Semanis Ukhuwwah

Monday, May 10, 2010

Acheh laksana hukum Islam

Rejam dilaksana di Aceh



GAMBAR menunjukkan seorang wanita berjalan melintasi
peringatan yang meminta orang ramai memakai pakaian
Muslim di Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Aceh kelmarin.

BANDA ACEH – Masyarakat Islam di wilayah autonomi Aceh yang ditangkap
kerana berzina berhadapan hukuman rejam sampai mati selepas
undang-undang syariah diluluskan semalam.

Undang-undang itu membenarkan hukuman sebat sehingga 100 kali dikenakan
terhadap individu bujang belum berkahwin yang didapati melakukan zina.

Turut diluluskan ialah hukuman kepada peminum minuman keras, pengamal homoseks dan perjudian.

Undang-undang itu diluluskan sebulat suara di Parlimen.

“Semua pihak bersetuju secara sebulat suara untuk menjadikan rang
undang-undang itu sebagai undang-undang termasuk hukuman merejam sampai
mati.

“Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari dengan atau
tanpa kelulusan gabenor Aceh,” kata Pengerusi Speaker Khas Parlimen,
Bachron M Rasyid.

Ia sekali gus menggantikan undang-undang sivil.

Jurucakap Parti Keadilan Makmur, Moharriyadia berkata, undang-undang
itu merupakan langkah pencegahan untuk penduduk Aceh agar mereka tidak
terlibat dengan masalah moral.

Bekas pejuang Pergerakan Aceh Merdeka yang kini menjadi Gabenor Aceh,
Irwandi Yusuf menentang keputusan parlimen itu dan meminta ia
ditangguhkan dan dikaji semula.

“Indonesia ditubuhkan oleh kepelbagaian budaya dan fikiran. Jika Aceh
menggantikan undang-undang jenayah dengan hukum syariah maka ia akan
menjadi bahaya untuk Indonesia,” kata pemikir liberal Islam, Mohamad
Guntur Romli.

Sebelum ini, Aceh melaksanakan hukum syariah secara terhad seperti pemakaian, solat lima waktu, puasa dan menunaikan zakat.

– AFP

No comments:

Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog