Semanis Ukhuwwah

Tuesday, January 26, 2010

Bingkisan hati buat HAWA..


Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


Untuk semua kaum hawa...hayati slide ini :)

Saturday, January 23, 2010

Alhamdulillah...Syukur padaMu.

Alhamdulillah...baru selesai menjalani imtihan bagi madah Qawaid Fiqhiah..hampr 3 jam memerah otak menjawab soalan2.Syukur,dengan keizinan Allah swt sebahagian besar soalan yang diberi dapat dijawab.Moga peroleh natijah yang terbaik..Ya Allah, lembutkanlah hati pemeriksa kertas jawapan kami agar mendapat markah yang terbaik bagi madah ini..."Ameen

Ada 3 madah lagi menanti pada fasa depan(musim panas)..

Kepada sahabt/iah yang masih belum selesai imtihan ana doakan yang terbaik buat kalian..teruskan usaha..

Ya Allah..Kau permudahkanlah pembelajaran teman2ku, agar mereka bisa mencelup jutaan ilmuMU. KAU tenangkan minda mereka, agar mereka berkayuh di atas bumiMU sebaik yg mungkin, KAU sucikan hati dan fikiran mereka, agar mereka bisa menghafaz ayat2 kitabMU, KAU jauhkan zahir dan batin mereka dari maksiat, agar dapat merasai betapa manisnya hidup bersama ILAHI. 

Mohon maaf  atas segala kekhalalan dan salam imtihan.

Hayatilah..dari Opick dan amanda

Saturday, January 16, 2010

Dah Ready ke...??

Masjid Al- Azhar

"Enti dah ready ke nak peksa?" bertanya seorang sahabat kepada ana..Walaupun soalan yang ditanya cuma satu , namun terkial-kial juga ana menjawabnya.."Emm..alhamdulillah,ada la sikit-sikit".Hanya itu yang mampu diungkapkan.

Hakikatnya,saya terpukul dengan soalan yang ditanya walaupun cuma "dah ready ke?" dan jawapan saya yang tidak meyakinkan.Benar, persediaan bagi menempuh imtihan faslul awwal pada tahun ini merupakan cabaran besar bagi ana.

Masakan tidak, kalau sahabat/iah bergelumang dengan kitab2 dan perlu mengambil/menghadapi 5-6 madah untuk fasal ini, ana hanya cuma satu madah sahaja.(qawaid fiqhiyyah).Jadi, persediaan ana sepatutnya lebih sempurna kerana 1 madah ini sahaja yang perlu diberi perhatian!

Usaha perlu dilipatgandakan, hafalan juga perlu mantap, isi kitab mesti difahami dan pastinya, ilmu yang dipelajari perlu diamalkan.

Imtihan di Al-Azhar tidak sama seperti kebanyakan Universiti di Malaysia ataupun ditempat-tempat lain.Tidak ada presentation atau ujian amali lain untuk membantu dalam peperiksaan.Ujian mid term juga tiada.Jadi pelajar perlu berusaha sebaik mungkin bagi menghadapi peperiksaan pada setiap fasal(semester).Satu perkara yang amat penting dalam menuntut ilmu adalah 'keberkatan' dari pemilik ilmu tersebut..

Setiap usaha perlu diiringi doa dan tawakal..Insyaallah kejayaan akan diraih.


Kitab Qawaid Fiqhiyyah(420 muka surat).
Peperiksaan bagi madah ini pada 23 Januari 2010.Doakan.!

Kalam motivasi untuk renungan bersama:
Kejayaan adalah ibarat kain pemidang (ribbon) di hujung balapan. Tak kira apa juga acaranya.
Secara logik, anda yang perlu berlari kepadanya. Anda perlu sampai ke kain pemidang ini, barulah anda di isytiharkan juara! Dan yang paling pasti, bukan kain pemidang ini yang akan datang kepada anda. Tidak mungkin sama sekali.
Begitu juga kejayaan kita. Ia perlu di kejar dan di usahakan. Bukan menunggu seperti anda menunggu bas.Usaha yang setimpal, akan menentukan cepat lambat anda sampai ke kain pemidang itu (kejayaan). Justeru itu, curahkan usaha, berdoa dan tawakal!
Pernah anda dengar? Ibarat menanti bulan jatuh ke riba. Mustahil bukan? Jika nak tengok bulan, pergilah ke bulan. Masih anda perlu berusaha. Ubah mentaliti menunggu anda itu sekarang juga. Untuk berjaya, anda perlu berusaha. Renungkan.
Salam Kejayaan!

Friday, January 8, 2010

Salam Imtihan..

Assalamualaikum wbt...

Sudah lama rasanya blog ini tidak di'update'..Masa yang ada perlu diberikan pada kitab kuliah, ulangkaji madah, discuss dan sebagainya..Persediaan bagi menempuh imtihan faslul awwal masih belum sempurna...Ya Allah..bantulah kami..

Banyak peristiwa yang berlaku sekitar 2 minggu ini antaranya perkahwinan sahabat, pertunangan abang di Malaysia, kelahiran orang baru dan kepulangan ke Rahmatullah/kematian sahabat seakidah..

Inilah 'pentas' kehidupan dunia.Semua ini hanyalah sementara kerana kita adalah barisan pelakon yang akan dinilai keberjayaan hasil lakonan kita di akhirat kelak..Moga setiap amalan serta amal ibadah kita mendapat Redho Allah swt..

Kepada sahabat2 Kuliah selamat menempuh imtihan.Lakukan yang terbaik kerana kejayaan ini adalah kejayaan Islam..Juga buat ahli Liqo' Zainab al-Ghazali seramai 21 orang. sahabat2 Syariah thn4 dan semua warga Mansurah..

Kalam2 Mutiara untuk renungan bersama:

Motivasi ibarat mengayuh perahu, sebaik sahaja anda berhenti mengayuh , anda akan hayut.

"Jadikan Al Quran sebagai penawar hati, Zikirullah sebagai penghibur hati, Solat sebagai pelindung hati, Taqwa sebagai baja dalam taman hati&Allah sebagai cinta hakiki"

"Ilmu itu ibarat cahaya..dan dosa atas kemaksiatan itu ibarat titik hitam yang akan menyelaputi hati..Bagaimanakah cahaya itu dapat sampai andailah hati itu gelap dan hitam?"

semoga kita sentiasa memohon keampunan drpNya dan berubah ke arah yg lebih baik~ salam perjuangan semua.


..Sirru a'la barakatillah......
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog