Semanis Ukhuwwah

Tuesday, August 24, 2010

Laporan : Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) HEWI sesi 2009/2010

Assalamu'alaikum W.B.T.H
Tarikh : 11 Ramadhan 1431H bersamaan 21 Ogos 2010
Hari : Sabtu
Masa : 7.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Persada Jazirah al-Ward, Utubis Jadid
Kehadiran : 75 orang
Dif Jemputan : Naib Pengerusi HEWI III (Ketua Unit Muhafazah HEWI PMRAM) dan Ketua Unit Sambutan & Rehlah HEWI PMRAM


Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala diatas izin dan inayahNya, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) HEWI PMRAM Cawangan Mansurah bagi sesi kepimpinan 2009/2010 dapat dilaksanakan dengan jayanya dan berjalan lancar. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan MAT HEWI pada kali ini. Walaupun ia berlangsung di dalam bulan Ramadhan yang mulia dan memerlukan mujahadah yang tinggi, namun ia bukanlah suatu yang menjadi penghalang bagi ahli-ahli siswi untuk menghadirkan diri bagi melontarkan persoalan, memberikan komentar, cadangan, dan pandangan bagi memperbaiki kelemahan yang timbul.

Majlis perasmian dimulai dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi umum (Ustazah Fatimahtuzzahrah bt Mat Som), diikuti alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh Ustazah Siti Nur Afidah bt Ghulam Rasul. Seterusnya ucapan Timbalan Pengarah II MAT (Ustazah Suhaina bt Sharipuddin), ucapan Naib Pengerusi I HEWI (Ustazah Solehah bt Harun) dan ucapan wakil HEWI PMRAM yang disampaikan oleh Ustazah Samihah bt Abdullah.


Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi HEWI PMRAM Cawangan Mansurah iaitu Ustaz Muhamad Amirul bin Hasim. Beliau mengingatkan kepada semua supaya sentiasa mengkoreksi diri dan menghidupkan kembali biah berani menyatakan kebenaran dan menegur kesalahan yang berlaku. Beliau menimbulkan persoalan adakah Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi waalihi wasallam tidak berkecil hati dengan sikap kita yang meremeh-remehkan dan memandang enteng sunnah dan ajaran Baginda? sama-sama kita fikirkan. Seusai ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi dan ditangguhkan pada jam 9.15 pagi.


Pada jam 9.35 pagi, perarakan masuk barisan AJKH ke dalam dewan bagi memulakan sesi pertama Mesyuarat Agung Tahunan HEWI. Mesyuarat dikendalikan sepenuhnya oleh Naib Pengerusi I HEWI, dimulai dengan pelantikan 4 orang setiausaha sidang dan 2 orang pengira undi. Seterusnya pembentangan dan pengesahan aktiviti tahunan unit-unit HEWI, bermula dengan Naib Pengerusi I HEWI sehingga Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI. Pelbagai persoalan dan penjelasan diajukan kepada unit-unit yang terlibat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari bagi memberi laluan kepada solat Zuhur.

Mesyuarat disambung kembali pada jam 12.45 tengahari. Pengerusi mesyuarat membuka persoalan dan pertanyaan bagi Unit Pengetahuan HEWI sehingga Unit Pendidikan HEWI. Setiap yang hadir memberikan respon yang baik dan pantas. Pembentangan laporan aktiviti semua unit HEWI berakhir pada jam 2.15 petang.

Seterusnya mesyuarat diteruskan dengan agenda pembentangan laporan kewangan HEWI sepanjang sesi untuk disahkan.Alhamdulillah, pengesahan kewangan dapat dibuat dalam jangkamasa yang singkat setelah Bendahari HEWI memberi penerangan ringkas berkenaan item-item yang tercatat di dalam laporan tersebut.

Agenda akhir yang dinanti-nantikan oleh ahli mesyuarat iaitu sesi muhasabah dan cadangan bagi memperbaiki kekurangan serta mempastikan kelicinan dan kelancaran untuk kepimpinan sesi akan datang. Pihak kepimpinan menerima semua muhasabah dan cadangan yang dilontarkan dengan hati terbuka dan berusaha memperbaiki kekekurangan yang timbul, insyaAllah. Kepada semua yang memberikan respon diucapkan ribuan terima kasih. Agenda ini berakhir pada jam 3.10 petang.

Sebelum mesyuarat melabuhkan tirainya, semua Ahli Jawatankuasa HEWI diberi kesempatan dan ruang waktu untuk memberikan ucapan akhir, diikuti ucapan penutup oleh kedua-dua wakil HEWI PMRAM yang turun bersama dalam menjayakan MAT HEWI pada kali ini. Semoga ukhuwah yang terjalin berterusan hingga kita bertemu di akhirat kelak, amin.

Agenda terakhir yang menutup tirai Mesyuarat Agung Tahunan HEWI pada kali ini ialah penyampaian sijil penghargaan kepada semua wakil unit-unit khas yang melibatkan siswi dan disampaikan oleh Naib Pengerusi HEWI PMRAM Ustazah Samihah bt Abdullah. Unit Khas yang terlibat ialah Unit Bait Muslim, Unit Hisbah, Mansoura Multimedia Centre, Unit Amal Kamsis, Usrah Shoutul Mujahidah, HEMAT, AKAR, Info Mansurah, Jabatan Muzakarah Berkelompok dan KHASRAH. Mesyuarat dapat ditamatkan pada jam 5.30 petang.

Alhamdulillah, dengan berakhirnya mesyuarat Agung Tahunan HEWI ini, maka berakhirlah kepimpinan HEWI untuk sesi 2009/2010. Kami memohon ribuan kemaafan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan idea dan tenaga. Hanya kepada Allah diserahkan segala ganjaran.

"Yang patah akan tumbuh, yang hilang kan berganti". Harapan kepada semua ahli DPMM supaya kita tetap bersatu hati dan memberikan kepercayaan kepada barisan kepimpinan yang akan datang. Bertemu dan berpisah kita hanya kerana Allah.


" KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH "


Disediakan oleh,

Solehah Hj Harun
Naib Pengerusi I HEWI
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
sesi 2009/2010
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog