Semanis Ukhuwwah

Wednesday, May 26, 2010

umma-united VS facebook??


Facebook. Siapa tidak pernah dengar nama ini? Mungkin agak ganjil atau ketinggalan zaman bagi sesiapa yang tidak mengetahui tentang Facebook, khususnya golongan muda. Nama singkatannya, "fb".

Umma United. Siapa yang pernah dengar? Mungkin tidak ramai yang tahu atau baru sahaja tahu. Ia lebih mesra dengan panggilan manjanya iaitu "umma" atau "UU".


Kedua-dua ini adalah antara laman sosial yang wujud dalam dunia maya hari ini. Tapi, apakah perbezanya? Sekilas pandang pada namanya, mungkin akan timbul pelbagai tekaan dan jangkaan awal terhadap Umma United. Boleh dikatakan sebagai agak islamik namanya.

Perbezaan yang lebih jelas yang ingin saya nyatakan di sini ialah berkenaan pemiliknya, kerana sebelum ini dan sehingga kini Facebook menjadi satu perkara yang mengelirukan dan menjerumuskan ramai umat Islam ke lembah dilema.

Ramai yang memikirkan status dan hukum penggunaannya kerana ia dikaitkan dengan penyaluran kewangan kepada Yahudi dan penyaluran maklumat kepada Central Intelligent Agency (CIA). Seolah-olah ia menjadi syubhah dan membuatkan kita rasa serba salah untuk menggunakannya. Ditambah pula dengan adanya pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W baru-baru ini. Sehingga wujud banyak seruan agar memboikot dan meniggalkan Facebook.


Beberapa hari lepas, ada invitation email daripada beberapa sahabat saya. Ia merupakan jemputan untuk menyertai laman Umma United. Setelah mengisi beberapa butiran, siaplah sudah akaun Umma United saya. Saya mengambil sedikit masa untuk meneroka dan melihat ciri-ciri dan application yang ada dalamnya.

Alhamdulillah, saya dapati ianya baik dan mempunyai beberapa ciri islamik. Secara umumnya ia hampir sama dengan Facebook, terdapat sedikit perbezaan terutamanya dari segi penambahan fungsi yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat dalam pelbagai jenis media. Antara ciri lain ialah wujudnya blog, peluang pekerjaan dan perkongsian.


Berkenaan pemiliknya, inilah perkara utama yang ingin saya ketengahkan pada kali ini. Jika Facebook, ia dikaitkan dengan pemiliknya (CEO) yang bernama Mark Zuckerberg, merupakan seorang pemuda yang dikatakan berketurunan Yahudi dan pernah melakukan penggodaman (hacking). Baru-baru ini pula banyak aduan dan rasa tidak puas hati oleh pengguna Facebook kerana ciri-ciri privacy Facebook yang agak ketat. Kelihatan seolah-olah pihak Facebook memang ingin mengambil data pengguna dengan begitu terperinci. Rujuk sini.


Setelah membuat pencarian dalam internet, saya telah menemui beberapa maklumat tentang pemilik laman "UU". Pemilik laman Umma United ialah seorang lelaki muslim yang bernama Emmanuel-Yamin Dubuc (Yamin). Berasal daripada Perancis, merupakan seorang usahawan, pakar ICT, media digital, teknologi maklumat dan kewangan. Mempunyai ijazah dalam bidang teknologi informasi dan bekerja dengan Microsoft pada permulaan kerjayanya. Beliau juga merupakan salah seorang daripada orang penting dalam sebuah organisasi profesional muslim Eropah iaitu CEDAR. Rujuk sini.

Selain memiliki Umma United, beliau juga telah mengasaskan beberapa laman lain seperti Oumma dan Oumma Media. Umma United merupakan rangkaian sosial muslim antarabangsa yang pertama dan dimiliki oleh orang Islam. Alhamdulillah...

Akhir bicara, apa salahnya jika mereka yang menggunakan Facebook selama ini bertukar dan berhijrah kepada Umma United yang lebih jelas pemilikannya dan belum ada sebarang keraguan pada masa ini. Jadikan ia sebagai alternatif. Doakan semoga pengasas "umma" dipermudahkan untuk menguruskan laman tersebut dan dapat menjaga nilai-nilai Islam dalamnya supaya wujud biah solehah dalam Umma United.

Pesanan saya, sepertimana kita berhijrah daripada Facebook, begitu jugalah kita berhijrah kepada penggunaan yang lebih bermanfaat. Walaupun Umma United dimiliki oleh orang Islam dan mempunyai ciri-ciri Islam, ia tetap bergantung kepada cara kita menggunakannya. Saudara Emannuel Yamin telah melaksanakan tugasnya dengan mewujudkannya untuk tujuan dan cara yang baik, jadi kita pulalah yang perlu menggunakannya dengan tujuan dan cara yang baik juga.

Gunakannya untuk mengeratkan ukhuwwah, menyebarkan dakwah dan membangunkan daulah. Peliharalah ikhtilat (pergaulan) dengan sebaik-baiknya serta elakkan perkara-perkara yang boleh dianggap melampau seperti bersengkang mata dan meletakkan gambar yang tidak sewajarnya. Bagai pisau, mungkin untuk kebaikan, mungkin juga untuk kejahatan. Kita yang memilihnya, dan anda mampu mengubahnya. Ingatlah orang tersayang... =)
Yamin: Assalaam alaykoum,

I'm Yamin, the CEO of Umma United, the social network of the Muslim world (available in english, french and spanish).

Umma United is a private(*) social network that provides to its members features to share information, to express themselves and meet other members around the world

Whether you're at home or traveling Umma United guide you to find the closest services or events.

In order to keep the site secure and to have members of quality this site is on invitation only. You can email me at yamin@umma-united.com if you want to receive an invitation.

Wassalaam

Best regards,
Yamin Dubuc

(*) Privacy Policy:
- Access to the beta version of Umma United is exclusively on invitation
- The content is only visible by members of the network (it will never appear in search engines).




Akaun/profail Umma United saya;

Nasiruddin Sobri


-Rujukan lanjut dan sumber;




Sumber: http://almomentum.blogspot.com/

Hebatnya Doa

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah,
Membuat orang tidak percaya menjadi percaya,
Memberikan keberanian pada orang ketakutan...

Setiap dari sesuatu yang dijadikan olehNya pasti datang dengan sebab dan sifat. Begitu juga dengan sebuah hari yang belum tentu manis pahit yang menanti untuk kita lalui sebagai hambaNya.

Doa iu bekal,
Doa itu senjata...

Mana mungkin kita hamba yang lemah boleh mengatur langkah gagah tanpa bantuan dariNya, sedang Nabi dan para Rasul yang maksum saban malam bersengkang mata menadah tangan berdoa agar perjuangan dan hati mereka sentiasa di bawah kasih sayang dan rahmatNya. Apatah lagi kita insan yang lemah yang hina dina ini. Jangan sombong dengan Khaliq.

Tambahan :
Baru selesai imtihan tahriri Quran..2 madah lagi menanti..Mohon doa dari semua.

Fadhilah Esa
Kuliyyah Syariah
Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog