Semanis Ukhuwwah

Wednesday, April 28, 2010

:: Laporan Perjumpaan dan Solat Hajat di DPJA : PMRAM cawangan Mansurah ::

Alhamdulillah selesai sudah Solat Hajat dan taklimat mengenai seputar permasalahan mahasiswi Qiraat tahun 1 dan Isu Perpindahan Wafidin ke Kaherah. Sekitar 65 orang mahasiswi memenuhi DPJA.

Perjumpaan bermula sekitar jam 2.00 petang. Ustaz Zahimie selaku Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan(UPEP) memulakan ucapan dengan kalam taujihat buat mahasiswi Qiraat yang akan menduduki peperiksaan. Berkenaan dengan isu Perpindahan Wafidin ke Kaherah, beliau menyeru kepada semua yang hadir supaya mengikuti perkembangan semasa di blog Rasmi DPMM dan PMRAM. Pihak pimpinan akan berusaha supaya isu ini diselesaikan secepat mungkin. Apa yang penting, doa perlu dipanjatkan buat Sang Pencipta agar dipermudahkan segala urusan.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Ustazah Solehah bt Harun selaku Naib Pengerusi I HEWI DPMM. Suntikan semangat dan perangsang diberikan buat adik-adik Qiraat yang akan menempuh imtihan dan semua mahasiswi yang hadir. Segala permasalahan yang berlaku merupakan tarbiyah Allah SWT kepada hambaNya. Jangan menganggap isu ini sebagai bebanan, sebaliknya ini merupakan rahmat ujian buat hambaNya yang terpilih.

Berkenaan isu perpindahan Wafidin ke Kaherah, semua wakil wafidin tetap bersepakat untuk mempertahankan keputusan agar tidak mahu berpindah ke Kaherah. Bantahan akan tetap dibuat kepada pihak berwajib agar perpindahan ini tidak berlaku. Hak selaku mahasiswa tetap akan dipertahankan.Semua yang hadir diminta melakukan solat hajat dan banyakkan doa agar dipelihara Allah SWT.

Ustazah Norlatifah Othman turut memberikan ucapan selaku Unit Pengetahuan HEWI. Beliau mengingatkan semua yang hadir agar mendapatkan berita tekini melalui Pengerusi DPMM untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Beliau juga turut menyarankan kepada mahasiswi Qiraat tahun 1 agar menghubungi pihak berwajib (JPMK) supaya isu ini diambil berat dan tidak dibakulsampahkan oleh mereka. Selain itu, nasihat dan kalam taujihat diberikan buat adik-adik Qiraat agar teruskan usaha dan berjuang untuk menghadapi imtihan. Segala yang berlaku terselit hikmah yang perlu difikirkan bersama.

Solat hajat diimamkan oleh Us Malyanah Solehah(Unit Penerangan & Penerbitan HEWI) dan bacaan doa oleh Us Habibah (Unit Perumahan HEWI)..

Suasana sayu menyelubungi DPJA .. Rintihan doa dipanjatkan buat Yang Maha Mendengar agar dikuatkan semangat dan ditabahkan hati dalam menghadapi sebarang ujian.

"Ya Allah Ya Tuhan Kami.Tuhan yang memiliki kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya.Kami hamba yang hina datang menghadap diri kepadaMu
Yang Maha Perkasa.Ampunkanlah segala dosa-dosa kami Ya Allah...

"Ya Rahman Ya Rahim permudahkanlah urusan-urusan kami dengan keberkatanMu..Ya Fathu Ya Alim, seandainya penetapan kami mahasiswa/wi wafidin di BumiMansurah dan seluruh muhafazah untuk menuntut ilmuMu adalah baik buat kami, maka kekalkanlah kami di sini.Seandainya kami tergolong dalam orang-orang yang dizalimi, maka dengarkanlah rintihan kami..

Ya Allah Ya Rahman..perkenankanlah hajat kami.Engkaulah pelindung kami.

Ya Allah Ya Tuhanku,Tenangkanlah hati-hati sahabat2 kami mahasisiwi tahun 1 Qiraat dalam menghadapi ujianMu.Permudahkanlah urusan mereka untuk menduduki imtihan

Ya Allah..

Ya Allah..tunjukanlah kepada semua kebenaran agar kebatilan tunduk menyerah diri kepadaMu. Bubarkanlah perancangan-perancangan jahat yang mahu memecahbelahkan kesatuan kami. Berkatilah kami dan satukanlah hati-hati kami dalam menegakkan agamaMu di atas muka bumi ini. Kurniakanlah kejayaan dan kecemerlangan buat mahasiswa/wi Al-Azhar samaada di dunia dan diakhirat".

Amin ya Rabbal 'Alamin.....

Perjumpaan dan solat hajat berakhir sekitar jam 3.00 pm.

“ KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH ”

Sekian,

Fadhilah Esa
Setiausaha Hewi PMRAM cawangan Mansurah.

Solat hajat : padaMu kami berserah

Salam.. insyaAllah pkul 1.30 tghr ni (28 /4/10)akan ada perjumpaan dan SOLAT HAJAT di DPJA khusus berkaitan masalah muqayyad nama dan halangn msuk imtihan bg adik2 Qiraat thn 1 dan isu perpindhn wafidin ke kaherah.Semua akhawat DPMM(kuliah /perubatan/qiraat) dijemput hadir.Moga amalan ini dikira sbg amal ibadah d cc Allah SWT. "SATU FIKRAH SATU AMAL" :; kEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH" sebarkan...
 --------------------------------
Mesej ini diforwadkan kepada semua siswi2 DPMM..Kini sedang berlangsung perjumpaan bersama pelajar Qiraat dan terdapat juga siswi kuliah yang turut hadir bagi menunjukkan kesatuan mahasiswi berkenaan Isu perpindahan wafidin ke Kaherah dan juga masalah  pelajar Qiraat tahun 1 yang mengalami masalah untuk menduduki peperiksaan keesokan hari.

Masing-masing begitu bersemangat untuk mengetahui masalah-masalah yang timbul dan kemungkinan besar wujud  'konspirasi' pihak-pihak tertentu dalam isu ini..

Tambahan :
Macam2 ujian dalam fatrah imtihan ni....
Kalam mutiara untuk kalian :

"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa..agar kita tahu betapa mahalnya air mata..bersyukur pada orang yang menyakitimu kerana dia menabahkanmu..bersyukur pada orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dia memupukmu untuk berdikari..bersyukur pada orang yang menjatuhkanmu kerana dia memperhebatkan kemampuanmu..bersyukur pada orang yang menyiksamu kerana dia menguji kesabaran dan ketabahanmu"

Fadhilah Esa
2.15 pm

Tuesday, April 27, 2010

Kita PMRAM : Direktori Kepimpinan BP & HEWI PMRAM 2010


Presiden
(Pengerusi HEWI, Ketua Lajnah Perhubungan Antarabangsa)
Shahrizan bin Mohd Hazime
Alor Star, Kedah Darul Aman
Tahun 1, Kuliah Master (Fiqh Am) Universiti Al-Azhar
BP Angkat : Iskandariah


Timbalan Presiden
(Ketua Lajnah Perancang Dan Panitia)
Muhammad Zuhaili bin Saiman
Seri Serdang, Selangor Darul Ehsan
Tahun 4, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah
BP Angkat : Kedah & Tanta


Naib Presiden 1
(Ketua Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan)
Mohd Adlan bin Mokhtaruddin
Sungai Buloh, Selangor
Tahun 3, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah
BP Angkat : Johor & Mansurah


Naib Presiden 2
(Ketua Lajnah Muhafazah)
Mohammad Azlan bin Hj Alias
Mata Ayer, Perlis Indera Kayangan
Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah
BP Angkat : Pahang & Semua DPM


Naib Presiden 3
(Ketua Lajnah Kebajikan & Kemanusiaan)
Mohd Farkhan bin Md Zain
Jinjang, Kuala Lumpur
Tahun 4, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah
BP Angkat : Kelantan & Shoubra

Setiausaha Agung

Ahmad Taufiq bin Mohd Dahlan
Kuang, Selangor Darul Ehsan
Tahun 4, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah
BP Angkat : Perak & Zagazig


Timbalan Setiausaha Agung
Mohd Zahid bin Abu Bakar
Perak Darul Ridzuan
Tahun 4, Kuliah Usuluddin (Tafsir), Kaherah
BP Angkat : Selangor & Tanta


Naib Setiausaha Agung
(Ketua Lajnah Pendaftaran)
Syeikh Mohd Mujahid bin Sikh Nawawi
Pahang Darul Makmur
Tahun 2, Takhasus Qiraat, Shoubra
BP Angkat : Melaka & Mansurah


Bendahari Kehormat
Firdaus bin Noh
Johor Darul Ta’zim
Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah
BP Angkat : Wilayah & Damanhur

Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa
Abdul Aziz bin Ali
Kelantan Darul Naim
Tahun 3, Kuliah Bahasa Arab, Kaherah
BP Angkat : Terengganu & Shibin El-Kom


Badan Pengetahuan Dan Penyelidikan
Muhammad Yusuf bin Abd Kadir
Selangor Darul Ehsan
Tahun 4, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah
BP Angkat : Terengganu & Dumyat


Badan Penerangan Dan Penerbitan
Mohd Faizzudin Ghazali
Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tahun 2, Kuliah Usuluddin, Zagazig
BP Angkat : Kedah & Damanhur

Badan Ekonomi
Muhammad AlHidayat bin Khalid
Muar, Johor Darul Takzim
Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah, Tafahna Asyraf
BP Angkat : Pulau Pinang & Shoubra


Badan Sambutan Dan Rehlah
Ahmad Huzaifah bin Fauzi
Kelantan Darul Naim
Tahun 2, Takhasus Qiraat, Shoubra
BP Angkat : Wilayah & Zagazig


Badan Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan

Mohd Solehuddin bin Mohd Safien
Terengganu darul Iman
Tahun 2, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah
BP Angkat : Perlis & Dumyat

Timbalan Pengerusi HEWI
Norhafiza binti Abdul Wahab
Pulau Pinang, Pulau Mutiara
Tahun 4, Kuliah Syariah islamiah, Iskandariah

Naib Pengerusi HEWI 1 (Ketua Unit Perancang Dan Panitia)
Ibtisam binti Muhammad
Kedah Darul Aman
Tahun 3, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah
HEWI Angkat : Pahang & Melaka

Naib Pengerus HEWI 2 (Ketua Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan)
Hurriyah binti Abdul Mokti
Perak Darul Ridzuan
Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah
HEWI Angkat : Kelantan

Naib Pengerusi HEWI 3 (Ketua Unit Muhafazah)
Samihah binti Abdullah
Terengganu Darul Iman
Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah Kaherah

HEWI Angkat : Pulau Pinang

Setiausaha HEWI
Siti Fathiyah binti Mohd Razi
Selangor Darul Ehsan
Tahun 3, Kuliah Usuluddin (Tafsir), Kaherah
HEWI Angkat : Kedah

Timbalan Setiausaha HEWI

Siti Maisarah binti Yusof
Johor Darul Takzim
Tahun 3, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah
HEWI Angkat : Terengganu

Naib Setiausaha HEWI (Ketua Unit Pendaftaran)
Atiyqh binti Yusoff
Kelantan Darul Naim
Tahun 2, Kuliah Usuluddin, Mansurah

Bendahari HEWI
Nurain binti Yaacob
Perak darul Ridzuan
Tahun 3, Kuliah Bahasa Arab, Mansurah
HEWI Angkat : Zagazig

Ketua Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan
Nor Hasyimah binti Hassan
Selangor Darul Ehsan
Tahun 4, Kuliah Bahasa Arab, Iskandariah
HEWI Angkat : Perak & Tanta

Ketua Unit Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa
Nurul Hasanah binti Yahuza
Terengganu Darul Iman
Tahun 2 Usuluddin, Kaherah
HEWI Angkat : Johor

Ketua Unit Pengetahuan Dan Penyelidikan

Huzaifa binti Hassan
Perak Darul Ridzuan
Tahun 3, Syariah Islamiyyah, Kaherah
HEWI Angkat : Wilayah

Ketua Unit Penerangan Dan Penerbitan
Nor Akmaizan binti Yusof
Kelantan darul Naim
Tahun 4, Syariah Islamiyyah, Mansurah
HEWI Angkat : Selangor

Ketua Unit Ekonomi

Nik Norazma binti Nik Abdullah
Kelantan Darul Naim
Tahun 4, Syariah Islamiyyah, Mansurah
HEWI Angkat : Iskandariah

Ketua Unit Sambutan Dan Rehlah
Nadianabila binti Zainuddin
Pahang Darul Makmur
Tahun 4, Syariah Islamiyyah, Iskandariah
HEWI Angkat : Mansurah

Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian Dan Kemasyarakatan

Nurul Izzah binti Abdullah
Perak Darul Ridzuan
Tahun 3, Usuluddin (Hadis), Iskandariah
HEWI Angkat : Perlis


Tambahan:
Tahniah dan takziah buat antum! Moga kalian sentiasa berada dlm nusrah dan rahmat Allah SWT..jalankan amanah yang terpundak dengan sebaiknya.KITA PMRAM!

-Perwakilan Sisiwi Mansurah dinobatkan perwakilan terbaik muktamar PMRAM baru2 ini
(13 April 2010)..:).Moga cemerlang dalam melakukan amal islami.InsyaAllah, tenaga empat kerat ini akan diwakafkan buat perjuangan Islam..
 

*sila klik pada gambar diatas untuk paparan yang lebik jelas

-Ustazah Azimah Arbaain juga turut mendapat "Anugerah Emas" dari pihak PMRAM.Mabruk!Ana tumpang bangga kerana beliau merupakan sahabat kepimpinan HEWI Mansurah yang mana memegang taklifan sebagai unit Dakwah dan pembangunan Insan HEWI. Anugerahh ini diberikan kepada ahli yang banyak menabur bakti dan sentiasa 'on call' sekiranya diminta melakukan sasuatu tugas. Moga akan lebih ramai ahli2 PMRAM yang sedia memberi khidmat dan menabur bakti dalam melakukan gerak kerja Islam.

Monday, April 26, 2010

Laporan Rasmi Majlis Muktamar Wafidin


Hari : Sabtu
Masa : 12.30 tgh hari
Tempat : Dewan Kuliyyah Dirasat Islamiyyah Lil Banat, Mansoura.
Kehadiran Mahasiswa(Anggaran): Lelaki: 84 orang Perempuan:147 0rang
Penganjur : Rabitah Alamiah likhirriji Al-Azhar

Satu muktamar telah diadakan oleh pihak pengurusan Al-Azhar Mansurah bersama mahasiswa/wi wafidin.Pertemuan yang dianjurkan oleh The World Associatian For Al-Azhar Graduates(W.A.A.G.) الرابطة العاليمة لخريجي الأزهر ini bertujuan memaklumkan kepada mahasiswa/wi wafidin Al Azhar Mansurah berkenaan perpindahan fakulti baru dari Mansurah ke Kaherah. Fakulti yang dimaksudkan adalah sepertimana yang diberitahu oleh Setiausaha Rabitah Alamiah iaitu Kuliah Ulum Islamiyah.

Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah telah memberi makluman kepada ahli DPMM agar berkumpul pada jam 11.00 pagi. Walaubagaimanapun majlis telah bermula pada pukul 12.30 hari.

Diantara tetamu kehormat yang telah memberi ucapan:

1- Amid Kuliyyah Ususludin dan Dakwah Universiti Al Azhar Mansurah
2- Amid Kuliyyah Bahasa Arab Universiti Al Azhar Mansurah
3- Amid Kuliyyah Dirasat Dan Islamiyyah Dan Bahasa Arab (Mahasisiwi)
4- Semua Wakil Kuliyyah
5- Rais Syuun Wafidin
6- Mudir Tahrir

Secara kesimpulannya, semua ucapan daripada tetamu kehormat ini lebih menjurus kepada kalam-kalam taujihat yang diberikan buat mahasiswa/wi yang hadir. Mereka lebih menekankan berkenaan soal penggunaan bahasa arab fushah yang harus dipertingkatkan lagi.

Seterusnya ruang ucapan telah dibuka kepada mahasiswa/wi untuk melontarkan masalah dan cadangan. Walaubagaimanapun hanya 3 orang mahasiswa/wi wafidin yang diberi peluang berucap pada majlis tersebut antaranya :-

1- Ustazah Ubaidah wakil Mahasiswi dari Juzulqamar
2- Ustaz Usman Al Amani B Azlan (Malaysia)
3- Ustaz Ibrahim wakil Mahasiswa Juzulqamar

Ruang yang diberikan amat terhad dan telah melahirkan rasa kekecewaan seluruh mahasiswa/wi wafidin.

Wakil DPM Mansurah yang telah diberikan pentaklifan untuk berucap ialah:-

1-Ustaz Usman Al Amani B Azlan
2-Ustaz Saiful Bahri B Dolah Sajat
3-Ustaz MOhd Labib B Abdul Jalil
4-Ustaz Mohd Zahimie B Mohd Dazhid
5-Ustaz Muhamad Amirul B Hasim (Pengerusi DPMM)

Walaubagaimanapun hanya Ustaz Usman Al Amani dapat berucap dan menafikan hak mahasiswa/wi agar tidak berpindah ke Kaherah. Hanya beberapa soalan dan pandangan sahaja yang dapat diberikan bagi membantah perpindahan ini.

Antara persoalan dan pandangan yang diberikan :-

s-1- Adakah benar dakwaan yang mengatakan bahawa seluruh mahasiswa/wi di setiap furu' (cawangan) akan dipindahkan ke Kaherah?
J-1- Ya, berita ini adalah benar kesemua mahasiswa/wi wafidin muhafazah akan dipindahkan ke kaherah. (Dijawab oleh kebanyakan amid dan wakil kuliah)

s-2- Daripada mana datangnya cadangan bagi perpindahan ini adakah ia daripada safarah maliziya atau daripada jamiah Al-Azhar sendiri?
J-2- Rais Syuun Wafidin tidak menjawab soalan, beliau hanya menyatakan bahawa seluruh mahasiswa/wi wafidin akan ditempatkan di suatu tempat khas bagi memudahkan mereka (wafidin) untuk bertutur dalam bahasa arab fushah. Apabila mereka (wafidin) disatukan maka akan memudahkan lagi mereka.

J-2- Jawapan ke-dua dijawab oleh Amid Kuliah Bahasa Arab dengan mengatakan, ia adalah daripada jamiah setelah melihat masalah-masalah yang timbul daripada mahasiswa/wi wafidin.

S-3- Adakah sekiranya kami tidak bersetuju dengan qarar ini di sana terdapat permasalahan yang akan berlaku?
J-3- Jawapan daripada Amid Kuliah Lughah menyatakan bahawa, perpindahan ini adalah adalah baik untuk kalian (wafidin) kerana ia dapat membantu mahasiswa/wi wafidin berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.

Sedikit ulasan telah diberikan oleh Ustaz Usman bagi kami (Wafidin) tidak melihat ia adalah perkara terbaik dalam membantu kami (wafidin) kerana kami sendiri mahu tinggal di sini (Mansurah). Saya (Us Usman) akan menyatakan beberapa sebab mengapa kami tidak mahu pindah ke kaherah dan saya akan menerangkan kepada kalian. antaranya :-

1- Faktor kehidupan dari sudut ekonomi. Kehidupan di Kaherah adalah lebih tinggi berbanding dengan Mansurah sedangkan mereka yang tinggal di kaherah sekarang ini pun mempunyai masalah kewangan. Hujah dikuatkan lagi dengan harga sewaan rumah dengan mengatakan sewaan rumah di Kaherah adalah lebih tinggi berbanding di Mansurah. Namun amat dikesali, mereka (Rais Syuun wafidin dan amid kuliah banat) dengan mudah menjawab akan menyediakan tempat dengan berhujah telah ada seramai 117 pelajar wafidin daripada Indonesia telah mereka tempatkan di sana.

Seterusnya Ustaz Usman menyatakan tentang hujah seterusnya berkenaan pengajian di Mansurah adalah lebih baik daripada pengajian di Kaherah.Kerana mahasiswa/wi di sini lebih merasai biah (suasana) di Mansurah.

S-4- Adakah perpindahan ini hanya tertumpu kepada mahasiswa/wi wafidin daripada pengajian islam sahaja?
J-4- Soalan ini tidak dijawab, dan mikrofon mula dirampas oleh setiausaha rabitah al-alamiah. Beliau mengatakan bahawa ini adalah qarar daripada Sheikh Ahamad Tayyib dan ia adalah baik untuk kamu semua.

Kemudian ucapan daripada Ustaz Ibrahim daripada Juzuul Qamar, beliau menjelaskan tentang hak kebebasan bagi tinggal di Mansurah namun ucapan beliau tidak dapat dihabiskan kerana mikrofon telah dirampas sekali lagi oleh setiausaha rabitah al-alamiah menyebabkan semua hadirin memprotes tindakaan tersebut. Seiausaha rabitah menyatakan bahawa setiap permasalahan pada hari ini akan diajukan kepada sheikh Ahmad Tayyib.

Majlis terus diakhiri sekitar jam 2:30 petang dan tidak ada lagi ruang untuk memberi pandangan dan soalan daripada mahasiswa/wi wafidin yang berada di situ. Mereka hanya menyatakan sebarang permasalahan boleh terus menghubungi melalui email atau laman web atau nombor telefon yang tertera pada lampiran yang telah diberikan.

Tambahan:-

1- Dr Ali Luqom dan Dr Ismail Hammad tidak meredhoi program ini disebabkan pihak penganjur telah menyekat suara mahasiswa/wi untuk memberi pandangan dan persoalan.

2- Pandangan daripada Dr Ali Luqom menyatakan sekiranya seluruh mahasiswa/wi wafidin ini dipindahkan juga ke Kaherah, beliau menyarankan agar semua mahasiswa/wi bertindak pulang ke negara masing-masing. Tambahan beliau, semua mahasiswa/wi telah dizalimi hak mereka oleh kerajaan.

3- Beberapa tindakan susulan selepas program ini antaranya :-

a. Kami telah membuat perjumpaan semula dengan beberapa ahli serta Badan Pengurus PMRAM (BSR) Us Ahmad Huzaifah b.Fauzi bagi mengumpul semua maklumat serta membincangkan teknikal yang seterusnya. Kami telah menghantar laporan kepada presiden PMRAM.
b. Kami akan mengumpulkan seluruh pimpinan persatuan mahasiswa wafidin yang berada di Mansurah bagi membincangkan tindakan yang akan diambil bagi menolak cadangan pemusatan tersebut.
c.Kesemua pimpinan pelajar wafidin, akan menyuarakan bantahan berkenaan cadangan tersebut.
d. Lain-lain tindakan adalah berdasarkan perbincangan diperingkat pusat dan seluruh cawangan PMRAM.

4- Bagi cawangan-cawangan lain diharapkan dapat bertegas supaya membantah cadangan bagi pemusatan mahasiswa/wi wafidin ke Kaherah sepertimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat ruasa' sebelum ini.

5- Kami mengharapkan agar tidak menyentuh isu politik negara Mesir sekiranya terdapat muktamar seperti yang diadakan di Mansurah.

6- Segala maklumat tambahan seperti audio video boleh didapati melalui badan pengurus dan Pengerusi PMRAM cawangan Mansurah (4 GB).

Wallahu A'lam. KITA PMRAM!.

"KEMANTAPAN FIKRAH MENJANA SYAKHSIAH"

Muhamad Amirul bin Hasim
Pengerusi PMRAM cawangan Mansurah sesi 2009/2010.

Friday, April 16, 2010

Pesan Atok : Episod Emak







Sumber: I Luv Islam
-Moga ianya bermanfaat buat semua..

-sedutan dari YouTube..




Tambahan:
Entah kenapa semenjak dua menjak ni ana terlalu sensitif benar dengan mak ayah ni..Rindu sangat pada mereka.Tambahan pula ana ni banyak menghabiskan masa dan membesar di asrama.Dari tingkatan satu (13tahun) sehinggalah ke Universiti Al-Azhar(24 tahun)..12 tahun.emm,lama tuu...Umur mak dah menjangkau 62 tahun dan ayah 69 tahun..Ya Allah..berikanlah aku kesempatan untuk menabur bakti kepada mereka, menjaga mereka siang dan malam, mencium tangan dan pipi kudus mereka setiap hari...Peliharalah mereka sebagaimana aku dipelihara ketika kecil...Ameen

Sayang mak ayah,
-Fadhilah Esa
-6.40 am | Utubis Jadid




Thursday, April 8, 2010

Hasil karya Abang Sabrie..

Assalamualaikum.....

Entri kali ini ana paparkan sebahagian dari karya abang(abang kandung).Merupakan anak yang ke 3 dari 10 beradik.Kagum dengan 'hasil tangan' abang nie.Terkejut dengan duit RM100 yang diubah suai dengan meletak gambar dia pada gambar Agung.Kalau Agung tengok sure kena saman ni..Emm,gambar ni dari Facebook abang.Katanya, kalau nak print je banyak2.. :)
ini pula gambar Paklah berjabat tangan dengan Tun Dr Mahathir.Real tak? tak siap lagi rasanya...
                                                 Ini pula...emm,tak tau la pula gambar siapa..
 hasil lukisan 'tangan emas'


ni pelukisnye..Sarjan Mohd Sabri Esa

Tambahan :
Tengah mengkaji hukum melukis gambar manusia/ makhluk yang bernyawa..segala bentuk perkongsian ilmu dari pembaca dialu-alukan..

-Fadhilah Esa
  10.59 am



Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog