Semanis Ukhuwwah

Thursday, July 29, 2010

KUSZA dalam kenangan..

Assalamualaikum wbt..

Entri kali ini suka untuk ana bercerita berkenaan dengan "bumi" yang banyak meninggalkan kenangan untuk ana. KUSZA-UDM-UNiSZA. Ketiga2 nama ini merupakan tempat yang sama. Hanya nama sahaja ditukar.

KUSZA MAKIN GANAS SELEPAS TUKAR NAMA

Nama asalnya Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Kemudian bagi memenuhi janji Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan sebuah universiti di Terengganu, ia tiba-tiba bertukar menjadi Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).Apabila nama UDM itu banyak menimbulkan masalah terutama dalam hubungan dengan istana, maka ia bertukar lagi menjadi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

KUSZA asalnya terkenal sebagai sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negara ini yang telah banyak melahirkan graduannya di serata tempat di seluruh negara. Para pelajarnya mempunyai identiti tersendiri dengan penampilan Islam yang jelas, sama ada dari segi berpakaian mahupun akhlak. Disiplin berkait dengan sakhsiyyah sangat ketat dan ditekankan.

Tetapi apabila namanya ditukar kepada UDM dan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan, semua identiti murni itu lenyap bersama lenyapnya nama KUSZA yang begitu harum itu. Suasana itu berterusan walaupun kini ia ditukar nama lagi dengan UniSZA.

'Islam' seolah-olah tidak kelihatan lagi di situ. Penampilan pelajarnya sama dengan pelajar pusat-pusat pengajian tinggi lain dengan pelbagai ragam dan fesyen termasuk yang panas-panas. Akhlak pelajarnya juga menjadi semakin teruk.

Contoh terbaru, apabila pihak UniSZA mengadakan Pesta Konvokesyen sempena Majlis Konvokesyen dan Pemasyhuran Canselornya pada 25 hingga 27 Julai 2010. Acara-acara yang diatur dalam pesta itu cukup hebat dengan pelbagai aneka hiburan yang boleh kita saksikan sendiri daripada poster di atas.

Kalau inilah rupanya pusat pengajian kita, apakah boleh kita harapkan lahir daripadanya manusia yang tunduk patuh kepada Allah? Fikirkanlah
... Dipetik dari (link)

-Terpulang pada kalian dalam menilai artikel di atas.

lambang KUSZA
Tambahan :

Mengimbas kenangan.... 
Ana menerima tawaran belajar di KUSZA pada tahun 2004.(DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM SYARIAH) Tak silap dalam 4 MEI 2004. Oleh kerana masih ragu-ragu untuk memilih tempat belajar iaitu antara Form 6 SMKA Sultan Azlan Syah Perak, SMAP LABU N9 & Kusza , tawaran ini ana tolak. Ntah macam mana, dipujuk oleh mak saudara dan sepupu ketika itu membuatkan keinginan untuk menyambung pelajaran di KUSZA melonjak-lonjak..antara sebab terima ialah kedudukannya yg dekat dgn pantai..=)

Jadi, ana pun menghubungi pihak pntadbiran KUSZA. Alhamdulillah, ana dibolehkan untuk mendaftar pada 20 Mei 2004. Lewat 2 minggu dari tarikh pendaftaran. Kelam kabut juga membuat urusan utk masuk kusza, dgn urusan medical chekup dsb. Sehari selepas mendaftar, ana diminta untuk terus masuk ke kelas. Agak terkejut dengan suasana yang baru. Dengan keadaan yang masih belum mengenali sistem universiti dan masih belum mengenal bangunan2 kuliah dan Dewan Kuliah Utama pengajian terpaksa diteruskan. Semua ni sebab terlepas dr minggu orientasi yang bermula pada 4Mei.

Berdasarkan khabaran dari sahabat2 yg mengikut orientasi memang  'syadid'  pembawakannya. Student diminta untuk memakai tudung labuh bewarna putih(akhawat). Pelajar baru juga dibekalkan dengan buku "Maza ya'ni" karangan Dr. Fathi Yakan, Makthurat, disamping barang2 lain seperti beg, baju sukan dbg..Senior2 yg handle orientasi juga amat baik dan wara' perwatakannya. Marah-marah tu biasala..cz nak disiplinkan student. Bagi ana suasana ini amat perlu untuk membentuk syakhsiah yang baik. Bi'ah Islamiah amat2 ditekankan pada ketika itu, ikhtilat (ikhwh&;akhwat) amat dijaga..

Apa yang ana nak katakan di sini ialah suasana yg ana khabarkan tadi terus berubah dengan mendadak pada tahun 2005. Adik2 pada tahun itu sudah tidak dibekalkan dengan "Maza ya'ni" & Makthurat. Tudung labuh juga tidak diwajibkan. Malah, student2 baru ni dibekalkan dengan tudung 4 segi yang jarang dan pendek. Ikhtilat tidak dijaga. Soal solat atau tak, tidak diambil endah. Suasana BENAR2 BERUBAH !.memang sedih. MPP pada ketika itu  diperkudakan untuk membawa satu suasana "baru" untuk mahasiswa sesi 2005. Ana hanya mempu memerhatikan sahaja. Senior2 yang dipilih untuk handle orientasi hanya golongan2  yang meyokong pentadbiran. 

Alhamdulillah..peluang yang ada diambil manfaat sepenuhnya. Adik2 ini ana dekati melalui musolla(surau).Semangat dan dorongan utk sabar dengan keadaan sebegitu dititipkan buat mereka. Terdengar rintihan segelintir siswi yang tidak selesa dengan keadaan itu. Hanya sabar dan istiqamah dalam membenteng diri agar tidak terpengaruh dengan keadaan itu. Bagi ana, suasana ini terkesan dengan keadaan politik semasa. Pilihanraya Umum pada tahun 2004 berpihak pada Barisan Nasional & UMNO. Semuanya berubah selepas tahun 2004. Fahaman sekular diserap masuk dalam KUSZA dan nama KUSZA ditukar pada UDM juga antara manifesto BN apabila memenangi PR. Politik kotor kerajaan ni membarah dan menanah. Mahasiswa yang baru nak mengenal alam kampus terpaksa menanggung nanah dan darah kerajaan BN. 

Inilah keadaan yang berlaku apabila Al-Quran & Sunnah tidak dijadikan panduan. Bagaimana mahasiswa/wi yang berakhlak mulia dapat dilahirkan andai Pimpinan dan Kerajaan yang songsang dari ajaran Agama? Politik kampus memang teruk. Pada tahun 2005 (kalau xsilap) Persatuan Pelajar Islam Kusza(PPIK) pada ketika itu dibubarkan serta merta hanya melalui notis. Notis ini ditampal tanpa melalui pilihanraya..banyak lagi sebenarya perubahan teruk yang dilakukan oleh pentadbiran yang berhaluan BN. Sehinggakan Pak Cik Jaga (pak guard) yang tidak berhaluan BN diberhentikan..atau istilah yg lebih tepat dipecat! Bas ditukar dari  warna hijau ke merah dll lagi...


Hinggalah pada tahun ini.............

UDM ditukar sekali lagi menjadi UNiSZA. Pening bila difikir. Cuba bayangkan apabila satu2 nama ditukar. Sudah tentu banyak membazirkan wang. Nak cetak surat, lambang, baju, logo2 persatuan, pintu masuk dan semuanya perlu diubah. Takkan semua ini pakai air liur je kan..Duit sape? Bukan ke duit rakyat juga? Harga  barangan keperluan naik, minyak naik sebab Kerajaan gunakan duit untuk benda yang sia-sia. Inilah akibat yang rakyat perlu tanggung dari KESALAHAN KERAJAAN. Lagi baik jika dilaburkan utk aktiviti pembangunan rohani, kebajikan dsb.

Maaf, andaikata ada yang tidak senang dengan coretan ini. Ini hanya pandangan peribadi. Politik perlu dimurnikan semula dengan menjadikan Islam sebagai matlamat. Pimpinan perlu dipilih dikalangan individu atau parti yang menjadikan Al-Quran sebagai matlamat. Andai kita ingin melihat generasi akan datang, anak2 dan cucu kita selamat, berakhlak mulia dan berfikiran islam, kita perlu bertindak dari sekarang. Pilihan di tangan kita. Bermula dari saat dan detik ini..bertukarlah pada PAS dan Pakatan Rakyat. 

Salam Satu Malaysia, Satu Aqidah, Satu pegangan, Satu fikrah dan Satu Amal.=)

p/s : Buat insan2 yang masih di bumi KUSA-UDM-UNISZA ana doakan kalian istiqamah di jalan yag benar. Moga tidak terkesan dengan dakyah-dakyah Yahudi yang diserap masuk. Bentengkan diri dengan syariat. Dekati dan makmurkan semula musolla-musolla dan hadiri tazkirah & majlis-majlis Ilmu. Jaga penampilan kalian(tutup aurat dgn sempurna) dan batasilah pergaulan kalian dengan bukan mahram -elak ikhtilat tidak syarie. Moga rahmat Allah bersama kalian..Ameen.

Doa Supaya Ditetapkan Hati Dan Pendirian

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(Ali-Imran : 8)

Salam dari Perlembahan Nil, Mansurah Mesir,
Fadhilah Esa
Ex-KUSA-UDM 2004-2007
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog