Semanis Ukhuwwah

Wednesday, August 25, 2010

Jom beli/tempah kuih raya Istimewa (Miqdad&Uwais Cookies)


Logo perniagaan kami
Assalamualaikum...
Tawaran terhebat sempena Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, tempahan kuih raya dibuka pada semua warga Mesir..Pelbagai aneka biskut raya boleh didapati dengan harga yang berpatutan. 
Kepada sahabat/iah yang ingin mempuat tempahan, boleh menghubungi :
CIK KAMILAH                 : 014-8909711
EN YASIR RAZI              : 010-7924143
PUAN HURUN AIN          : 011-9249948
EN TUAN AZMAN           : 011-5175850
PUAN SYAFIQAH THOIFUR : 011-2275309

Tambahan : Sedap betul kuih2 raya dari Miqdad&Uwais cookies nie...rugi kalau xtempah..nyum..nyumm

Tuesday, August 24, 2010

Laporan : Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) HEWI sesi 2009/2010

Assalamu'alaikum W.B.T.H
Tarikh : 11 Ramadhan 1431H bersamaan 21 Ogos 2010
Hari : Sabtu
Masa : 7.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Persada Jazirah al-Ward, Utubis Jadid
Kehadiran : 75 orang
Dif Jemputan : Naib Pengerusi HEWI III (Ketua Unit Muhafazah HEWI PMRAM) dan Ketua Unit Sambutan & Rehlah HEWI PMRAM


Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala diatas izin dan inayahNya, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) HEWI PMRAM Cawangan Mansurah bagi sesi kepimpinan 2009/2010 dapat dilaksanakan dengan jayanya dan berjalan lancar. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan MAT HEWI pada kali ini. Walaupun ia berlangsung di dalam bulan Ramadhan yang mulia dan memerlukan mujahadah yang tinggi, namun ia bukanlah suatu yang menjadi penghalang bagi ahli-ahli siswi untuk menghadirkan diri bagi melontarkan persoalan, memberikan komentar, cadangan, dan pandangan bagi memperbaiki kelemahan yang timbul.

Majlis perasmian dimulai dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi umum (Ustazah Fatimahtuzzahrah bt Mat Som), diikuti alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh Ustazah Siti Nur Afidah bt Ghulam Rasul. Seterusnya ucapan Timbalan Pengarah II MAT (Ustazah Suhaina bt Sharipuddin), ucapan Naib Pengerusi I HEWI (Ustazah Solehah bt Harun) dan ucapan wakil HEWI PMRAM yang disampaikan oleh Ustazah Samihah bt Abdullah.


Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi HEWI PMRAM Cawangan Mansurah iaitu Ustaz Muhamad Amirul bin Hasim. Beliau mengingatkan kepada semua supaya sentiasa mengkoreksi diri dan menghidupkan kembali biah berani menyatakan kebenaran dan menegur kesalahan yang berlaku. Beliau menimbulkan persoalan adakah Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi waalihi wasallam tidak berkecil hati dengan sikap kita yang meremeh-remehkan dan memandang enteng sunnah dan ajaran Baginda? sama-sama kita fikirkan. Seusai ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi dan ditangguhkan pada jam 9.15 pagi.


Pada jam 9.35 pagi, perarakan masuk barisan AJKH ke dalam dewan bagi memulakan sesi pertama Mesyuarat Agung Tahunan HEWI. Mesyuarat dikendalikan sepenuhnya oleh Naib Pengerusi I HEWI, dimulai dengan pelantikan 4 orang setiausaha sidang dan 2 orang pengira undi. Seterusnya pembentangan dan pengesahan aktiviti tahunan unit-unit HEWI, bermula dengan Naib Pengerusi I HEWI sehingga Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI. Pelbagai persoalan dan penjelasan diajukan kepada unit-unit yang terlibat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari bagi memberi laluan kepada solat Zuhur.

Mesyuarat disambung kembali pada jam 12.45 tengahari. Pengerusi mesyuarat membuka persoalan dan pertanyaan bagi Unit Pengetahuan HEWI sehingga Unit Pendidikan HEWI. Setiap yang hadir memberikan respon yang baik dan pantas. Pembentangan laporan aktiviti semua unit HEWI berakhir pada jam 2.15 petang.

Seterusnya mesyuarat diteruskan dengan agenda pembentangan laporan kewangan HEWI sepanjang sesi untuk disahkan.Alhamdulillah, pengesahan kewangan dapat dibuat dalam jangkamasa yang singkat setelah Bendahari HEWI memberi penerangan ringkas berkenaan item-item yang tercatat di dalam laporan tersebut.

Agenda akhir yang dinanti-nantikan oleh ahli mesyuarat iaitu sesi muhasabah dan cadangan bagi memperbaiki kekurangan serta mempastikan kelicinan dan kelancaran untuk kepimpinan sesi akan datang. Pihak kepimpinan menerima semua muhasabah dan cadangan yang dilontarkan dengan hati terbuka dan berusaha memperbaiki kekekurangan yang timbul, insyaAllah. Kepada semua yang memberikan respon diucapkan ribuan terima kasih. Agenda ini berakhir pada jam 3.10 petang.

Sebelum mesyuarat melabuhkan tirainya, semua Ahli Jawatankuasa HEWI diberi kesempatan dan ruang waktu untuk memberikan ucapan akhir, diikuti ucapan penutup oleh kedua-dua wakil HEWI PMRAM yang turun bersama dalam menjayakan MAT HEWI pada kali ini. Semoga ukhuwah yang terjalin berterusan hingga kita bertemu di akhirat kelak, amin.

Agenda terakhir yang menutup tirai Mesyuarat Agung Tahunan HEWI pada kali ini ialah penyampaian sijil penghargaan kepada semua wakil unit-unit khas yang melibatkan siswi dan disampaikan oleh Naib Pengerusi HEWI PMRAM Ustazah Samihah bt Abdullah. Unit Khas yang terlibat ialah Unit Bait Muslim, Unit Hisbah, Mansoura Multimedia Centre, Unit Amal Kamsis, Usrah Shoutul Mujahidah, HEMAT, AKAR, Info Mansurah, Jabatan Muzakarah Berkelompok dan KHASRAH. Mesyuarat dapat ditamatkan pada jam 5.30 petang.

Alhamdulillah, dengan berakhirnya mesyuarat Agung Tahunan HEWI ini, maka berakhirlah kepimpinan HEWI untuk sesi 2009/2010. Kami memohon ribuan kemaafan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan idea dan tenaga. Hanya kepada Allah diserahkan segala ganjaran.

"Yang patah akan tumbuh, yang hilang kan berganti". Harapan kepada semua ahli DPMM supaya kita tetap bersatu hati dan memberikan kepercayaan kepada barisan kepimpinan yang akan datang. Bertemu dan berpisah kita hanya kerana Allah.


" KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH "


Disediakan oleh,

Solehah Hj Harun
Naib Pengerusi I HEWI
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
sesi 2009/2010

Monday, August 16, 2010

LAPORAN KEKAL ‘10 (BAHAGIAN SISWI)


Banner yg ana sempat desingn=)
 
Berpadulah kita di bawah satu kata,seerat ikatan rumpun di dalam genggaman,PMRAM takkan hilang ditelan arus zaman,kita kan bersama mengharungi cabaran.Ketika kita berjuang jangan futur jangan gentar,yakinlah ‘inayahNYA...pastikan kunjung tiba...BERSATUlah kita..’
-alunan lagu mengikut rentak KCB-

-31 JULAI 2010 -
“Sungai Nil yang sangat pemurah,
anggur pic jagung ambil faedah,
senja ini kami ke Kaherah,
PMHK KEKAL ’10 medan berukhuwwah”

Demi menyahut sahutan gema “bersatunya hati”, RATU MANSURAH mengorak langkah penuh wibawa bertolak menuju ke Kaherah dengan menaiki sebuah coster untuk sama-sama menyertai PMHK (KEKAL ‘10). Sejurus tiba di penempatan yang disediakan, para kontinjen terus membuat persiapan untuk menghadapi slot-slot pertandingan seperti membuat sepanduk, persiapan perbarisan dan latihan nasyid.
1 OGOS 2010 - Dengan bertemakan warna hijau dan bermaskotkan rama-rama, RATU MANSURAH mengatur langkah seawal pagi menuju ke Nadi Musallas, Hayyu ’Asyir untuk menyertai Majlis Perasmian KEKAL’10 di peringkat siswi. Majlis perasmian ini dimulai dengan perbarisan kesemua kontinjen dan diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dialunkankan oleh Ustazah Siti Habibah binti Ibrahim, mahasiswi Qiraat tahun akhir Mansurah. Seterusnya majlis ini dirasmikan oleh Penasihat Hewi PMRAM,Ustazah Izzati Farhana binti Mahadzir.

Program yang bermula jam 9.30 pagi itu menyaksikan 12 kontinjen kesemuanya yang akan menggegarkan Nadi Musallas dengan aksi dan sorakan semangat pasukan yang ditunjukkan. Mereka yang hadir ke Majlis Perasmian KEKAL ’10 bahagian siswi pasti teruja dengan persembahan senaman aerobik yang dipersembahkan oleh barisan HEWI PMRAM diikuti para kontinjen. Bukan sekadar itu,persembahan silat yang dipersembahkan oleh srikandi silat Mansurah turut mencorakkan suasana yang menggembirakan dalam majlis berkenaan.


Sukaneka sesi pertama yang bermula sekitar pukul 10.00 pagi diisi dengan pelbagai sukaneka dan permainan. Acara sukaneka tersebut yang menyaksikan kesemua kontinjen terlibat dimeriahkan lagi dengan penglibatan HEWI angkat setiap BKAN dan Cawangan PMRAM.


Bagi acara sukaneka, RATU MANSURAH menghantar wakil bagi kesemua pertandingan dan telah menyandang johan bagi acara “we are badang” dan “dadu gergasi”. Sorakan demi sorakan padu dari penyokong Mansurah menggamatkan lagi kemeriahan suasana sukaneka pada hari itu. Kehadiran Raja Mansurah,adik Ahmad Miqdad dan Hewi angkat Mansurah,Ustazah Nadianabila binti Zainuddin turut memeriahkan sorakan kontinjen Mansurah. Acara sukaneka berakhir pada petang itu dengan acara “change it” iaitu menggubah buah tin dan buah jambu.

Pada sesi malam pula, RATU MANSURAH tidak ketinggalan dalam menyertai Majlis Perasmian KEKAL’10 dan menhantar 10 orang wakil untuk mengambil dalam acara perbarisan kontinjen-kontinjen PMRAM cawangan. Majlis ini diadakan di Dataran Hayyu ‘Asyir dan dirasmikan oleh Kuasa Usaha Sementara En. Shaiful Anuar Muhammad.

2 OGOS 2010 - “Semangat juang berkobar-kobar,diimpi nikmat syurga idaman,terpatri cinta kasihkan Islam,demimu ku pasrahkan….PMRAM!”. Berbekalkan semangat juang yang jitu, RATU MANSURAH terus mengorak langkah dengan menghantar wakil untuk acara dewan iaitu debat ala parlimen,berbalas pantun,dam aji,win lost and draw,video promo,rekacipta syaqah,musang berjanggut dan lain-lain lagi. Bagi acara debat dan pantun Ratu Mansurah berjaya meneruskan perjuangan mereka ke peringkat final yang akan berlangsung pada hari ketiga dan kontinjen Mansurah berjaya merangkul johan dalam acara dam aji ,video promo kontinjen dan rekacipta syaqah PMRAM.

3 OGOS 2010 - KEKAL’10 diteruskan lagi dengan acara debat ala parlimen pusingan akhir yang
menampilkan perdebatan sengit antara kontinjen Mansurah dan kontinjen Selangor manakala bagi acara membalas pantun menemukan Mansurah dan Pulau Pinang. Kedua-dua acara ini mendapat sambutan hangat daripada semua ahli ketika melihat gelagat para peserta yang mencuit hati. Adat bertanding ada kalah dan menang,bagi acara debat ala parlimen, kontinjen Mansurah tewas kepada kontinjen Selangor dan bagi acara membalas pantun, kontinjen Mansurah mendapat tempat ketiga.
4 OGOS 2010 - Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba,acara kemuncak KEKAL ‘10 bahagian siswi iaitu pertandingan nasyid telah menampilkan sebanyak 11 kontinjen bagi mempersembahkan bakat-bakat seni yang terpendam. Pelbagai aksi menarik telah dipersembahkan oleh para peserta yang mana telah mengeratkan lagi ukhuwwah sesama ahli PMRAM samada di BKAN dan DPM. Bertemakan “PMRAM di hati kami” dan “Malaysia Oh Tercinta”, Ratu Mansurah mempersembahkan nasyidnya dengan semangat patriotik dan cintakan PMRAM yang diterjemahkan melalui lirik dan gaya persembahan yang telah memukau hati para pengadil dan para penonton.

Sejurus selepas solat asar, berlangsunglah Majlis Penutup KEKAL’10 peringkat siswi yang dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Hewi PMRAM,Ustazah Nor Hafiza Abdul Wahab. Selesai majlis penutup disusuli pula majlis penyampaian hadiah. Kontinjen Mansurah dinobatkan sebagai johan acara nasyid KEKAL ‘10 dan bagi acara dewan keseluruhan Mansurah turut meraih johan. Dengan memperoleh markah 176, Mansurah telah meraih naib johan bagi kontinjen terbaik manakala Iskandariah mendapat tempat pertama dengan memperoleh markah sebanyak 186. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan boria dari kontinjen Pulau Pinang dan Mansurah diminta untuk mempersembahkan nasyid buat kali kedua sekaligus menutup tirai KEKAL’10 bagi peringkat siswi.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli Mansurah kerana telah memberikan kerjasama dan sokongan kepada program ini .Alhamdulillah KEKAL ‘10 kali ini telah meninggalkan 1001 kenangan dan semangat juang untuk bekerja demi ISLAM.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh,
HEWI PMRAM cawangan Mansurah,
Pejabat HEWI PMRAM caw Mansurah
8 Ogos 2010
9:44pm 

-http://dpm-mansoura.blogspot.com/

Sunday, August 8, 2010

Karnival Kenangan 80 tahun PMRAM (KEKAL'10) : Kekal dalam ingatan :)

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah...Karnival Kenangan 80 tahun PMRAM(KEKAL) baru sahaja melabuhkan tirainya. Program yang berlangsung 1-5 Ogos ini diadakan sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) kali ke 53 yang diadakan setiap tahun. Pada tahun lepas, nama yang digunakan ialah Ekspo Gempak PMRAM(EGP). Sambutan yang diadakan saban tahun ini bertemakan/bercirikan hari keluarga. Setiap PMRAM cawangan diminta untuk menghantar penyertaan bagi pelbagai acara pertandingan dan 20 orang kontijen akhwat bagi setiap cawangan. Kalau tak silap, kontijen yg dihadkan bagi ikhwah seramai 30 orang.

Bagi ana, program ini benar2 memberikan kesan positif pada ahli. Masing2 turun ke Kaherah bagi sama2 menjayakan program ini. Acara yang dipertandingkan mampu mengeratkan ukhuwah, menambah thaqafah, meningkatkan kefahaman dan kesedaran supaya berjuang dan bersatu dalam bekerja untuk Islam..Klik.http://pmhkpmram.blogspot.com/

Selaku ahli, ana turut bersama sahabat2 dan kontijen berkampung di kaherah. Penempatan yang disediakan bagi kontijen Mansurah adalah di Wisma (B) BKAN PERAK..Bukan kontijen je yang menginap di sana...tetapi ahli2 mansurah yang bukan kontijen juga turut sama menumpang. Masing2 bersemangat untuk bersama2 memberi idea dan sokongan pada sahabat2 yang menyertai pertandingan..Ada yang tolong memasak untuk kontijen, mencari bahan untuk acara debat& pantun menggosok baju dan sebagainya.. Itu tak termasuk dalam bab masak nasi, buat lauk dan bancuh air. Em, macam masak untuk kenduri.

Apa yang ana nak katakan, program ini memang best..banyak sangat input, ilmu dan thaqafah yang diterima. Teringat kalam us Muiz..lebih kurang camni " PMRAM bukan untuk ahli yang suka bersukan,PMRAM bukan untuk ahli yang suka bertalaqqi, PMRAM juga bukan untuk ahli yang suka persatuan,..tetapi PMRAM untuk ahli yang sayangkan perjuangan Islam"..Em, ana amat setuju dengan kalam beliau. PMRAM merupakan persatuan yang dasarnya adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Jadi wajib bagi kita selaku ahli untuk mendokong dan menyokong persatuan ini.

Moga semangat untuk berjuang bukan hanya ketika menjadi ahli PMRAM, tetapi kita perlu istiqamah walau di mana kita berada.

Alhamdulillah..Mansurah mendapat Johan bagi pertandingan Nasyid, Johan bagi keseluruhan acara Dewan dan juga mendapat tempat kedua Kontijen Terbaik KEKAL. Rujuk http://pmhkpmram.blogspot.com/p/keputusan-pertandingan.html

 Lirik nasyid : 1) PMRAM di hati kami:


Ayuh kita semaikan ukhuwwah dan kasih sayang
Eratkan perpaduan bersama susah senang
PMRAM terus gemilang
Tak hilang ditelan zaman

Al Quran dan Sunnah jadikan sebagai panduan
Tingkatkan keimanan menjadi teras wawasan
Bersatu mengejar impian menyahut cabaran
Tinggalkan segala gejala yang merosakkan

Dedikasi berganti siih berganti
Membela maruah insani menabur bakti
Gagah menyusuri hakikat mehnah duniawi
Mengharungi badai ketepi kepentingan diri
PMRAM gemilang bervisi

Ayuh 11x kita satu hati
PMRAM 11x di hati kami

Tiada lain yang diharapkan
Hanyala kesatuan menongkah cabaran
Bersatu gagah bercerai rebah
Ayuh tingkatkan taqwa dan bermuhasabah

Semangat juang berkobar-kobar
Diimpi nikmat syurga idaman
Terpatri cinta kasihkan Islam
Demimu ku pasrahkan...


 Lirik Nasyid: 2 ) Malaysia tercinta



Bersyukurlah generasi Negara
Kita kini aman merdeka
Tidak perlu menghunus senjata
Riang ria berbilang bangsa

Usaha perwira jangan kita alpa
Mengorban diri untuk Negara
Tidak dihirau panahan di dada
Demi Malaysia yang tercinta

Bagaikan ombak di samudera
Menghempas pantai menelan mangsa
Tersungkur rebah sang durjana
Gagah si perwira pertahan nusa

Ayuh..kita suburkan
Sejarah silam, mengenang era lembaran gemilang
Penjajah...cukup-cukuplah..
Mengudang parah meratah jiwa yang tidak berdosa
Pilunya

Bangkit sedarlah jangan terleka
Generasi kita mudah alpa
Taburlah bakti semaikanlah cita
Tingkatkan daya kita berjaya
Pasti cemerlang...terbilang..negara

Kita rakyat yang merdeka
Berbilang kaum dan bangsa
Mari bersatu padu dan senada

Al Quran dan Sunnah dijaga...meniti sinar bahagia ekonomi dan sahsiah berjaya
Negara ku Malaysia… TERCINTA!!!

Ulang

Bersama bersatu jiwa,menusur sejarah cambah mahabbah
Laksana tindakan agama, berpadu Negara dan bekerjasama
Pembangunan merentas masa,teknologi pula seiring bersama,
Mahmudah sahsia dijaga, mencari Redha Allah yang esa


 Intro nasyid : 

Berpadulah kita di bawah 1 kata,
seerat ikatan rumpun didalam genggaman,
PMRAM takkan hilang ditelan arus zaman,
kita kan bersama mengharungi cabaran...
ketika kita berjuang jangan futur jangan gentar,
yakinlah inayahnya pastikan kunjung tiba..
~ Nyanyi mengikut rentak KCB~



Moga program sebegini akan dijalankan lagi pada akan datang, dan moga kita terus Kekal dalam meyumbang bakti pada PMRAM dan perjuangan ISLAM. Ameen.=)

*************
Catatan  - 8& 9 Ogos 2010 : MAT Keluarga Pelajar2 Islam Perak Mesir (KPIPM)
               - 8 Ogos (malam) : Majlis ramah mesra bersama MB Kedah (Ust Azizan) di dataran Hayyu Asyir
               - 10 Ogos : Program HEMAT -Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir
               - 11 Ogos : 1 Ramadhan 

Banyak tugasan perlu diselesaikan sebelum tibanya Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) PMRAM cawangan Mansurah kali ke-18. Tinggal lebih kurang 2 minggu lebih sahaja jawatan akan dilepaskan. Kepimpinan baru pula akan mengambil alih tugas. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang memegang taklifan dan amanah sebagai pemimpin. InsyaAllah..akan diteruskan oleh sahabat2 yang lain.Perjuangan ini tidak akan berakhir selagi mana ia tidak bermula. Teruskan berjuang pada sahabat2 yang masih berada di ardhil kinanah ini. " Perjuangan tidak menjanjikan kemenangan, tetapi untuk menang kita perlu berjuang"
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog