Semanis Ukhuwwah

Saturday, October 31, 2009

.:: ILMU dan PERSATUAN ::.

-Jadual kuliyyah 4 Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah.Hanya 1 madah fasa ini(bewarna).Doakan ana najah.

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah..syukur dirafa'kan buat Rabbul Izzati atas segala nikmat yang diberikan pada hambaNya. Syukur, ana masih lagi diberi peluang untuk menimba ilmu di Ardhil Kinanah ini.Walaupun pada asalnya ingin pulang ke Malaysia pada tahun ini, namun perancangan ini 'ditangguhkan' Allah SWT.Ya..masih banyak yang perlu dicari , ditimba, dikaut dan sebagainya selaku penuntut ilmu.Ilmu Allah Maha Luas...begitu juga dengan RahmatNya.

Perasaan ini tersentuh bilamana kebanyakan sahabat-sahabat dapat pulang ke tanahair tahun ini, akan tetapi bila difikirkan hikmah, terlalu banyak makna2 tersirat yang dapat diperoleh.Menuntut ilmu Allah ini perlukan kesabaran, ketekunan dan kesungguhan.Ini adalah satu perjuangan.Perjuangan menuntut ilmu! Moga dengan bertambah ilmu, makin kenal kita pada Pencipta.Makin bersemangat melakukan gerak kerja Islam.Bukan makin bertambah ilmu, makin riak dengan manusia malah, makin berani membelakangkan hukum Allah.Sehinggakan leka dengan 'setitik ilmu' yang tidak seberapa serta dijadikan batu loncatan bagi meraih redho manusia.

Mohon maaf pada pembaca andai entri ini agak keras bunyinya.Ana baru selesai bermujadalah di YM dengan seorang tokoh pejuang melayu kononya..orang kuat BN.Salah seorang ahli Nadi Umno Mesir.Orang kuat JPMK dan juga diantara orang yang kuat menentang PMRAM.Ana begitu hairan dan pelik terdapat lagi insan seperti ini di Mesir.Sudah jelas tentang kebenaran PMRAM dalam mengurus dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar Melayu di bumi Anbiya' ini sejak tahun 1930 lagi.Terlalu banyak jasa yang dicurahkan pada mahasiswa Melayu Al-Azhar.

Banyak juga hujah-hujah 'dia' untuk menghentam PMRAM.Yang me'manaskan' lagi hati ana ialah dia mengutuk kepimpinan ulama'.Kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.Kononya, kelantan mempunyai ekonomi yang tercorot berbanding negeri-negeri lain..Emm,banyak lagi sebenarnya, akan tetapi ana tidak berhasrat untuk ceritakan pada entri kali ini.InsyaAllah..ana dalam proses untuk menjawab segala tohmahan 'dia' pada entri akan datang.Ala kulli hal..selaku muslim, ana tetap doakan supaya Allah membuka pintu hatinya, supaya dia bertaubat dan supaya diberi petunjuk..Ameen.

Bila difikirkan kembali buang masa juga melayan insan seperti ini.masih banyak lagi kerja Islam yang menanti.Tetapi, mungkin ini adalah satu dakwah usaha dakwah kepada kebenaran.Sebagai Muslim, kita tidak boleh berdiam diri bilamana kesucian Islam cuba diragut.Hukum Islam dipermainkan dan Kesatuan yang dibina atas kefahaman Islam cuba digoyah.Kita perlu tegas dalam perkara ini..! Begitu juga bila ISMA menculik adik-adik baru, menghalang usaha dakwah serta aktivti PMRAM ...kita tidak boleh berdiam diri.Ahli PMRAM mahupun kepimpinan BKAN,DPM perlu sama2 menangani isu ini.Kita perlu BERANI menegakkan yang haq..!

Teringat pada ucapan Al-Fadhil Dr.Badrul Amin di dataran Hayyu Asyir sempena majlis ramah mesra bersama Dato Sri Anuar Ibrahim semalam, "Gunakan peluang pada zaman muda ini selaku mahasiswa dalam menuntut ilmu.Zaman inilah nak bina keberanian.Ilmu dicapai, pengalaman ditimba dan keberanian dibina" (kalau salah, betulkan)

Selaku mahasiswa Islam, persatuan merupakan satu medan untuk menterjemahkan apa yang dipelajari semasa di kuliah.Ana cukup tidak setuju andai yang berhujah nak menuntut ilmu semata-mata.Kita perlu timba sebanyak mungkin mutiara2 ilmu dan pengalaman berpersatuan.Dalam persatuan ilmu kepimpinan dapat diperoleh. Segala hal surat menyurat, skil pengurusan program dan sebagainya dapat ditimba.Ini amat penting untuk berada dalam masyarakat kelak.Andai perkara sebegini dianggap enteng, akan lahirlah mahasiswa yang lesu,mandom, tidak ambil tahu hal sekeliling (masyarakat), sikap ananiah akan bermaharajalela.

Terdapat tohmahan pada mahasiswa Azhar apabila pulang ke Malaysia.Antaranya, tidak tahu bermasyarakat, lemah dalam pengurusan organisasi,tidak mahu kehadapan,hanya menumpukan soal kerja tanpa mengambil cakna akan tugas pendakwah dsb..Situasi ini ada benarnya juga.Jadi,kita perlu bangkit memperbetulkan tanggapan masyarakat.!

Persatuan merupakan wasilah yang penting pada peringkat mahasiswa agar segala aktivti amal Islami dapat dijalankan dengan sebaiknya.Persatuan/Tanzim yang ditubuh dengan dasar Islam dianggotai oleh ahli-ahli ilmu adalah untuk menterjemahkan segala ilmu yang ditimba.Ilmu dan amal perlu diadun dan dicanai dengan sebaiknya agar segala aktiviti dakwah dapat disampaikan.Ini amat penting sejajar dengan tuntutan Islam agar melazimi jamaah dalam apa jua keadaan..

Seperti kalam Dato' Sri Anuar Ibrahim pimpinan PKR(mafhum) ;"Mahasiswa Azhar apabila pulang ke Malaysia perlu bergerak/berdakwah.Andai 1-2 ribu yang ada di dataran pada hari ini pulang ke tanah air dan bergerak & berjaya menawan kampung2, InsyaAllah Putrajaya akan dapat kita pegang".

Ini dikaitkan dengan realiti serta senario politik di Malaysia.Sistem kerajaan yang makin 'teruk' ditambah lagi rosaknya sistem kehakiman negara, punahnya sistem pendidikan, hancurnya sistem kepolisan negara dengan pelbagai tindakan insan2 yang dambakan nikmat dunia.Sudah tiba masanya kerajaan sekarang perlu ditukar, rakyat perlukan kerajaan yang bersih dari segala unsur rasuah, kepimpinan yang amanah dan pentadbiran berdasarkan Al-Quran & Sunnah.Pas dan PKR perlu disokong dan didokong dalam usaha mengembalikan pemerintahan yang bersih dan telus.

Jadi mahasiswa Azhar perlu lengkapkan diri dengan Ilmu agar menjadi pengisi kepada kemenangan Parti Islam di malaysia kelak.Melazimi tanzim/organisasi dapat melengkapkan diri kita dalam mencapai kemenangan Islam.

Akhir kalam , selaku mahasiswa islam kita perlu menyedari akan kepentingan berorganisasi ataupun kepentingan melazimi jamaah agar syariat Islam dapat dilaksanakan serta kebenaran hakiki dapat ditegakkan. Ini penting dalam menegakkan kesatuan Jamaah. Marilah sama-sama kita menghayati sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a:
Ertinya : Barangsiapa yang keluar daripada ketaatan dan jamaah ( kelompok yang mempertahankan Islam ) maka dia mati dalam keadaan jahiliyah.

Sirru ala barakatillah.........
wassalam.

p/s; Maaf andai terdapat pembaca yang kurang senang apabila ana kaitkan dengan politik dan parti.Apapun, terpulang pada penilaian anda...

Thursday, October 29, 2009

;; Hujan batu di Mansurah ::


Gambar di atas adalah beberapa ketulan ais yang dapat ditadah semasa HUJAN BATU di Mansurah semalam.(lebih kurang jam 4 -5 petang).Besar kan?ada lagi yang besar tapi tidak sempat dirakam.SubhanAllah....kejadian Allah SWT..yang ta'ajub sangat bilamana ada diantara ketulan2 ais itu mempunyai bentuk yang cantik.Bulat dan seolah-olah terdapat batu yang lain dalam batu tersebut..emm..faham tak?? macam bentuk bumi.Sfera, dan bumi ada mantel,teras dalam,teras luar.Sukar nak ceritakan di sini.Tapi inilah hakikat yang disaksikan petang semalam..

Mengimbau Kenangan Lama..

Assalamualaikum wbt..
Posting kali ni ana nak tujukan pada sahabat2 seperjuangan di bumi KUSZA yang kini dikenali dengan UDM.Juga buat adik2 yang masih lagi menuntut di bumi yang banyak mentarbiah ana, bumi yang banyak mengajar ana menjadi 'manusia'..

Ana mencari blog shbt/iah utk di link'n dlm blog ana.Rindu pada semua.Pada sahabat2 Diploma Peng.Islam(Syariah) 04-07 ..teringat kenangan belajar bersama.Pada semua pensyarah2 KUSZA..Jasa kalian mengajar dan mendidik kami tidak dapat dihitung.Ana doakan ustaz/ustazah/doktor berada dalam naungan Rahmat Allah swt.Pada sahabat baik..Hidayah,Amalina,Intan,Hazwani,Safinah,Izzati,Diyana,Hasnani dan ramai lagi yg tidak dpt disebutkan di sini..terima kasih atas ukhuwah yang terjalin.!

Buat sahabat2 satu batch..Hamiyah yang kini sudah mendirikan mahligai,(akk rindu pada usu.msg akk ye) juga pada Sa(akn dtg mesir-tabi' zauj),Jaja,farhana,Afzan,kak Soleh,Che Anis,Kak Fathy,Masyi,Kak zainu,...dll.Kehadiran kalian banyak membantu ana mengenal betapa indahnya Islam..betapa indahnya Ukhuwah yang terjalin kerana Allah.Teringat kenangan sama2 ditarbiyah,sama2 merasa pahit manis dalam berjuang..Kalau bukan kerana doa kalian , mungkin ana tidak mampu berada dalam keadaan sekarang.

Buat adik2 ...ely.irah,nadia dan adik2 yang lain.Terima Kasih akak ucapkan.Maaf atas segala kesalahan dan mohon maaf juga andai ada hak-hak yang tidak tertunai sepanjang keberadaan akk di kusza.Kalian memang best!=)Doakan kaki ini dapat melangkah kembali ke tanahair tercinta tahun depan 2010.Insyaallah..Doa kalian yang diharapkan.

Buat akk2..andak,anjang,ateh,ucu,ayang,ude,anje dan yang lain..terima kasih atas didikan kalian yang banyak membentuk akak dalam 'mencari diri'.Indahnya ukhuwah,manisnya persahabatan..Doakan moga kita sama2 istiqamah dalam perjuangan.

"aku perlukan teman yang akan bersama-sama denganku.

membangun diri,memperjuangkan agama
dan memartabatkan ummah dengan penuh semangat juang,...
kerana aku tahu semangatnya yang membara
akan menghangatkan diriku yang kian membeku..
kerana aku tahu perjuangannya yang satu itulah
yang membawa kepada saat kelak kami bertemu...
wahai sahabat,
walau mata tak mampu menatap,
hati sukar untuk menipu...
betapa diri ini merindui sahabat yang sedemikian...,
moga kiranya kelak kita dipertemukan,
DIA akan singkapkan rasa hati ini...
dari kejauhan ,ku doakan dirimu..
masih setia dan thabat pada jalan berliku ini..."
-aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu...

p/s : Pada sahabat2 yang membaca entri ini, sampaikan salam ana pada sahabat/iah yang lain.Boleh ceritakan perkembangan antunna.Ana nak tau sangat samada yang menyambung pengajian,bekerja mahupun berkahwin.Kita tautkan kembali ukhuwah kerana Allah SWT :)

Monday, October 26, 2009

:: SANAH HELWAH YA JAMILAH..!! ::


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


26 Oktober 2009 ::
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 25 buat Kak Ngah Baizurah bt Ibrahim..Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki..

:: Salam PerPisahan..::


26 Oktober 2009 .. 7 malam(mesir)

Selamat pulang ke tanah air pada Umi Fauziah dan Kak Maizon...Moga kepulangan kalian memberi sinar baru pada family tercinta seterusnya menambah tenaga penggerak bagi perjuangan Islam di Malaysia..

Doakan kami terus istiqamah dalam perjuangan menuntut ilmu.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, October 25, 2009

Sukarnya Mencari Pengganti..


Hari-hari yang dilalui terasa hambar, pilu, sedih dan seribu satu perasaan yang sukar digambarkan.Hari ini 26 Oktober 2009, Mansurah kehilangan seorang serikandi , seorang pejuang muslimah yang meninggalkan bumi anbiya' ini untuk kembali ke tanah air dan kembali untuk berjuang di Malaysia.Merupakan insan yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami selaku kepimpinan DPMM serta insan yang sentiasa memberi serta meniupkan roh jihad dalam diri kami.Ketika entri ini ditulis air mata ana masih lagi mengalir..sedih.Baru sebentar tadi Andak Halimah & Along Rahayu meninggalkan bumi mansurah..(sekitar jam 6.40pm).

Ana mengambil keputusan untuk tidak menghantar mereka ke mator atas sebab punya urusan yang perlu diselesaikan segera(sebab lain-sedihhhh).Hanya deraian air mata dan doa mengiringi mereka.Ramai sahabat2 yang mengiringi along dan andak ke mator.Termasuklah pelajar2 perubatan yang turut sama mengambil peluang bersama mereka di saat2 terakhir mereka di bumi kinanah ini.Ramai sehinggakan terpaksa menyewa coaster.Gambaran jelas menunjukkan bakti yang dicurahkan pada persatuan,pada Islam tanpa mengenal erti penat dan lelah..Sehinggakan ana yang selaku pimpinan pun agak sukar bersama beliau.Banyak masa dihabiskan untuk gerak kerja Islam.Andak Limah menghabiskan masanya menuntut ilmu dan berjuang hampir 10 tahun.Orang lama yang banyak merasai pahit manis dalam berjuang serta menuntut ilmu di Bumi Mansurah.Ana kira tempoh yang cukup lama..Satu demi satu ujian yang terpaksa ditempuh...namun, semangatnya tak pernah luntur.Ujian yang dihadapi oleh andak banyak memberi semangat serta mengajar kami erti kehidupan.

Lain pula dengan kisah Along Ayu..InsyaAllah Along akan datang semula ke bumi Mansurah untuk mengambil imtihan (hanya 1 madah) pada fasa dua akan datang.Along mua'dalah lepasan INSANIAH..sepatutnya pulang abis tahun ni dan sepatutnya juga imtihan bagi tasfiah dah selesai.Tapi, along tersilap tengok jadual (awal sehari pada tarikh yg dijangka)menyebabkan madah tasfiah terpaksa diambil pada tahun berikutnya..sedih kan??dah macam2 usaha yang dilakukan..jumpa amid, ablah&doktur tetapi keputusannya tetap begitu.Kena datang semula untuk amik madah tu..Kalau keadaan ni berlaku di mana-mana IPT malaysia, mungkin para pensyarah akan menolong tapi, di Al-Azhar ni memang lain, banyak perkara yang tak dijangka berlaku.Bila difikirkan balik, ada hikmah yang tersirat yang tak nampak lagi sekarang...Redho dengan apa yang Allah tentukan.(best juga along dtg mesir lg :)..

Memang sukar mencari pengganti andak..Ana doakan semoga andak dan along thabat dalam perjuangan , dikurniakan sayap kanan yang berjiwa Salahuddin Al-Ayubi..(jangan lupe hantar kad kahwin..)

Emm..DewanMuslimat PAS menanti kepulangan antuma.PAS perlukan jiwa-jiwa sebegini untuk sama2 membantu perjuangan Islam di Malaysia..Akhir kalam, buat andak n along yang terbaca entri ni..doakan ude di sini.Ude nak balik tahun depan..Rindu sangat keluarga di Malaysia.Rindu nak bersama-sama sahabat2 kempen untuk pilihanraya,cula undi,jahit bendera PAS dsb..Doakan juga buat adik beradik hewi yang lain serta AJKT, Penasihat dan seluruh ahli DPMM & PMRAM.Moga kesatuan PMRAM tak kan berjaya
digoyah oleh mana-mana pihak (IJAN)-Isma,JIM,ABIM,Nadi Umno.!

Ukhuwah Fillah abadan abada........

p/s : Nantikan entri khas akan datang istimewa buat Umi Fauziah, Mama Ansoriah, kak Ngah Baizurah n Nurul Huda..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kenyataan Rasmi MANHAL PMRAM: Isu Pemakaian Niqab/Purdah


1. Permasalahan pemakaian niqab/purdah bagi wanita adalah merupakan perselisihan dalam perkara cabang (furu') di dalam perbahasan hukum. Berikut adalah kesimpulan pandangan para fuqaha terhadap masalah pemakaian niqab/purdah:

Mazhab Hanafi : Wajah dan pergelangan tangan bukanlah aurat tetapi diharamkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatnya apabila disertai dengan syahwat.
Mazhab Maliki : Wajib bagi seorang wanita untuk menutup muka dan pergelangan tangan apabila berada bersama lelaki ajnabi
Mazhab Syafi`e : Tidak wajib menutup muka dan pergelangan tangan. Namun pandangan muktamad di sisi Mazhab Syafi`e adalah wajib menutup muka dan pergelangan tangan.
Mazhab Hambali: Wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

2. Kenyataan Imam al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang telah disiarkan oleh media tempatan dan luar adalah tidak tepat dengan situasi sebenar bahkan telah diputarbelitkan.

3. Majlis Tertinggi al-Azhar al-Syarif yang bersidang pada 8/10/2009 telah membuat beberapa keputusan berkenaan isu pemakaian purdah seperti berikut:

1) Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

2) Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

3) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

4) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

5) Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

4. Setelah meneliti dan mengkaji perkara di atas, Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan ( MANHAL ) PMRAM menegaskan beberapa perkara untuk diambil perhatian:

1) Memahami bahawa masalah khilaf tidak sepatutnya menjadi pertikaian dan perselisihan berdasarkan kaedah yang berbunyi:

" لاَ يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيْهِ ، وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ "

Yang bermaksud:

"Perkara yang berlaku khilaf tidak perlu untuk dipertikaikan sebaliknya perkara yang perlu untuk dipertikaikan adalah apabila perkara tersebut merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama secara Ijmak."

Oleh itu, umat Islam dibolehkan untuk mengambil mana-mana pandangan para fuqaha.

2) Menghormati al-Azhar al-Syarif sebagai satu institusi keilmuan Islam yang diiktiraf sejak dulu hingga sekarang kerana bermanhaj dengan manhaj ilmu yang sederhana (wasatiah)

3) Bersangka baik dengan para ulama sekiranya timbul usaha untuk melaga-lagakan antara mereka dalam sesuatu isu serta merujuk terus kepada sumber yang boleh dipercayai

4) Tidak melupakan isu utama yang disepakati oleh ulama iaitu wajib menutup aurat disebabkan terlalu membesarkan masalah furu'.

5) Semua pihak perlu menghormati ketetapan yang diluluskan oleh al-Azhar al-Syarif dan membenarkan pemakaian niqab/purdah di premis-premis dan rumah-rumah negeri.


------------------------------------

Kenyataan ini telah disepakati melalui perbincangan pihak fellow MANHAL PMRAM seperti berikut:

1. Mohd Juzaili b. Juhan
2. Mohd Khairi b. Abdullah
3. Hairul Nizam b.Mat Husain
4. Mohd Fakerei b. Mahyudin

Thursday, October 22, 2009

Kembali menulis.....


acu cube try test....1.....2....3....
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog