Semanis Ukhuwwah

Friday, November 13, 2009

:: Terima Kasih buat kalian ::

Assalamualaikum wbt..

Terima kasih pada pembaca yang sudi menjengah ke blog ana ini.Terkejut dengan jumlah 90 lebih pengunjung ketika entri ini ditulis.Ya, jumlah yang banyak bagi ana yang baru berjinak dalam arena ini.Biasanya sekitar 20-30 pengunjung sahaja dalam sehari.Mungkin dengan isu ISMA yang ditulis tengah 'panas' tika ini.Situasi ini sedikit sebanyak menambahkan semangat serta kesedaran pada ana untuk terus menulis.Hari demi hari jari jemari ini terasa "gatal" untuk menulis sesuatu yang bermanfaat untuk kalian.

Terasa kerdil sangat berbanding blogger2 yang lain.Walaupun blog ini diwujudkan pada tahun lepas tetapi hanya sekitar bulan Oktober yang lalu ana kembali aktif menulis.Ana akui masih banyak lagi kelemahan diri ini dalam aspek penulisan.Terdapat banyak kesalahan mahupun stuktur ayat yang 'berterabur' dan 'tunggang langgang' dari segi tatabahasa.Alla kullihal ana akan cube perbaiki dari masa ke semasa..

Sedikit coretan mengenai keluarga tercinta di Bumi Malaysia..

Ana baru selesai berhubung dengan adik tersayang Khairiah Esa yang kini merupakan penuntut tahun dua Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI).Merupakan anak bongsu dalam keluarga kami.Biasalah, banyak perkara yang dibualkan dan banyak juga aduan2 serta masalah yang diceritakan oleh adik ana ini.Dari bab exam, kehidupan di kampus, sehinggalah bab student & letcturer yang cuba 'tackel' adik ana ni..(emm..macam2).

Alhamdulillah, nampak sedikit perubahan pada dia dari sudut cara berfikir.Ya, makin matang dalam menilai serta mengawal sesuatu masalah.Cuma satu perkara yang perlu diambil berat , mengenai kepentingan berpersatuan dalam erti kata 'bermasyarakat'.Terlalu banyak program yang dianjurkan di Kampus menjelang cuti semester.Akan tetapi dia hanya memberi seribu satu alasan untuk tidak menyertainya.Puas juga menerangkan situasi kita selaku mahasiswa dan peri penting mengambil peluang dalam program yang 'membina jati diri' serta membentuk kotak pemikiran yang kreatif&kritis dsb..Mungkin situasi pembelajaran yang sentiasa sibuk dengan assingment dan projek2 yang terpaksa diselesaikan menyebabkan aspek tersebut diabaikan.Hurm..ana akan sentiasa 'membasuh' fikiran adik ana ini.=)

Dalam perbualan kami, adik ana ini ada menceritakan mengenai percutian ke Sarawak yang direncanakan oleh abang ke-3(Mohd Sabri-Bawi) dan kakak ke-5(Zakiah-Kak yah) untuk menghabiskan cuti persekolahan pada 21-26 November di rumah kakak ke-6(Hafizah-Kak jah).Kak Jah menetap di Kota Samarahan,Sarawak.Seronok sakan la anak2 saudara ana ni,dapat jumpa geng.Jealous juga la hati kecil ana ni.Mana taknya, percutian ini hanya melibatkan tiga beradik sahaja.Kami yang berbaki ini hanya mampu melihat jer..(xpela, tunggu ana balik malaysia tahun depan)

Seronok mendengar cerita adik beradik dan family ni..Almaklumlah, jauh di perantauan...Bawi,Kak Yah & Kak Jah banyak support ana di sini.Terima kasih buat kalian!

Sarjan Mohd Sabri b.Esa(PDRM Bukit Aman,KL)

Bawi, Aina Najwa,Kak Niza(juga anggota polis berpangkat Kopral) dan Aimi Najiha.
(skrg dah bertambah lg 2 org cahaya mata: Nur Dini Damia & Mohd Arif Wafiq)
Bawi juga ada kelebihan melukis dan pakar dalam Adobe Photoshop.
Antara potret Raja Muda Perlis yang dihasilkan.(2 potret mencecah hampir
RM 3500-pendapatan tambahan)

Family kakak ke 5: Kak Yah(Guru di SK Bandar Baru,Bangi), Akram Al-Abrar &
Abg Kamil(Guru di ..em.xingat sekolah apa:)
(skrg dh tambah lg sorg chy mata-Aiman Ajwad)

Kakak ke-6 : Kak Jah(Guru-graduan UKM) Sudah berkahwin dengan Abg Arshad(Guru Agama).
Cahaya mata : Mohd Daiyan Hakim(setahun lebih) dan sedang menunggu cahaya mata kedua pada April tahun depan.

3 dr 4 anak buah yang lahir sepanjang permusafiran ana di Bumi Mesir.
Dari kiri : Mohd Arif Wafiq,Shahir Nizamuddin&Daiyan Hakim.
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog