim Hassan, berkata pihaknya dukacita perkara terbabit kerana sebelum ini kelewatan mendaftar tidak menjadi masalah besar.
Menurutnya, kelewatan mendaftar sering berlaku di pusat pengajian tinggi terbabit, malah cukup ketara sejak empat tahun lalu.

“Sebelum ini walaupun pelajar lewat mendaftar, mereka masih berpeluang menduduki peperiksaan. Tetapi kali ini berlainan pula, mereka tidak dibenarkan menduduki peperiksaan,” katanya, ketika dihubungi semalam.

Pelajar berkenaan tiba di negara itu mulai September tahun lalu, dibiayai pelbagai pihak termasuk tajaan kerajaan negeri dan institusi zakat negeri sepanjang tiga tahun pengajian di sana.

Mohammad Naim yang juga pelajar tahun tiga di pusat pengajian itu berkata, disebabkan masalah berkenaan mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan, Julai nanti.

“Setahu saya, sejak tiba di sini September lalu mereka tidak mendaftar mengikuti peperiksaan kerana di sini walaupun tidak mendaftar tetap boleh mengikuti kelas pengajian seperti biasa.

“Apabila hampir dengan peperiksaan berlakulah masalah kelewatan dan disebabkan kelewatan ini mereka, baik pelajar baru lelaki di Maahad Shoubra mahupun pelajar perempuan di Maahad Mansourah tidak dibenarkan menduduki peperiksaan,” katanya. Sementara itu, melalui maklumat yang diperoleh daripada blog Maqaz, Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) ada menerima aduan mengenai masalah terbabit.

“Jabatan ini menerima aduan daripada wakil pelajar Maahad Qiraat Al-Azhar Mesir (Syubra dan Mansourah) dan penjaga pelajar berkaitan larangan menduduki peperiksaan syafawi (lisan) pada 29 April 2010 dan peperiksaan tahriri (penulisan) pada 8 Mei 2010,” katanya.

Menurut JPMK, pihaknya mendapati beberapa sebab iaitu pelajar lewat sampai ke Mesir, lewat menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan, visa tamat tempoh dan ada sebahagian pelajar tidak membuat visa, malah wakil pelajar tidak mengikut prosedur.

Berikutan itu, JPMK mengambil beberapa tindakan termasuk mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Majmak Al-Buhus Al-Islamiah, Syeikh Ali Abdul Baqi dan Imam Besar Syeikh Al-Azhar As-Syarif, Dr Ahmad Tayyib.

Namun, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PRAM) Mansourah dan Syubra menyifatkan kenyataan dan tindakan yang diambil JPMK wujud kekeliruan fakta yang jelas.

Katanya, pelajar terbabit tidak pernah mendapat sebarang makluman JPMK berkenaan ketetapan tarikh tiba di Mesir.




p/s : Apabila Mahsasiswa menunjukkan taringnya....Ana kira pihak 'berwajib' cukup gelisah tika ini. Inilah akibatnya bila amanah tidak dijalankan dengan sebaiknya.

Monday, May 10, 2010

Buat Teman

Bling Banner





Selamat menempuh imtihan Faslul Thani pada semua warga Azhari/iah...

Jadual imtihan ana:

26 MEI  : Quran tahriri thn 3
29 MEI :  Quran tahriri thn 4
1 JUN  :  Qodoya mua'sarah
26 JUN : Quran syafawi


Mohon doa dari semua...


Flower Card

Acheh laksana hukum Islam

Rejam dilaksana di Aceh



GAMBAR menunjukkan seorang wanita berjalan melintasi
peringatan yang meminta orang ramai memakai pakaian
Muslim di Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Aceh kelmarin.

BANDA ACEH – Masyarakat Islam di wilayah autonomi Aceh yang ditangkap
kerana berzina berhadapan hukuman rejam sampai mati selepas
undang-undang syariah diluluskan semalam.

Undang-undang itu membenarkan hukuman sebat sehingga 100 kali dikenakan
terhadap individu bujang belum berkahwin yang didapati melakukan zina.

Turut diluluskan ialah hukuman kepada peminum minuman keras, pengamal homoseks dan perjudian.

Undang-undang itu diluluskan sebulat suara di Parlimen.

“Semua pihak bersetuju secara sebulat suara untuk menjadikan rang
undang-undang itu sebagai undang-undang termasuk hukuman merejam sampai
mati.

“Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari dengan atau
tanpa kelulusan gabenor Aceh,” kata Pengerusi Speaker Khas Parlimen,
Bachron M Rasyid.

Ia sekali gus menggantikan undang-undang sivil.

Jurucakap Parti Keadilan Makmur, Moharriyadia berkata, undang-undang
itu merupakan langkah pencegahan untuk penduduk Aceh agar mereka tidak
terlibat dengan masalah moral.

Bekas pejuang Pergerakan Aceh Merdeka yang kini menjadi Gabenor Aceh,
Irwandi Yusuf menentang keputusan parlimen itu dan meminta ia
ditangguhkan dan dikaji semula.

“Indonesia ditubuhkan oleh kepelbagaian budaya dan fikiran. Jika Aceh
menggantikan undang-undang jenayah dengan hukum syariah maka ia akan
menjadi bahaya untuk Indonesia,” kata pemikir liberal Islam, Mohamad
Guntur Romli.

Sebelum ini, Aceh melaksanakan hukum syariah secara terhad seperti pemakaian, solat lima waktu, puasa dan menunaikan zakat.

– AFP

Polis tahan wanita pakai seluar ketat

Mungkinkah akan berlaku sebegini di tanahairku?


SEORANG wanita yang menunggang motosikal ditahan kerana memakai seluar ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

12 Jamadil Awal 1431H.
Mr. President

Polis tahan gadis pakai seluar ketat.

BANDA ACEH - Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini.

"Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman," katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.

Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki.

Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim.

Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita.

Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.

Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek.

"Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka," kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki.



SEORANG anggota polis pencegah maksiat (kanan) memberi nasihat kepada beberapa wanita (dua dari kiri) kerana memakai pakaian ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

Selamat Hari Lahir buat sahabat







Sanah Helwah ya Gamil...buat sahabat seperjuangan..
.
1)Siti Nuraini Salim (Naib Pengerusi II HEWI PMRAM cawangan Mansurah) 10 ME1 1986
2)Siti Habibah Ibrahim (Unit Perumahan HEWI PMRAM cawangan Mansurah) 9 ME1 1986

Sanah Helwah juga buat UPEP (Unit Pengetahuan dan Pendidikan PMRAM cawangan Mansurah) dilahirkan pd 4 MEI 1986

Cake With Number
Cake With NumberYa Allah…

Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah Kami dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Berilah kemudahan pada kami atas segala kesulitan-kesulitan kami,
karena menghilangkan kesulitan itu mudah saja bagi Mu ya Allah.

Amin.. Ya Robbal 'alamin..

**********************
Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku,
kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya
baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat.

Sunday, May 9, 2010

SeLamat Hari Ibu





 Buat Bonda tercinta....Maziah bt hj Abd Mukti

Ibu…
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

ibu..
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun diwaktu pagi ,siang , dan malam

ibu..
adalah wanita yang penuh perhatian, dikala.
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
dan bila aku kesepian

ibu..
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keridhoaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku.

aku yang selalu merepotkanmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu.

ibu..
engkau menangis karena aku
engkau menderita karena aku
engkau kuruspun karena aku
engkau korbankan segalanya untukku

ibu..
jasamu tiada terbalas
jasamu tada terbeli
jasamu tiada akhir
dan jasamu terlukis indah didalam surga

ibu..
hanya doa yang bisa kupersembahkan untukmu
hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu..

Sayang mak,
Fadhilah Esa
Universiti Al-Azhar Mansurah

APCO : Kerajaan Malaysia Agent Israel


1. [ Bagaimana benih disemai begitulah hasilnya dituai . Jika perundingnya Israel maka pemikirannya Zionis .] Barangkali inilah perkataan yang boleh saya gunakan terhadap sikap dan tindakan terbaru yang diambil oleh kerajaan Malaysia terhadap dasar luarnya .

2. Segala-galanya bermula selepas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil APCO Worldwide sebagai konsultan merunding imej beliau [ serta negara dengan kos RM 77 juta sebagaimana yang didedahkan oleh Datuk Nazri Aziz ] dan tindakan itu semakin jelas dan ketara selepas Perdana menteri bertemu dengan Presiden Amerika Barrack Obama baru - baru ini .

3. Selain daripada Perdana Menteri kelihatan amat terdesak untuk mendapatkan sokongan antarabangsa khasnya Presiden Obama dalam pembentukan atau penstrukturan semula imej beliau yang tercalar teruk ekoran pelbagai dakwaan skandal dan penyalahgunaan kuasa yang membayangi kepimpinannya , Perdana Menteri Malaysia juga kini dilihat sebagai "terjerat" dalam mainan zionis antarabangsa.

4. Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib kini mendahului negara - negara Islam yang lain [ sementara negara - negara Islam tersebut masih berdialog dalam pendekatan mereka mencari penyelesaian isu nuklear Iran] apabila mengambil langkah sadis dan menyokong dasar Penjajah Amerika untuk terus mengenakan tekanan ekonomi dan politik ke atas negera berdaulat Iran .

5. Biarpun beribu kali Kerajaan Iran menegaskan bahawa teknologi nuklear yang dibangunkan di negara mereka adalah bertujuan untuk menghasilkan tenaga alternatif dan kegunaan teknologi bukan senjata pembunuh sebagaimana yang didakwa oleh Amerika , ternyata Iran terus diasak dan ditekan oleh Amerika dan sekutunya di peringkat antarabangsa . Pelbagai bentuk sekatan ekonomi dikenakan ke atas Iran sekaligus menafikan kedaulatan negara tersebut .

[ sedang Iran masih patuh kepada resolusi Majlis Keselamatan PBB dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA ]

6. Kini Malaysia mengambil pendirian yang berbeza dengan Turki , Rusia dan China [ yang menetang tindakan Amerika ke atas Iran termasuk Ahli majlis Keselamatan PBB yang lain seperti Brazil dan Lubnan dijangka mengambil sikap yang serupa ] apabila [ Malaysia ] secara terbuka menyokong dasar Amerika terhadap Iran .

7. Sebelum ini Malaysia sekurang - kurang mempunyai sikap yang tidak berpihak kepada Amerika sebagai sebuah negara kuasa besar yang menjadi sekutu rapat Israel itu ,terutama dalam isu melibatkan kepentingan negara Islam dan ummatnya di peringkat antarabangsa , seperti isu Palestine dan penindasan ke atas ummat Islam .

8. Segala sikap dan dasar itu berubah secara drastik sejurus Malaysia mendapat khidmat rundingan imej berbayar dari sebuah Syarikat Konsultan bertaraf antarabangsa [ APCO Worldwide ] , sebuah syarikat yang panel penasihatnya ialah

Doron Bergerbest-Elion [mantan Ketua Keselamatan Kerajaan Israel]
Shimon Shein [ mantan Duta Israel ke German ] dan
Itamar Rabinovich [ mantan Duta Israel ke Amerika Syarikat ] .

9. Benarlah apa yang saya tegaskan sebelum ini , apabila Malaysia mendapat nasihat dan khidmat runding imej dari syarikat konsultan yang mempunyai hubungan erat dan intim dengan Israel maka sudah tentu yang dikonsult itu akan dibentuk pemikiran , sikap dan imejnya agar menepati agenda zionis antarabangsa .

10. Hasilnya telah dituai kini apabila Malaysia turut menyekat bekalan minyak ke Iran selari dengan kehendak negara penjajah dunia Amerika Syarikat dan saya difahamkan bahawa Petronas telah mengesahkan penjualan gasolin ke Iran telah dihentikan pada 4 dan 5 march yang lalu .

Sumber : http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Saturday, May 8, 2010

Tenanglah Wahai Hati



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Banyak isu-isu panas yang berlegar tika ini..Isu Perpindahan Wafidin ke Keharah, Isu pelajar qiraat yang tidak dapat masuk exam..Kes2 Hisbah dan cabul makin berleluasa..Isu kedatangan pegawai rumah negeri yang 'memeningkan kepala' dan pelbagai ujian yang dihadapi oleh warga Azhari/iah..

Ala' kullihal..pastikan diri kita mampu menghadapi dengan tenang dan mengawalnya dengan baik.Tambah-tambah lagi, imtihan faslul thani makin terasa bahangnya..Mohonlah dariNya agar dikuatkan diri dan dipermudahkan segala urusan..


Hati kita ni,walaupun kedudukannya dalam badan kita, tapi kita tak mampu mengawalnya. jauh sekali nak mengubahnya.

hanya Allah yang memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri selalu dengan Allah, pemilik segala hati.

sebab kita nak Dia pegang hati kita kuat - kuat, pelihara hati kita daripada perkara yang lagha.

Bila Dia pelihara dan masuk dalam hati kita, time tu kita akan rasa nikmat lazatnya bercinta denganNya.


Final Exam Mode ~

"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"

Cacatan dari Hayyu Sabi', Kaherah
Fadhilah Esa
4.02 pm

Thursday, May 6, 2010

Isu Qiraat di Harakah Daily :Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar gagal ambil periksa




Mahasiswa Maahad Qiraat al Azhar Gagal Masuk Periksa
Kekesalan jelas terpampang di wajah mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat Al-Azhar sesi kemasukan 2009. Bayangkan jika anda sudah berada di pusat pengajian hampir 7 bulan, setelah bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran, tetapi tidak dibenarkan memasuki peperiksaan. Mereka amat-amat kesal dan kecewa oleh sikap seorang pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), bahagian Atase Pendidikan MSD Cairo yang menjadi penyebab mereka tidak dapat memasuki peperiksaan. Anda pasti tertanya-tanya, kenapakah mereka tidak dibenarkan memasuki peperiksaan? Jawapannya ialah disebabkan sikap tidak professional dan tidak ada sifat integriti pada seorang pegawai yang menguruskan bahagian pendaftaran mereka iaitu Encik Khairi Jalaluddin.

Beliaulah punca mahasiswa-mahasiswi Qiraat Al-Azhar lemah semangat untuk meneruskan pengajian. Sedangkan jawatan yang disandangnya ialah bahagian pendidikan. Sepatutnya beliau menjadikan mahasiswa-mahasiswi di Mesir ini bersemangat untuk belajar, tetapi hal sebaliknya telah berlaku. Mahasiswa-mahasiswi Qiraat Al-Azhar tidak dapat menduduki peperiksaan adalah kerana urusan pendaftaran yang masih tidak dapat diselesaikan hingga ke hari ini.
Semua borang-borang yang berkaitan dengan pendaftaran telah pun diserahkan oleh pihak mahasiswa kepada Khairi bahagian Atase Pendidikan MSD Cairo pada bulan Disember 2009 lagi. Tetapi hingga bulan Mei 2010, nama mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat Al-Azhar masih lagi tiada di maahad. Persoalan yang timbul ialah, Encik Khairi bin Jalaluddin ini menjalankan tugas atau tidak? Dalam jangka masa 5 bulan, amat mustahil jika urusan pendaftaran masih belum selesai.

Berita yang amat mengecewakan lagi ialah apabila beliau selalu mengeluarkan janji-janji manis semata-mata untuk menyejukkan hati mahasiswa-mahasiswi yang bertanya. Pihak pengurusan pelajar telah berjumpa dengan pegawai yang menguruskan sesi pendaftaran ini. Jawapan yang diberikan ialah nama mahasiswa-mahasiswi akan berada di Maahad Qiraat dalam masa 10 hari lagi. Setelah 10 hari dan beberapa kali 10 hari pihak pengurusan pelajar berulang alik bertanya tentang masalah pendaftaran ini seperti yang dijanjikan. Ternyata janji manis bertukar tawar.

Khairi juga telah menjanjikan bahawa hasil pertemuan beliau dengan Syeikhul Al-Azhar untuk menyelesaikan masalah ini akan dimaklumkan. Kemudian beliau bertukar pula kenyataan bahawa beliau akan menyiarkan di dalam laman web Atase pendidikan (http://ataseakademik.blogspot.com) pada 5/6/2010. Hingga hari ini 6/5/2010 tidak disiarkan. Apabila mahasiswa-mahasiswi bertanya, beliau menyuruhnya supaya bertanya kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Apa kaitannya hasil pertemuan itu dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia? Susah sangatkah untuk berlaku jujur? Kemudian apabila ditanya lagi, beliau menyuruh mahasiswa bertanya kepada Encik Zulkifli (pegawai JPMK).

Apa yang mahu diutarakan disini ialah kenyataan beliau yang sering bertukar dan bersifat menipu mengakibatkan mahasiswa-mahasiswi merasa meluat dengan janji-janjinya. Benarkah beliau ingin menjaga kebajikan pelajar di Mesir? Bukankah kewujudan JPMK adalah untuk menjaga kebajikan pelajar? Sungguh kesal dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh beliau. Terbaru beliau mengeluarkan kenyataan bahawa mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat dibenarkan menduduki peperiksaan pada bulan Julai. Kenyataan ini dikeluarkan melalui mulut yang manis! Bukan bertulis.

Mahasiswa-mahasiswi Qiraat merasa amat-amat tertekan dengan adanya pegawai yang bersikap sebegini. Kenyataan peperiksaan boleh diambil pada bulan Julai ternyata membuatkan mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat tidak percaya akibat beberapa kali telah ditipu oleh beliau. Semoga Allah s.w.t. membalas perbuatannya dengan balasan yang setimpal!

Kami merayu kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah ini supaya tampil membantu kami di sini kerana suara kami semakin dipermain-mainkan oleh beliau. Kami amat berharap kepada pihak berwajib di Malaysia mengambil tindakan yang sepatutnya kepada pegawai ini kerana telah menyebabkan kami susah untuk mengaji di Mesir. Kami amat sedih dan kesal diperlakukan sebegini. Kami datang ke sini adalah untuk menuntut Ilmu, malangnya diperlakukan seperti ini. Sekian, sekadar meluahkan rasa.

Semoga Allah mendengar rintihan kami penuntut ilmu di sini.

Tulisan Khairi 30 April lalu
Saya juga merasa kesal dengan kejadian ini dan mendapat tahu ianya juga berlaku pada tahun-tahun sebelumnya, sebelum saya hadir, ke bumi kinanah ini. Denyut nadi dan rintihan pelajar dapat dirasai menyebabkan saya kurang selera nak makan, saya tak mampu nak jawab semua panggilan telefon dengan masalah pelajar perubatan yang masih juga tertunggak sebelum saya ke sini. Justeru, pihak kami sedang berusaha semaksimum mungkin untuk menjernihkan keadaan, buang yang keruh, ambil yang jernih. Saya datang ke sini untuk menyelesaikan masalah dan tidak ada di hati kecil saya perasaan untuk "memilih bulu" dalam menyelesaikan hal pelajar samada perubatan atau pengajian Islam.
Setakat ini, apa yang saya dapati kenyataan hanyalah dibuat secara lisan "bahawa pelajar Qiraat akan dita'jilkan (dilambatkan) mengambil peperiksaan pada bulan Julai" oleh Syeikh Abdul Baqi, Amin al-Aam Majmak al-Bhuth al-Islamiah pada 29 April 2010 (Khamis). Saksi utama ialah Ustaz Sulaiman Zaki.

Justeru, pihak JPMK berusaha sekali lagi dengan mengaturkan pertemuan dengan Syeikh al-Azhar yang baru Dr. Ahmad Tayyib pada hari Selasa 4 Mei 2010.

Syeikh al-Azhar ini merupakan ulamak yang hebat dan mematuhi undang-undang. Sudah tentu dia mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri dari yang sebelumnya.

Untuk makluman, fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar, hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar.

Mohon kepada pelajar-pelajar solat hajat, agar dibukakan hati Syeikh al-Azhar yang baru ini supaya beliau bersetuju membenarkan pelajar Qiraat mengambil peperiksaan bertulis pada 8 Mei 2010.

Saya menasihatkan pelajar agar mengulang kaji lagi "hafazan al-Quran secara bertulis" sebelum keputusan secara hitam putih dipaparkan di laman web JPMK.

Saya juga sedang mengumpul maklumat dan punca kelewatan dari pelbagai sumber. Jika ada sebarang maklumat sila hantar e-mail kepada irfankhairi08@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it , Harapan saya jangan buat spekulasi tetapi carilah jalan untuk menyelesaikan.

"Anggaplah ini adalah sunnah orang yang berjuang. Semoga al-Quran dapat membentuk akhlak kita semua"

Ikhlas dari;

Khairi bin Jalalluddin
Atase Pendidikan (Akademik)

Tambahan :
Sifat amanah diberi nilai yang amat tinggi oleh Rasulullah (S.A.W.) dalam sabdanya:
“Tidak beriman seseorang yang tidak memiliki sifat amanah dan tidak beragama seseorang yang tidak menepati janji.”  (Hadith riwayat Ahmad)

-Fadhilah Esa
 Kuliah Syariah Islamiah
 Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah

Monday, May 3, 2010

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta



Hayati kisah benar luahan dari seorang junior Mansurah..
**************
“ Abang rindu ayanglah.. ok sayang, gudnite..” . Hatiku berbunga riang. Mesej dari Mokhtar ini bisa menghilangkan perasaan tension yang melanda diriku sejak petang tadi. Baru petang tadi Aku menerima panggilan telefon dari Abah yang menyatakan Aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang Perubatan.
Entah mengapa, Aku menjadi tawar hati untuk menerima tawaran itu.Padahal, dulu Aku bukan main beria-ria mengisi borang untuk mengambil bidang Perubatan, tak kisah di mana tempatnya sekalipun,asalkan Aku dapat jadi Doktor.Akan tetapi, sejak Aku masuk PASUM , Aku mula seronok menjalani kehidupan di sini. Lagipun, Aku tidak bimbang samada Aku berjaya mendapat bidang perubatan atau tidak, kerana kalau dilihat dari pencapaian akademikku, Aku yakin Aku akan mendapat tempat di Malaysia untuk mengambil bidang Perubatan nanti.
“ Aina tak nak pergi !! Tolonglah umi pujuk abah tu, Aina tak nak berjauhan dengan Umi Abah. Nanti kalau Aina pergi sana, siapa yang nak jaga Aina. Bukan Aina ada kenal dengan sesiapa pun kat sana.” Buat yang entah keberapa kali, Aku menentang dan menolak untuk menerima tawaran belajar Perubatan di Mesir. Kali ni, Aku bertekad, walau apa pun yang terjadi, Aku takkan berganjak dengan keputusan yang telah Aku buat.
“Abah dah pergi jumpa Pegawai Yayasan, inshaAllah, Aina akan dapat tajaan untuk pergi sana nanti”. Panggilan telefon tengahari itu merubah segala-galanya. “ Aina cepat-cepat kemas barang, nanti Pak Long akan ambil Aina di UM, Isnin ni dah nak ‘fly’. Kena balik untuk selesaikan beberapa dokumen”. Aku mengikut kata-kata Abah tanpa banyak kata. Baru Aku tersedar, keluargaku bukanlah orang yang senang.Ni kira Aku dapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran ni pun dah cukup bernasib baik. Aku akhirnya akur…
Dalam perjalanan pulang itu, Aku menangis mengenangkan apakah yang akan berlaku selepas ini.
Sesungguhnya Aku tidak tahu apakah yang terbaik untukku.. Aku sedar, Aku bukanlah seorang anak yang baik. Selalu sahaja Aku membangkang cakap ibubapaku, suka membuat perkara-perkara yang tidak elok, kalau ditengok dari segi pakaianku, memang bisa menggetarkan hati lelaki tatkala melihatnya.Ditambah dengan wajahku yang kira ada rupa. Lagilah mudah sang pria tertarik. Aku sedih meninggalkan Mokhtar.Tapi Mokhtar berjanji akan tetap menunggu Aku.
Kalau dilihat dari segi solatku, PUNAH!.. tak pernah Aku menunaikan solat fardhu, kalau puasa pun, tiba time Bulan Ramadhan, itupun tidak sempurna..
Namun.. Tuhan itu Maha Penyayang..
Tatkala Aku menjejakkan kaki ke bumi Anbia’ ini, Aku disambut oleh abang-abang dan akak-akak senior medik yang baik-baik semuanya. First time Aku jumpa mereka, hatiku terusik.. Terusik dengan kelembutan dan tingkah laku mereka. Air muka mereka yang jernih, ibarat mencurahkan air ke hatiku yang banyak dosa.
Aku ditempatkan di Mansurah, dan rumahku disediakan di kawasan penempatan Pelajar Perubatan.
Seperti biasa, junior yang baru sampai akan ada seorang senior yang menjaga rumah mereka. Kira orang biasa panggil sebagai Mentor. Akak mentor yang jaga rumah Aku ini, sememangnya orang yang baik. Cuma Aku sahaja yang tidak dapat membiasakan diri dengan keadaan di sini. Memang jauh berbeza dengan kehidupanku yang dahulu.
Tapi apabila terjadi satu peristiwa yang melanda diriku, segala-galanya berubah…
Suatu pagi, Aku mengikut Akak mentorku untuk pergi ke Kelas Madrasah Imam Nawawi. Mulanya Aku agak liat, tapi bila kenangkan Akak ni banyak buat baik pada Aku, Aku ikut jugak walau terpaksa. Tapi bila tiba penghujung kelas, tiba-tiba Ustaz Salman (guru madrasah) mengatakan akan ada sesi munajat sebelum balik.Lampu ditutup. Dan bermulalah di situ… Aku melakukakn perkara yang TAK PERNAH Aku lakukan, AKU BERZIKIR!! Ya Allah!! Suara Ustaz Salman yang penuh keinsafan mengalunkan zikir benar-benar telah menyentuh hatiku. Meskipun Aku tak pandai, tapi dalam keadaan tergagap-gagap itu, Aku cuba mengalunkannya.. Ya Allah, terungkai segala keserabutan hidupku.. tatkala mendengar tangisan orang sebelahku yang kian kuat, hatiku SAYU..betapa selama ini Aku jauh dari Mu Ya Rabb..



Dan apabila doa dibaca, memang segala doa yang disebut itu, betul-betul terpalit pada diriku, dari segi solatku, puasaku, hubunganku dengan lelaki ajnabi, zikirku..dan banyak lagi.Betapa ruginya Aku. Hidup Aku selama ini rupanya banyak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Aku menangis sepuas-puasnya di situ.Betapa Hidayah itu milikMU Ya Allah!
Dan kini Aku sedar, kedatanganku ke Mesir ini bukan semata-mata kerana ingin belajar ilmu Medik sahaja, tapi Aku kena ambil peluang ini untuk belajar ilmu agama yang mendekatkan diri Aku dengan Allah.. Aku tahu banyak hikmah Allah mencampakkan Aku ke sini.
Kalau dulu Aku nak jadi Doktor sebab kerja ni glamour,kerja ni mudah nak buat duit, kerja ni dapat bantu sara keluarga Aku yang miskin..tapi rupanya baru Aku sedar, Aku SILAP! Sebenarnya kerja ini merupakan satu ibadah untuk Aku membantu masyarakat. Kerja ini bukan kerja main-main. Kerja ini yang dapat menjadi bekalan hidup Aku di akhirat kelak..
Dan Aku pelik, kenapa tidak ramai yang sedar akan kepentingan menuntut ilmu Agama.Sedarlah abang-abang, akak-akak, rakan-rakan sekalian, JANGAN KITA INGAT BILA DAH AMBIL BIDANG PERUBATAN, kita kena TINGGALKAN ILMU AGAMA.. Islam tidak menjuzuk-juzukkan agama dengan Perubatan..Kedua-duanya perlu bergerak seiring..
Dan Aku bertambah pelik, bila ramai orang yang Aku jumpa, asyik nak bercakap pasal Agama, sedangkan dia sendiri tidak melengkapkan diri dengan ilmu Agama..Lebih-lebih lagi ILMU FARDHU AIN.. – ramai mana yang nak jadi pendakwah, tapi ilmu kefahaman tentang ISLAM pun masih banyak yang tidak tahu.
Dan Aku yakin, Aku telah bertemu dengan CINTA di sini.. CINTA PADA ILMU ..ILMU ALLAH yang meliputi AGAMA DAN PERUBATAN.. Semoga Allah pandu hidup Aku di sini.. CINTA KU pada MOKHTAR, CINTAKU PADA PANGKAT itu semua hanyalah bisikan syaitan yang tidak pernah putus asa untuk menyesatkan manusia.
*Dan terima kasih kepada mereka yang telah banyak membantu Aku untuk Aku mengenali erti hidup sebagai seorang hamba Allah yang sebenar..Alhamdulillah…..


Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. – Saidina Ali bin Abi Thalib-


**Nama sebenar dan tempat di Malaysia diubah untuk menjaga kemaslahatan

Kempen Budaya Ilmu
"Cintai Rasulullah, Pemangkin Biah Solehah"

Saturday, May 1, 2010

Moga Allah SWT pelihara TOK GURU



Astahgfirullahal 'azim....Murshidul Am PAS, Datuk Nik Aziz telah menerima ancaman bunuh dalam satu ruangan perbincangan di Facebook.


“Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam blognya.
Salman dalam blognya menjelaskan Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku sebagai graduan UITM membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di ruangan perbincangan di Facebook.
“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi,” tulis lelaki yang menggunakan nama Mohd Safuan Hilmi dalam ruangan facebook.
Selain itu Mohd Hilmi juga menulis dalam ruangan komen di facebook itu yang berbunyi ’senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu’.
Herman dalam blognya menengaskan pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri perlu membuat laporan polis.
“Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakkan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa,” kata beliau.
Beliau berkata Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makluk sebiadap ini.
“Saya dapati laman facebook beliau sudah ditutup. Tapi ini maklumat yang saya sempat ambil
“Harap disiasat kerana kita tidak boleh memandang kecil hal ini. Jika dibiarkan nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan yang serupa,” jelas Herman yang menunjukkan wall lelaki yang membuat ugutan itu. -Erapakatan

P/s : Terkejut dengan isu ini...lidah kelu tak terkata...Mohon respon pembaca.
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog