Semanis Ukhuwwah

Thursday, September 30, 2010

Perginya seorang ulama ..Tuan Guru Hj Abdul Latif (Pak Teh)

Keroh – Seorang ulama’ tersohor tanahair iaitu al-Marhum Tuan Guru Hj Abdul Latif b Hj Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Teh Keroh yang merupakan pengasas dan Mudir Madrasah ad-Diniah al-Latifiah, Kg Kuak Luar, Pengkalan Hulu, Perak telah menghembus nafas terakhir lebih kurang jam 1 pagi tadi. Beliau merupakan antara generasi pertama kelahiran Pondok Pasir Tumboh, Kelantan begitu banyak berjasa dalam menabur bakti kepada agama dan masyarakat sehingga akhir hayatnya. Khidmat baktinya terus diperlukan oleh masyarakat tetapi Allah lebih mengasihi beliau

pondok pakteh

Ucapan takziah diucapkan kepada ahli keluarga beliau dan seluruh warga Pondok Keroh. Kehilangan beliau amat dirasai tetapi kami doakan agar ahli keluarga bersama dengan anak didik beliau terus diberikan kekuatan oleh Allah dalam mentadbir dan menghidupkan pengajian Pondok Keroh dalam menyambung usaha al-Marhum selama ini

Bioadata Tuan Guru Hj Abdul Latif

Tuan Guru Abdul Latif yang mesra dengan panggilan Pak Teh mendirikan pusat pengajian itu pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak.

Pak Teh merupakan anak jati kelahiran Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu.

Beliau dilahirkan pada tahun 1938 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dalam tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 5. Pada peringkat awal, beliau mula menghafal kitab-kitab agama dengan dibimbing oleh Ustaz Omar Mohd Noh.

Selepas itu, beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959.
Pak Teh sebenarnya seorang pelajar yang pintar kerana berpeluang melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi tidak meneruskannya kerana kemiskinan.

Kemudian Pak Teh meneruskan pengajian di Sekolah Agama Pondok Pasir Tumboh iaitu Madrasah ad-Diniah Bakriah, Kelantan dari tahun 1959 hingga 1967.
Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Mohamad Saman, Tuan Guru Abdul Rahman Ahmad, Tuan Guru Sulaiman Mohd Rabik dan juga ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan seperti Tuan Guru Mustafa, Tuan Guru Abdul Aziz dan Tuan Guru Hashim Abu Bakar.
Beliau telah dapat mengekalkan pengajian secara sistem pondok di mana pengajian ditumpukan dengan mempelajari kitab-kitab Thurath iaitu kitab-kitab tradisi Islam.

Beliau adalah pakar rujuk dalam berbagai hal mengenai masalah agama. Mewarisi minat bapanya, Pak Teh juga bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya di mana pelbagai jenis tanaman ditanam di pusat pengajian tersebut.

Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, hasil tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan bermacam-macam buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.

Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai tiga orang.
Kini setelah madrasah tersebut melangkau usia lebih 35 tahun, bilangan murid yang belajar di situ melebihi 400 orang secara sepenuh masa.

Kebanyakan pengajian ilmu di madrasah Pak Teh adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi yang lebih popular dikenali sebagai kitab kuning dan kitab-kitab Arab.

Kaedah pengajian di madrasah yang berasaskan sistem pengajian pondok selalunya menggunakan 2 kaedah utama iaitu umumi dan nizomi. Selain itu juga kelas hafalan dipraktikkan secara meluas dalam sistem pengajian pondok. Antara kitab yang digunakan di Pondok Pak Teh ialah Minhajul Abidin (tasawuf), Mughni Muhtaj (feqah), Syuzu (nahu), Hadis Muwatta Imam Malik, Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi, Ibnu Akil, Syarkawi, Usul Fiqh, Matan Zubad (feqah) dan Matan Majmuk Azhari.

Pak Teh merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sejak 1994. Pengetahuannya yang luas khususnya dalam pemakaian kaedah kitab Arab dan cermat dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan jawatankuasa syariah dan Majlis Fatwa Perak.
Di atas sumbangannya yang besar, Pak Teh telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan Paduka Sultan Perak ke-76. Istiadat pengurniaan tersebut telah berlangsung pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Kita sama-sama berdoa semoa beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh di sisi Allah.. al-Fatihah

sumber : http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=530:tuan-guru-hj-abdul-latif-pondok-keroh-meninggal-dunia&catid=11:berita&Itemid=32

Tambahan:

Ana menerima satu panggilan dari sepupu sekitar jam 10-11mlm tadi (wktu mesir). Sepupu ana(juga belajar di mesir) bertanyakan mengenai berita pemergian Pak Teh. Ana yang terlelap sekejap oleh sebab keletihan berprogram ketika itu amat2 terkejut. Hanya kalimah " Innalillahiwainna Ilaihi raji'uun...." yang mampu duingkapkan. Sebab kematian masih belum diketahui.

Selang beberapa minit kemudian, bertalu-talu sms yang diterima dari keluarga di Malaysia dan beberapa sahabat di Mesir yang turut memaklumkan mengenai berita ini.Ya Allah..hanya Tuhan shj yg tahu bagaimana perasaan ana ketika itu. Sedih... Bohong kalau tidak ada perasaan sedih dengan pemergian Ulama'. Lebih2 lagi ana pernah menadah kitab dan menuntut ilmu di Pondok Pak Teh..

(lihat catatan ana pada bulan Jun lepas http://syabrahubaidah.blogspot.com/2010/06/pondok-pak-teh-pengkalan-hulu.html

Papan tanda Pondok Pak Teh

 
Pondok Penginapan Pelajar Perempuan

Jasa Pak Teh cukup besar pada masyarakat. Dengan izin Allah, berapa ramai orang yang tak tahu menjadi tahu, dengan kata lain "jahil" menjadi "alim". MasyaAllah...nikmat yang Allah kurniakan pada penduduk sekitar khususnya Pengkalan Hulu. Inilah sistem pondok yang banyak memberi manfaat. Masyarakat hanya perlu duduk dan menadah kitab tanpa sebarang bayaran. Tambahan pula, ilmu yang disampaikan dari dada2 guru yang tulus ikhlas untuk menyampaikan ilmu..(rugi kalau peluang ini tidak dimanfaat).

Sumbangan Almarhum Pak Teh ketika hayatnya untuk berdakwah  dan memberi kefahaman Islam pada masyarakat membuatkan ana berfikir mengenai tujuan hidup di dunia ini. Dunia ini hanya sebagai persinggahan yang bersifat sementara. Akhirat merupakan tempat yang kekal abadi untuk semua makhluk

Tujuan hidup manusia adalah untuk beribadah kepada Allah SWT, Sang Maha Pencipta sebagaimana difirmankan Allah dalam Al- Qur’an Surat Adz-Dzaariyaat ayat 56 yang berbunyi: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”

Ana turut terkesan dengan kalam seorang Ulama' :
  1. Sibukkan dirimu dalam usaha agama (dakwah) ;  jika tidak, kamu pun akan sibuk juga, tapi bukan dalam perkara agama.
  2. Gunakan waktumu untuk agama; jika tidak waktu pun akan habis tapi bukan untuk agama.
  3. Gunakan hartamu untuk agama; jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama.
  4. Mati lah kamu dalam agama; jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.
(~Pesanan Hadraji Maulana Muhammad In’amul Hasan Rahmatullah’alaih~)

Almarhum Pak Teh telah kembali pada Allah. Kehidupannya di dunia penuh dengan amalan2 soleh dan membuka kejahilan masyarakat seterusnya menyeru kepada Rabbul Izzati. Moga roh Almarhum Pak Teh dicucuri rahmat dan kasih sayang Allah swt...InsyaAllah..kematian yang baik.

Kematian yang baik atau husnul khotimah, ini adalah kematiannya hamba Allah SWT yang mukmin muttaqin maka dia akan mengalami proses kematian yang baik sebagaimana diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya :

“Sesungguhnya setiap hamba yang mukmin apabila akan berpisah dengan dunia untuk menghadap Akhirat maka turun malaikat dari langit, wajahnya putih seperti matahari, mereka membawa kafan surga dan pewangi surga, mereka duduk sejauh pandangan mata, kemudian datang malaikat maut (pencabut nyawa) duduk di dekat kepala hamba mukmin dan berkata :

“wahai jiwa yang tenang keluarlah menuju ampunan dan keridhoan Allah SWT.”

Maka keluarlah ruhnya seperti keluarnya air dari mulut kendi, maka diambilnya ruh itu. Dan tidak dibiarkan walaupun sebentar di tangannya,tetapi langsung diambil malaikat pembawa kafan untuk dibungkus kafan dan pengawet surga tadi. Keluarnya ruh itu seperti hembusan misik terharum
yang ada di muka bumi. Kemudian, mereka membawa naik ruh itu dan tidak melewati sekelompok malaikat kecuali mereka bertanya :

“Ruhnya siapa yang sangat baik ini ?”

Mereka menjawab : “Ruhnya fulan bin fulan” dengan menyebutkan namanya yang baik yang dinamakan dengannya di dunia. Kemudian berhenti di langit dunia dan mereka meminta untuk dibukakan pintunya maka mereka bukakan pintunya dan para malaikat ikut mengantar ruh tersebut sampai ke langit di atasnya sampai berhenti ruh itu di langit yang ke tujuh.

Maka Allah SWT berfirman :

“Tulislah catatan hamba-Ku di illiyin”.

Kemudian dikatakan : “Kembalikanlah dia ke bumi, karena sesungguhnya dari bumi (tanah) pertama Aku ciptakan mereka dan ke dalam tanah mereka dikembalikan dan dari tanah sekali lagi mereka akan dikeluarkan. Beliau bersabda : “Maka dikembalikanlah ruh itu pada jasadnya.” (
HR. Nasa’I : dan lainnya dishahihkan oleh Al-Albani dalam Ahkamul Janaiz).
Inilah proses kematian yang baik (khusnul khotimah). Semoga kita termasuk golongan ini, Kematian yang baik atau husnul khotimah, ini adalah kematiannya hamba Allah SWT yang mukmin muttaqin maka dia akan mengalami proses kematian yang baik sebagaimana diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya :
“Sesungguhnya setiap hamba yang mukmin apabila akan berpisah dengan dunia untuk menghadap Akhirat maka turun malaikat dari langit, wajahnya putih seperti matahari, mereka membawa kafan surga dan pewangi surga, mereka duduk sejauh pandangan mata, kemudian datang malaikat maut (pencabut nyawa) duduk di dekat kepala hamba mukmin dan berkata :

“wahai jiwa yang tenang keluarlah menuju ampunan dan keridhoan Allah SWT.”

Maka keluarlah ruhnya seperti keluarnya air dari mulut kendi, maka diambilnya ruh itu. Dan tidak dibiarkan walaupun sebentar di tangannya, tetapi langsung diambil malaikat pembawa kafan untuk dibungkus kafan dan pengawet surga tadi. Keluarnya ruh itu seperti hembusan misik terharum
yang ada di muka bumi. Kemudian, mereka membawa naik ruh itu dan tidak melewati sekelompok malaikat kecuali mereka bertanya :

“Ruhnya siapa yang sangat baik ini ?”

Mereka menjawab : “Ruhnya fulan bin fulan” dengan menyebutkan namanya yang baik yang dinamakan dengannya di dunia. Kemudian berhenti di langit dunia dan mereka meminta untuk dibukakan pintunya maka mereka bukakan pintunya dan para malaikat ikut mengantar ruh tersebut sampai ke langit di atasnya sampai berhenti ruh itu di langit yang ke tujuh.

Maka Allah SWT berfirman :

“Tulislah catatan hamba-Ku di illiyin”.

Kemudian dikatakan : “Kembalikanlah dia ke bumi, karena sesungguhnya dari bumi (tanah) pertama Aku ciptakan mereka dan ke dalam tanah mereka dikembalikan dan dari tanah sekali lagi mereka akan dikeluarkan. Beliau bersabda : “Maka dikembalikanlah ruh itu pada jasadnya.”
(HR. Nasa’I : dan lainnya dishahihkan oleh Al-Albani dalam Ahkamul Janaiz).

Inilah proses kematian yang baik (khusnul khotimah). Semoga kita termasuk golongan ini, amin...



Al-Faqirah Ilallah..

Fadhilah Esa,
Anak jati Kampung Tanjung Luas
Pengkalan Hulu, Perak
7.01 mlm(wktu mesir)-Bait Fahilatul Ehsan, Hayyu Syarq
Mansurah Mesir.
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog