Semanis Ukhuwwah

Wednesday, June 9, 2010

Pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu

Papan tanda Pondok Pak Teh

 
Pondok Penginapan Pelajar Perempuan


 Pengajian di pondok yg dikhususkan untuk akhawat.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..imtihan tahriri dah abis. Masih menunggu imtihan syafawi Quran pada 27 Jun ini. Mohon doa dari semua agar najah dalam imtihan tahun ini. 

Entri kali ini ana paparkan beberapa gambar sekitar PONDOK PAK TEH yang agak terkenal di Pengkalan Hulu Perak. Kedudukan pondok ini amat hampir dengan rumah ana. Hanya 5minit perjalanan (motor) nak ke pondok ini. Lebih kurang 2minggu sebelum datang ke Mesir, ana sempat belajar dan tinggal di pondok ni untuk belajar nahu dan kitab2 turats yang lain. Rugi pula rasanya jarang untuk belajar di pondok ni dulu..mungkin sebab tinggal di asrama/ bersekolah di luar & jarang balik rumah( hehehhe..alasan). Bila berada di mesir ini baru terasa amat rugi tak belajar &ikut pengajian di pondok. Ye la..nahu pun tak mantap lagi. InsyaAllah...balik Malaysia tahun ini, ana tak akan lepaskan peluang untuk menimba ilmu di sana.=)

Mudir Madrasah
Tuan Guru Hj Abdul Lattif Abdul Rahman(Pak Teh)

SEJARAH AWAL PERTUBUHAN PNDOK PAKTEH
 
MADRASAH AD-DINIAH AL-LATIFFIAH atau dikenali dengan nama pondok pakteh merupakan salah satu pusat pendidikan agama berasaskan pondok tinggal dinegeri perak darul ridzuan. Pondok pakteh diambil nama semperna dengan nama tuan guru abdul latif. Pondok pakteh ditubuhkan 1967 iaitu oleh tuan guru sendiri. Tuan guru merupakan anak yatim kampung, berhampiran kg.kuak hulu. Toriq atau sistem pengajian masih dikekalkan cara menadah kitab umum (pelajar duduk behadapan dengan tuan guru) kitab-kitab yang digunakan adalah kitab-kitab turas atau dipanggil kitab kuning yang mashyur hasil karangan ulama' – ulama'
terkemuka.
Pengajian disini meliputi ilmu tauhid, tassawuf, feqah, hadis ,tafsir dan segala ilmu cabang agama. Diawal tubuhan pondok tuan gurumenerima 17 orang pelajar sahaja. Tempat awal pengajian diadakandisebuah balai kecil yabg dibina diperkarangan rumah tuan guru. Kadang kala pengajian di adakan mengikut kesesuaian cuaca. Pondok tempat penginapan pelajar pula dibina sendiri disuatu tempat yang lapang. Para pelajar akan masuk sendiri dan belajar "ihtiar" hidup

Tambahan :
Teringat kenangan belajar di sini dulu...Oleh kerana xde pondok yang kosong, jadi ana ditempatkan bersama seorang adik(umur 14 tahun) dari Gerik. Alhamdulillah... Realiti hidup di pondok ini mengajar penuntut ilmu erti 'berdikari' dan jauh dari kemudahan dan keselesaan. Belajar dalam keadaan begini sebenarnya lebih mudah ilmu nak masuk. 
Dengan keadaan pondok yang tidak dibekalkan elektrik, kami hanya menggunakan cahaya pelita dan lilin untuk belajar, mengulangkaji & menghafal matan2 .. kalau nak masak, hanya menggunakan dapur minyak tanah..Memang habis baju bau minyak gas..Ditakdirkan pondok kami ni memang banyak tikus. Memang x lena tidur dibuatnya. Makanan seperti gula, biskut,dan sebagainya memang kena letak dalam tin. Kalau lauk pauk hilang ke...dah tau dah angkara siapa..(Cik Tie) =)..

Walaupun hidup dalam keadaan begini..semangat nak menuntut ilmu xpernah luntur..Malah makin bertambah. Kami  perlu hafal matan jurmiah, matan bina, dan matan2 yang lain..kena bangun awal ke surau dan diwajibkan solat berjamaah.Kalau tak..masa nak tasmi nnti, terkebil2 bila kena marah ngn ustaz..

Suasana paling  'syahdu' ketika mana sebelum subuh. Zikir akan kedengaran dari surau. Sayup je dengar...dan boleh menitiskan air mata.. Ramai2 akan ke surau untuk solat tahajjud seterusnya solat subuh dan bacaan kitab turats dari ustaz. Bestnya saat tu...rindu nak menadah kitab dan menuntut ilmu dari mualim2 yang begitu tulus dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu..
Moga diberikan lagi ruang dan masa untuk itu..

Pada sahabiah2 yang nak ke Pondok PakTeh..bolehla singgah di rumah ana. Rumah terakhir di Malaysia cz bersempadan dengan Betong, Thailand.=) Ini alamatnya :
122 Kampung Tanjung Luas, Air Panas, 33100 Pengkalan Hulu. Perak D/R

Fadhilah Esa
Kuliyyah Syariah Islamiyyah
Universiti Al-Azhar Mansurah
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog