Semanis Ukhuwwah

Thursday, February 25, 2010

GAMBAR KEDIAMAN RASULULLAH S.A.W. DAN KESAN SEJARAH DI MADINAH


PINTU RUMAH RASULLALAH

SERBAN , BURDAH DAN TONGKAT RASULALLAH

GAMBAR RUMAH SITI KHADIJAH

LAKARAN RUMAH SITI KHADIJAH

TEMPAT SITI FATIMAH DI LAHIRKAN

MIHRAB TEMPAT MENYAMBUT TETAMU

BAHAGIAN RUANG TAMU

MUSALLA RASULALLAH

PEDANG RASULALLAH

PEDANG SALAH SEORANG KHALIFAH AR-RASYIDIN

KA'ABAH DI MAKKAH

KUNCI PINTU KA'ABAH

Nahnu Fidaaka Ya Rasulallah...


Assalamualaikum 
Hari ini genaplah 12 Rabiul Awal 1431 H..Pada tarikh ini juga lahirnya junjungan mulia, kekasih Allah(12 Rabiul Awal tahun Gajah).


Perkongsian bersama : Subhanallah...sungguh, air mata yang mengalir sukar dibendung bilamana menonton video ini.Kata-katanya begitu menyentuh hati.




Sebuah kisah kelahiran Agung...

Kelahiran Nabi Muhammad SAW

    
Di kala umat manusia dalam kegelapan dan kehilangan pegangan hidupnya, lahirlah ke dunia dari keluarga yang sederhana, di kota Mekah, seorang bayi yang kelak membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban dunia. Bayi itu yatim, bapaknya yang bernama Abdullah meninggal 7 bulan sebelum dia lahir. Kehadiran bayi itu disambut oleh datuknya Abdul Muththalib dengan penuh kasih sayang dan kemudian bayi itu dibawanya ke kaki Ka'abah. Di tempat suci inilah bayi itu diberi nama Muhammad, suatu nama yang belum pernah ada sebelum­nya. Menurut penanggalan para ahli, kelahiran Muhammad itu pada tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah atau tanggal 20 April tahun 571 M. 
 
   
Adapun sebab dinamakan tahun kelahiran Nabi itu dengan tahun Gajah, kerana pada tahun itu, kota Mekah diserang oleh suatu pasukan tentera orang Nasrani yang kuat di bawah pimpinan Abrahah, gabenor dari kerajaan Nasrani Abessinia yang memerintah di Yaman, dan mereka bermaksud menghancurkan Ka'abah. Pada waktu itu Abrahah berkenderaan gajah. Belum lagi maksud mereka tercapai, mereka sudah dihancurkan oleh Allah s.w.t. dengan mengirimkan burung ababil. Oleh kerana pasukan itu mempergunakan gajah, rnaka orang Arab menamakan bala tentera itu pasukan bergajah, sedang tahun terjadinya peristiwa ini disebut Tahun Gajah.

 
     
Nabi Muhammad saw. adalah keturunan dari Qushai pahlawan suku Quraisy yang berhasil menggulingkan kekuasaan Khuza’ah atas kota Mekah. Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qushai bin Kilab bin Murr’ah dari golongan Arab Bani IsmaiL Ibunya bernama Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah, di sinilah silsilah keturunan ayah dan ibu Nabi Muhammad saw. bertemu. Baik keluarga dari pihak bapak maupun dari ibu keduanya termasuk golongan bangsawan dan terhormat dalam kalangan kabilah-kabilah Arab. 

 
     
Sudah menjadi kebiasaan pada orang-orang Arab kota Mekah, terutama pada orang-orang yang tergolong bangsawan, menyusukan dan menitipkan bayi-bayi mereka kepada wanita badiyah (dusun di padang pasir) agar bayi-bayi itu dapat menghirup hawa yang bersih, terhindar dari penyakit-penyakit kota dan supaya bayi-bayi itu dapat berbicara dengan bahasa yang murni dan fasih. Demikianlah halnya Nabi Muhammad s.a.w. beliau diserahkan oleh ibunya kepada seorang perempuan yang baik, Halimah Sa’diyah dari Bani Sa’ad kabilah Hawazin, tempatnya tidak jauh dari kota Mekah. Di perkampungan Bani Sa’ad inilah Nabi Muhammad s.a.w. diasuh dan dibesarkan sampai berusia lima tahun.


Kematian Ibu dan datuk
 
   
Sesudah berusia lima tahun, Muhammad s.a.w. dihantarkannya ke Mekah kembali kepada ibunya, Situ Aminah. Setahun kemudian, iaitu sesudah ia berusia kira-kira enam tahun, beliau dibawa oleh ibunya ke Madinah, bersama-sama dengan Ummu Aiman, sahaya peninggalan ayahnya. Maksud membawa Nabi ke Madinah, pertama untuk memperkenalkannya kepada keluarga neneknya Bani Najjar dan kedua untuk menziarahi makam ayahnya. Maka di situ diperlihatkan kepadanya rumah tempat ayahnya dirawat di waktu sakit sampai meninggal, dan pusara tempat ayahnya dimakamkan. Agaknya mengharukan juga cerita Aminah kepada anaknya tentang ayahnya itu; demlkian terharunya, sehingga sampai sesudah ia diangkat menjadi Rasul dan sesudah Ia berhijrah ke Madinah, peristiwa itu sering disebut-sebutnya. 

 
   
Mereka tinggal di situ kira-kira satu bulan, kemudian pulang kembali ke Mekah. Dalam perjalanan mereka pulang, pada suatu tempat, Abwa’ namanya tiba-tiba Aminah jatuh sakit sehingga meninggal dan dimakamkan di situ juga. (Abwa’ ialah nama sebuah desa yang terletak antara Madinah dan Juhfah, kira-­kira sejauh 23 mil di sebelah selatan kota Madinah). 

 
   
Dapatlah dibayangkan betapa sedih dan bingungnya Muhammad saw. menghadapi bencana kemalangan atas kematian ibunya itu. Baru beberapa hari saja ia mendengar cerita ibunya atas kematian ayahnya yang telah meninggalkannya ketika Muhammad saw. dalam kandungan. Sekarang ibunya telah meninggal pula di hadapan matanya sendiri, sehingga ia sudah tinggal sebatang kara, menjadi seorang yatim-piatu, tiada berayah dan tiada beribu. 

 
   
Setelah selesai pemakaman ibundanya, Nabi Muhammad s.a.w segera meninggalkan kampung Abwa’ kembali ke Mekah dan tinggal bersama-sama dengan datuknya Abdul Muththalib.

 
    
Di sinilah Nabi Muhammad sa.w. diasuh sendiri oleh datuknya dengan penuh kecintaan. Usia Abdul Muththalib pada waktu itu mendekati 80 tahun. Dia adalah seorang pemuka Quraisy yang disegani dan dihormati oleh segenap kaum Quraisy pada umumnya, dan penduduk kota Mekah pada khususnya. Demikian penghormatan bagi kedudukannya yang tinggi dan mulia itu, sampai anak-anak­nya sendiri tidak ada yang berani mendahului menduduki tikar yang disediakan khusus baginya di sisi Ka’abah. 

 
    
Disebabkan kasih sayang datuknya, Abdul Muththalib, Muhammad s.a.w. dapat hiburan dan dapat melupakan kemalangan nasibnya kerana kematian ibunya. Tetapi, keadaan ini tidak lama berjalan, sebab baru saja berselang dua tahun ia merasa terhibur di bawah asuhan datuknya, orang tua yang baik hati itumeninggal pula, dalam usia delapan puluh tahun. Muhammad sa.w. ketika itu baru berusia delapan tahun. 

 
    
Meninggalnya Abdul Muththaiib itu, bukan saja merupakan kemalangsn besar bagi Muhammad saw. tetapi juga merupakan kemalangan dan kerugian bagi segenap penduduk Mekah. Dengan meninggalnya Abdul Muththalib itu, penduduk Mekah kehilangan seorang pembesar dan pemimpin yang cerdas, bijaksana, berani dan perwira yang tidak mudah mencari gantinya. 

 
    
Sesuai dengan wasiat Abdul Muththalib, maka Nabi Muhammad saw. diasuh oleh pak ciknya Abu Thalib. Kesungguhan dia mengasuh Nabi serta kasih sayang yang dicurahkan kepada anak saudaranya ini tidaklah kurang dari apa yang diberikannya kepada anaknya sendiri. Selama dalam asuhan datuk dan pak ciknya, Nabi Muhammad menunjukkan sikap yang terpuji dan selalu membantu meringankan kehidupan mereka. 
  
Rindu pada Rasulullah saw.....
Rindu kami padamu, ya Rasul…
Rindu tiada terperi…
Berabad jarak darimu, ya Rasul…
Serasa dikau di sini…

~Fadhilat Hari Jumaat~



Alhamdulillah.....terasa tenang pagi ini.Nikmat yang dikurniakan Allah SWT pada kita tidak terhitung banyaknya.

Bagi mahasiswa/wi Al-Azhar dan juga selaku ahli PMRAM, hari Jumaat dikhususkan kepada Muzakarah Berkelompok(MB)sahaja.Begitu juga bagi ahli DPM Mansurah yang telah sama-sama bersetuju dengan usul yang dibawa oleh Us Abdul Kadir b.Umar iaitu "Memegakan Muzakarah Berkelompok".Jadi selaku ahli mahupun kepimpinan, usul ini perlu dijayakan dengan sebaiknya.


JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).


Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.
Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.
“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”
Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).
Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
p/s : Mencari maklumat semasa untuk dibentangkan dalam MB.=)

Wednesday, February 24, 2010

Kalimah Allah dalam tin susu.

2 KOTA TINGGI : Penemuan kalimah Allah dalam tin susu di rumah penduduk, Mohd Nasir Bakri, 41, (gambar) dari Taman Kota Jaya dekat sini yang pertama terjadi, berbanding penemuan sebelum ini yang berlaku pada binatang, awan dan pokok-pokok.
Mohd Nasir berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam kelmarin itu ketika dua anaknya, Siti Aisyah, 14 dan Siti Solehah, 11 hendak membancuh teh dengan susu berjenama F&N itu ke dalam gelasnya.
Sebaik menceduk susu, satu sinar bercahaya tiba-tiba terpancar dari dalam tin yang sudah semakin berkurangan kandungannya itu.
“Apabila anak saya maklumkan kejadian itu,  saya dan isteri segera mendapatkan tin susu dan nak pastikan sama ada benar atau tidak itu perkataan Allah”
“Selepas saya belek daripada dekat dan di kawasan terang,  memang jelas kalimah Allah bertulis jawi tertulis dari baki susu yang melekat pada dinding bukannya kerana goresan pada dinding tin itu,” katanya1
Katanya, dalam keadaan penuh terharu dan berasa bertuah menyaksikan kebesaran Allah di depan mata itu. Beliau dan isteri, Zaharah Sarip, 41, menganalisis bersama mengenai tulisan yang terbentuk daripada susu itu, dan mendapati tulisan khatnya cukup jelas dan
menarik terutama pada huruf  ‘ha’.
Beliau kemudian membiarkan susu itu terdedah diluar peti sejuk selama kira-kira sejam, kerana membayangkan kemungkinan  susu itu akan mencair dan tulisan itu akan hilang.
Tetapi, sehingga semalam tulisan itu masih kekal dan beliau terus menyimpannya di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku.
“Sesungguhnya inilah kebesaran Allah SWT yang hendak ditunjukkan kepada kami sekeluarga. Ini juga suatu kejadian yang amat bersejarah, penuh hikmah dan bertuah kepada kami sekeluarga”
“Nampaknya, ketika semua orang sedang bertentang pendapat mengenai isu nama Allah. Nampaknya bukan manusia sahaja yang hendak menyebut nama Allah, susu pun nak sebut nama Allah” katanya.
Beliau berkata, susu berjenama itu beliau beli seminggu lalu di sebuah pasar raya di bandar itu. Tanpa menyedari akan berlaku kejadian itu, sudah lebih tiga hari beliau sekeluarga sama-sama menggunakan susu itu untuk minuman seharian, dan selama itu juga penutup tin itu sudah terdedah.
Untuk memelihara dan memastikan tin beserta kalimah Allah itu akan terus tersimpan dan menjadi kenangan seumur hidupnya.  Dalam satu dua hari ini, beliau bercadang untuk memotong tin itu supaya dapat diratakan dan akan memfremkannya.
3 Pegawai Tadbir Agama, Mohd Taufik Kiayai Samsudin, (gambar) ketika dihubungi memberikan pandangan bahawa kejadian-kejadian seperti itu bukan suatu yang pelik, dan itu adalah antara bukti semua makhluk Allah di atas muka bumi ini berzikir kepada Allah
termasuk susu.
Beliau berkata, susulan penemuan itu juga menuntut supaya manusia sentiasa mengingati kebesaran Allah dan ambil pengajaran daripadanya.
“Itu adalah petunjuk, peringatan dan hidayah daripada  Allah untuk mendidik jiwa kita para manusia yang sering lupa dan lalai”
“Apabila berlakunya kejadian yang pelik dan istimewa seperti itu, ramai orang kita hanya menganggapnya sebagai satu keajaiban semata-mata.”
“Sepatutnya, selepas kita menganggapnya sebagai satu yang ajaib, kita mesti susuli emosi kita dengan lafaz kesyukuran bahawa itulah  kekuasaan dan kebesaran Allah” katanya.

sumber : http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=2591

Monday, February 22, 2010

Asif Jiddan....

Assalamualaikum...

Mohon maaf pada semua pembaca.Nampak serabut dengan link-link yang tidak tersusun kan?.Baru sahaja tukar template baru.Insya-Allah..akan dikemaskini.

Wassalam...

Thursday, February 18, 2010

Barakallahulakum wa lana....

Bismillahilwalhamdulillah...

Rasa syukur dipanjatkan buat Sang Pencipta yang mengizinkan jemari ini merungkai rasa hati setelah sekian lama sepi tanpa kata.Punya waktu namun agak terbatas membuatkan laman ini sunyi tanpa bicara..

Cacatan:
4Feb : Ke Kaherah(Tahrir) untuk ambil wang zakat Majlis A'la
6Feb : Ke Maarad Kutub
8Feb : Jaulah ke Iskandariah/ Walimah Us Kadir&Syakila
13Feb : Bazaria DPMM / Walimah sahabat-Amalina&Razif
           (Birtday kak Cik tersayang)
14Feb : Bazaria DPMM/ Meeting(JSU)
15Feb: Walimah sahabat-Us Azri&Azimah
18Feb :Kolukium Ilmuan(Q2)DPMM

Kebelakangan ini ramai diantara sahabat/iah yang melangsungkan perkahwinan.Mabruk!Moga Rahmat Allah sentiasa bersama kalian..

  
Us Kadir dan Syakila
  
us Azri dan Azimah

Amalina dan Razif
Emm..lagu ni khas buat mereka yang telah berumah tangga...:)



BARAKALLAHU LAKUMA We're here on this special day Our hearts are full of pleasure A day that brings the two of you Close together We're gathered here to celebrate A moment you'll always treasure We ask Allah to make your love Last forever Let's raise our hands and make Do'a Like the Prophet taught us And with one voice Let's all say, say, say بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير From now you'll share all your chores Through heart-ship to support each other Together worshipping Allah Seeking His pleasure We pray that He will fill your life With happiness and blessings And grants your kids who make your home Filled with laughter Let's raise our hands and make Do'a Like the Prophet taught us And with one voice Let's all say, say, say بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير بارك الله بارك الله لكم ولنا الله بارك لهما الله أدم حبهما الله صلّي وسلّم على رسول الله الله تب علينا الله ارض عنا الله اهد خطانا على سنة نبينا Let's raise our hands and make Do'a Like the Prophet taught us And with one voice Let's all say, say, say بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
وجمع بينكما في خير
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog