Semanis Ukhuwwah

Thursday, June 10, 2010

Puisi buat pencinta kebenaran...

Assalamualaikum wbt...

Kenangan ketika mengadakan persembahan untuk Kolukium Ilmuan(Q) akhir di DPM Mansurah bermain di ingatan. Us Azimah selaku Unit Dakwah & Pembangunan Insan meminta HEWI2 merancang persembahan utk dipertontonkan buat adik2 akhawat seramai 35 orang sekitar 3 hari sebelum majlis berlangsung. Namun, disebabkan tiada "tenaga pemikir" untuk itu dan kesibukan yang melanda, menyebabkan agak lambat dan last minute untuk berlatih.

Alhamdulilah...us Aini Salim selaku Unit Perancang HEWI sudi memberikan idea dan mereka puisi untuk kami mengadakan persembahan ala-ala pantomin untuk adik2 tersayang. Tenaga untuk mengadakan persembahan ini pun kurang kerana ada di kalangan HEWI yang terpaksa ke Kaherah atas urusan lain. Kami hanya berlatih sehari sebelum persembahan. Kelam kabut juga dibuatnya. Masing2 mengambil peranan utk menghidupkan persembahan. Ada yang mainkan lagu di laptop (us adyana), pembaca puisi (us aini, us habibah, dan us malyanah) dan selebihnya melakonkan watak tanpa suara...(ni yg best ..hehheh) Ana 'tabik spring' btul pada us Aini. Bait-bait puisi yang direka begitu menikam kalbu =). Tambah2 lagi diiring dengan muzik yang begitu meruntun hati...memang berbakat besar alang nie.

Persembahan kami seusai solat subuh dan bacaan maksurat. Sebelum itu ada dikalangan adhoc program membuat sedikit persembahan.Terdengar juga esak tangis adik2 dan adhoc program waktu persembahan kami...terharu, sedih semuanya bercampur baur..

Apa yang penting, bukan esak dan tangis yang kami harapkan..Cuma kesedaran dan tindakan kita selaku seorang muslimah. Tulang 4 kerat dan segala tenaga dan buah fikiran kita amat perlu untuk menegakkan kalimah Allah walau di mana kita berada.

Bait2 puisi yang tidak bertajuk ini ana persembahkan buat pembaca.....moga ianya bermanfaat.
Dengarkan/ baca puisi ini bersama lagu berikut...



Meyusuri hari-hari yang ditetapkan Illahi...
Hati kepingin sekental iman pemuda kahfi..
Hingga akhir hayatku sebaris saff pemuda-pemuda itu
sujud tenang bertemu Illahi..

Ku mencari nilai srikandi di dalam diri..
belum layak rupanya ku bergelar khalifah Allah 
di atas muka bumi..

Saat musuh Allah bersengkang mata merancang strategi..
Aku masih punya waktu unuk baring-baring di tilam empuk sesuka hati..

Sahabat2 dan adik2 ku...dengarkan rintihan hati ini..

Kita sebenarnya mengizinkan saudara Islam kita
dihina dan dicaci..

Kita sebenarnya membenarkan negara-negara saudara Islam kita
dijajah hingga hilang maruah diri!...

Kita sebenarnya menyokong perjuangan zionis
untuk beraja dan bertahta di atas muka bumi..

Mereka bangga saat kita tidak bersatu hati..
Mereka bersorak ria saat kita berpecah belah 
membawa haluan pemikiran yang tersendiri...

Biar hapus semua jatidiri insani!..
Biar lenyap kesatuan ummat Islam hariini!..

Kita mahu mengaku?..Ya, kenapa tidak?

Kita suka nafsi-nafsi..
Kita suka pentingkan diri..
Kita senang mengata-ngata tanpa menyelidiki..
Ilmu dikejar untuk diri sendiri..
Menjadi ilmuan namun payah untuk menabur bakti.

Biarlah..aku kan sudah besar..
Tak perlu tarbiyah2 nie..
Aku kan Azhari..

Sikap ego yang terlalu menguasai diri
datang bermukim tanpa kita sedari...
Sampai bila baru terketuk hati?
Sampai bila baru mahu menginsafi diri?
Tidak sakitkah melihat umat Islam dicaci maki hari ini?
Tidak terasakah saat melihat iman umat Islam disembelih dari hari ke hari?
Sedang kita masih begini...

Ayuh, kita bangkit!
Persada ilmu ini memerlukan bakti kita..!
Persada ilmu ini menjerit-jerit menuntut kesatuan kita..!
Ayuh, keluarlah dari belenggu ketakutan..!
Keluarlah dari gua kebekuan..!
Tunjukkan keizzahan Islam di mata dunia..!
Bersatu di barisan tentera Allah untuk menakluk dunia ..!

Takbir..! Allahu Akbar 3X

Emm...apa perasaan anda selepas menghayati puisi ini dengan iringan muzik di atas? Manusia yang normal akan 'terketuk' dan tersedar dari lamunan dan berusaha untuk melakukan sesuatu untuk Islam. Anda bagaimana? (emm...terpulang pd penilaian masing2)


Salam Juang,
Fadhilah binti Esa

Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog