Semanis Ukhuwwah

Saturday, October 31, 2009

.:: ILMU dan PERSATUAN ::.

-Jadual kuliyyah 4 Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah.Hanya 1 madah fasa ini(bewarna).Doakan ana najah.

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah..syukur dirafa'kan buat Rabbul Izzati atas segala nikmat yang diberikan pada hambaNya. Syukur, ana masih lagi diberi peluang untuk menimba ilmu di Ardhil Kinanah ini.Walaupun pada asalnya ingin pulang ke Malaysia pada tahun ini, namun perancangan ini 'ditangguhkan' Allah SWT.Ya..masih banyak yang perlu dicari , ditimba, dikaut dan sebagainya selaku penuntut ilmu.Ilmu Allah Maha Luas...begitu juga dengan RahmatNya.

Perasaan ini tersentuh bilamana kebanyakan sahabat-sahabat dapat pulang ke tanahair tahun ini, akan tetapi bila difikirkan hikmah, terlalu banyak makna2 tersirat yang dapat diperoleh.Menuntut ilmu Allah ini perlukan kesabaran, ketekunan dan kesungguhan.Ini adalah satu perjuangan.Perjuangan menuntut ilmu! Moga dengan bertambah ilmu, makin kenal kita pada Pencipta.Makin bersemangat melakukan gerak kerja Islam.Bukan makin bertambah ilmu, makin riak dengan manusia malah, makin berani membelakangkan hukum Allah.Sehinggakan leka dengan 'setitik ilmu' yang tidak seberapa serta dijadikan batu loncatan bagi meraih redho manusia.

Mohon maaf pada pembaca andai entri ini agak keras bunyinya.Ana baru selesai bermujadalah di YM dengan seorang tokoh pejuang melayu kononya..orang kuat BN.Salah seorang ahli Nadi Umno Mesir.Orang kuat JPMK dan juga diantara orang yang kuat menentang PMRAM.Ana begitu hairan dan pelik terdapat lagi insan seperti ini di Mesir.Sudah jelas tentang kebenaran PMRAM dalam mengurus dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar Melayu di bumi Anbiya' ini sejak tahun 1930 lagi.Terlalu banyak jasa yang dicurahkan pada mahasiswa Melayu Al-Azhar.

Banyak juga hujah-hujah 'dia' untuk menghentam PMRAM.Yang me'manaskan' lagi hati ana ialah dia mengutuk kepimpinan ulama'.Kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.Kononya, kelantan mempunyai ekonomi yang tercorot berbanding negeri-negeri lain..Emm,banyak lagi sebenarnya, akan tetapi ana tidak berhasrat untuk ceritakan pada entri kali ini.InsyaAllah..ana dalam proses untuk menjawab segala tohmahan 'dia' pada entri akan datang.Ala kulli hal..selaku muslim, ana tetap doakan supaya Allah membuka pintu hatinya, supaya dia bertaubat dan supaya diberi petunjuk..Ameen.

Bila difikirkan kembali buang masa juga melayan insan seperti ini.masih banyak lagi kerja Islam yang menanti.Tetapi, mungkin ini adalah satu dakwah usaha dakwah kepada kebenaran.Sebagai Muslim, kita tidak boleh berdiam diri bilamana kesucian Islam cuba diragut.Hukum Islam dipermainkan dan Kesatuan yang dibina atas kefahaman Islam cuba digoyah.Kita perlu tegas dalam perkara ini..! Begitu juga bila ISMA menculik adik-adik baru, menghalang usaha dakwah serta aktivti PMRAM ...kita tidak boleh berdiam diri.Ahli PMRAM mahupun kepimpinan BKAN,DPM perlu sama2 menangani isu ini.Kita perlu BERANI menegakkan yang haq..!

Teringat pada ucapan Al-Fadhil Dr.Badrul Amin di dataran Hayyu Asyir sempena majlis ramah mesra bersama Dato Sri Anuar Ibrahim semalam, "Gunakan peluang pada zaman muda ini selaku mahasiswa dalam menuntut ilmu.Zaman inilah nak bina keberanian.Ilmu dicapai, pengalaman ditimba dan keberanian dibina" (kalau salah, betulkan)

Selaku mahasiswa Islam, persatuan merupakan satu medan untuk menterjemahkan apa yang dipelajari semasa di kuliah.Ana cukup tidak setuju andai yang berhujah nak menuntut ilmu semata-mata.Kita perlu timba sebanyak mungkin mutiara2 ilmu dan pengalaman berpersatuan.Dalam persatuan ilmu kepimpinan dapat diperoleh. Segala hal surat menyurat, skil pengurusan program dan sebagainya dapat ditimba.Ini amat penting untuk berada dalam masyarakat kelak.Andai perkara sebegini dianggap enteng, akan lahirlah mahasiswa yang lesu,mandom, tidak ambil tahu hal sekeliling (masyarakat), sikap ananiah akan bermaharajalela.

Terdapat tohmahan pada mahasiswa Azhar apabila pulang ke Malaysia.Antaranya, tidak tahu bermasyarakat, lemah dalam pengurusan organisasi,tidak mahu kehadapan,hanya menumpukan soal kerja tanpa mengambil cakna akan tugas pendakwah dsb..Situasi ini ada benarnya juga.Jadi,kita perlu bangkit memperbetulkan tanggapan masyarakat.!

Persatuan merupakan wasilah yang penting pada peringkat mahasiswa agar segala aktivti amal Islami dapat dijalankan dengan sebaiknya.Persatuan/Tanzim yang ditubuh dengan dasar Islam dianggotai oleh ahli-ahli ilmu adalah untuk menterjemahkan segala ilmu yang ditimba.Ilmu dan amal perlu diadun dan dicanai dengan sebaiknya agar segala aktiviti dakwah dapat disampaikan.Ini amat penting sejajar dengan tuntutan Islam agar melazimi jamaah dalam apa jua keadaan..

Seperti kalam Dato' Sri Anuar Ibrahim pimpinan PKR(mafhum) ;"Mahasiswa Azhar apabila pulang ke Malaysia perlu bergerak/berdakwah.Andai 1-2 ribu yang ada di dataran pada hari ini pulang ke tanah air dan bergerak & berjaya menawan kampung2, InsyaAllah Putrajaya akan dapat kita pegang".

Ini dikaitkan dengan realiti serta senario politik di Malaysia.Sistem kerajaan yang makin 'teruk' ditambah lagi rosaknya sistem kehakiman negara, punahnya sistem pendidikan, hancurnya sistem kepolisan negara dengan pelbagai tindakan insan2 yang dambakan nikmat dunia.Sudah tiba masanya kerajaan sekarang perlu ditukar, rakyat perlukan kerajaan yang bersih dari segala unsur rasuah, kepimpinan yang amanah dan pentadbiran berdasarkan Al-Quran & Sunnah.Pas dan PKR perlu disokong dan didokong dalam usaha mengembalikan pemerintahan yang bersih dan telus.

Jadi mahasiswa Azhar perlu lengkapkan diri dengan Ilmu agar menjadi pengisi kepada kemenangan Parti Islam di malaysia kelak.Melazimi tanzim/organisasi dapat melengkapkan diri kita dalam mencapai kemenangan Islam.

Akhir kalam , selaku mahasiswa islam kita perlu menyedari akan kepentingan berorganisasi ataupun kepentingan melazimi jamaah agar syariat Islam dapat dilaksanakan serta kebenaran hakiki dapat ditegakkan. Ini penting dalam menegakkan kesatuan Jamaah. Marilah sama-sama kita menghayati sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a:
Ertinya : Barangsiapa yang keluar daripada ketaatan dan jamaah ( kelompok yang mempertahankan Islam ) maka dia mati dalam keadaan jahiliyah.

Sirru ala barakatillah.........
wassalam.

p/s; Maaf andai terdapat pembaca yang kurang senang apabila ana kaitkan dengan politik dan parti.Apapun, terpulang pada penilaian anda...
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog