Semanis Ukhuwwah

Friday, November 13, 2009

:: Isma tidak perlu wujud di Mesir ::


Icon ini khusus buat pembaca blog ini yang ana edit dari "Malaysia Bebas ISA" Emm,mungkin ahli PMRAM boleh memakai 'button' ini bagi menunjukkan rasa "TIDAK PADA ISMA".Pada blogger2, boleh copy icon ini dan di'paste' dalam blog anda..juga pada semua ahli yang sayangkan kesatuan PMRAM dan kesatuan Islam."SATU FIKRAH SATU AMAL"


Assalamualaikum wbt..

Pada tahun ini PMRAM mahupun DPM dan BKAN diuji Allah SWT dengan 'keganasan' ISMA untuk melebarkan sayap tempang mereka di bumi Mesir ini.Begitu banyak usaha mereka untuk 'mengismakan' pelajar-pelajar Nusantara di bumi Mesir ini.

Seperti yang sedia maklum Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang ditubuhkan pada tahun 1930 adalah persatuan pelajar Melayu tertua di Mesir.Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (ISMA) baru sahaja beroperasi. Mengapa satu lagi persatuan anak Melayu ini perlu beroperasi?

Sudah terang lagi bersuluh PMRAM merupakan persatuan yang menyatukan suara anak-anak Melayu di bumi Mesir.Apakah kelahiran dan kewujudan ISMA hanya mahu memporak perandakan mahasiswa di Mesir?

Memetik kalam Us Syafiq Zulakifli dari blog beliau :
Ini adalah hiraki mahasiswa. PMRAM sebagai persatuan induk. Badan Kebajikan Anak Negeri dan Dewan Perwakilan Mahasiswa pula sebagai persatuan di peringkat negeri dan cawangan. Bayangkan sistem kerajaan Malaysia. Kita ada Perdana Menteri mentadbir Malaysia dan Menteri Besar mentadbir negeri. Ada beberapa perkara yang difikirkan perlu diubah pemikiran mahasiswa kita. Jika ISMA mengatakan 'kami juga mahu menyampaikan dakwah', mengapa tidak bersama-sama kukuhkan dan satukan medan dakwah bersama PMRAM? Mengapa perlu diasing-asingkan? Jika ISMA mengatakan PMRAM lemah dari sudut tarbiah, mengapa kalian tidak duduk membantu PMRAM, untuk menjalankan tarbiah? Pada hemat saya, jikalau kita punya satu semangat persaudaraan, persefahaman, dan tidak inginkan perpecahan; ayuh duduk di dalam satu bumbung. Bekerja bersama-sama dalam satu gerakan. Bukan mewujudkan gerakan mahasiswa baru. Ia adalah semata-mata mencari ruang untuk memimpin. Jika kalian mahu memimpin, mengapa tidak bersama-sama bertanding di dalam pentadbiran PMRAM? Gunakan satu pendekatan baharu. Atau, ISMA hanyalah semata-mata akan menjadi persatuan suruhan JPMK setelah wakil kerajaan di Mesir itu tidak dapat 'mencipta' satu persatuan yang mampu berdiri bersama mereka.Saudara, kita bukan kanak-kanak. Kita mahasiswa yang perlukan pemikiran terbuka. PMRAM pula harus membuka jalan agar semua mahasiswa berhimpun di dalam satu bumbung.

Ana bersetuju 100% dengan kalam beliau.Ini realiti yang berlaku pada ana semalam ketika cubaan ISMA untuk mengambil seorang adik baru yang ditauzi'kan oleh PMRAM seterusnya diuruskan oleh DPM Mansurah.

Perasaan geram dengan tindakan mereka tidak dapat dikawal..Ya, walaupun dakwaan mereka adik tersebut yang ingin bersama ISMA tetapi tanggungjawab menjaga /menguruskan pelajar tetap di bawah urusan DPMM.Bayangkan penat mengurus adik2 baru tak hilang lagi,tiba2 keesokannya diambil oleh ISMA.Ana kira Unit Amal Kamsis(UAK) turut merasa perit dengan apa yang berlaku.(boleh baca entri: 5 jam berkawal di bait anis di blog Us Hakimi-UAK) http://menjejakharapan.blogspot.com/

Bagi ana kita boleh berjidal dengan mereka secara berhikmah, tetapi apabila melibatkan perkara yang memecah belahkan kesatuan ahli, kita perlu bertegas.Kita perlu menghalang usaha pihak2 yang tertentu yang cuba menggugat kesatuan serta keharmonian ahli.

Firman Allah swt : hendaklah kamu menegakkan agama dan janganlah kamu berpecah-belah di dalamnya” (Surah as-Syura, ayat 13).

Jadi, ana seru pada sahabat/iah agar bersama2 dengan PMRAM dan mengukuhkan kesatuan ini.Andai terdapat kecacatan,sama2 lah memperbaikinya.Tidak perlu mewujudkan persatuan yang baru.Usaha ini hanya akan mengganggu serta melambatkan kemenangan Islam.Andai perkara ini tidak diambil berat maka ianya hanya membuka ruang pada musuh-musuh Islam untuk merosakkan Agama Allah swt..

p/s : Tahniah pada Us Hakimi pada fikrah yang diterjemahkan oleh beliau dalam blog.Teruskan menulis demi kelangsungan dakwah Islam.

6 comments:

Pena Daie said...

salam..
cantik design ni...
semoga Mesir bebas dari ISMA..
Kita PMRAM

zaini_jb said...

Salam 'alaik,

Ya ukhti,

Dakwah umat manusia kpd Islam bukan jemaah.Jemaah hanya sebagai wasilah.Murobbi ana (skrg berusia 58tahun)sendiri merupakan bekas PMRAM dan bekas JIM tetapi bila berda'wah beliau mendahului Islam dari jemaah.dan ana sendiri pernah menjemput ust Fawaz dan ust Amar Dato' Fadzil utk menyampaikan kuliah usul isyrin,tafsir dan lain-lain utk disampaikan kepada ahli2 dari jemaah kami dan mereka menerima.Mengapa mereka yg lebih lama dalam dunia da'wah boleh berlapang dada tapi kita yg masih baru ini hendak berkeras dengan sesuatu yg boleh dilembutkan sebenarnya :D

Mohd Azlan said...

salam..salam singgah dari haikal..
tak dapat kita nak nafi dalam hubungan sekarang badan2 dan pertubuhan jamaah semakin bercambah, di mlysia, adanya PAS,JIM,ABIM, TABLIGH yg merupakan teraju utama dalam pertubuhan jamaah. adapun dalam memenuhi kesyumulan jamaah itulah yg menjadi topik perbincangan kalangan penyokong gerakan islam.
mengapa penting berintima pada satu jamaah? saya beterus terang bahawa PAS sahajalah yg sewajibnya mnjadi teraju jamaah2 islam di mlysi, bg jmaah lain tidak mengapa samada kalian ingin bergerak mengikut method msg2, ada yg memilih wadah NGO, namun disana sebenarnya kita masih lg dibawah lembayung yg sama yakni ign menegakkan Islam. PAS tidak mampu dlm beberapa perkara namun disana tabligh membaiki, jim membantu, abim bekerjasama.
namun saya hnya berasa hairan apbila mereka yg berjemaah td memberi undi kpd kumpulan thaghut yg melawan Islam,menolak hukum Allah dan mengatakan hudud hanya sesuai di zoo, muzium.. inilah satu masalah. kononnya ini sebagai tanda mereka ingin membersihkan parti thaghut dengan proses islamisasi perlahan2, spt formula Anwar ibrahim menyuci sampah dalam tong sampah suatu ketika dulu.
sebab itu jamaah yg ada, teruskanlah, asalkan kita bergabung dlm menegakkan Islam.
soal taadud jamaah inilah yg harus diperhalusi oleh jamaah2 yang merasakan diri mereka banar2 dilandasan yg tepat, mereka tidak salah cuma tidak memilih yg tepat.
soal isma,apakah ini nama ringkas bg ikatan siswazahh mlysia? saya xpati kalu betul yg kat mlysia ada, banyaknya JIM yg tubuhkan anak2nya ini spt KRIM,KRJ,KARISMA,dan banyak lg, mgkn kata mereka ini sayap2 mereka, namun hr ni "sayap2" ini bertukar halatuju dan ingin bergerak mngikut haluan masing2 yg mau jd jamaah baru pula. sbb itu JIM ada JIM pas dan JIM UMNO,jim bebas dll.
apapun boikot isma ni seharusnya dilaksana dgn btul dan perlu diberi penerangan yg jelas kpd ahli2 dan bakal mad'u. menolak isma harus jelas panduan dan matlamatnya.
spt solat berimam, wajib kita ikut jamaah yg pertama td, bukan jamaah yg baru...

GreenMan said...

maaf ukht.. saya kurang bersetuju.. bukan utk mempecahbelahkan.. ISMA ini merupakan satu cabang.. jika ia seseorang mahu menyertai.. silakan.. jika tidak.. ya, sila tinggalkan.. mungkin ukht mendahului emosi, atau ukht.mengecam persatuan ini. kadang-kadang ekstremis oleh ahli-ahli persatuan perlihatkan keburukan persatuan itu sendiri walhal, wacana pimpinan mereka adalah jelas. tiada yang buruk, mempelbagaikan persatuan, cumanya, haruslah diseragamkan melalui pimpinan. Pada saya, persatuan mereka jelas, mungkin masalah, pada ahlinya. sila baca, http://arrumy.wordpress.com/ utk lebih lanjut kemana perjuangan mereka. i'allah.

±interest said...

kepada pemilik blog, terus terang saya bukan ISMA.. tapi blog ukhti ni nampak ke takmatangan yang menyerlah.. sorry to say..:) atau ini adlah lahir dari tarbiyyah PMRAM? :S

kepada muhammad haikal, mana bukti org JIM atau geng NGo lain sokong UMNO? undi anda adalah rahsia..:D

ikhwan tak kecoh pn orang ikut jemaah tabligh kat mesir..

fatah dari ikhwan jugak..ble hamas muncul, fatah melatah dan bermusuh.. tak nampakkah persamaan yang berlaku antara pmram n isma mesir n konsis kt cni..;) berlapang dadalah kamu..:D

±interest said...

tambahan lagi.. pernahkah nabi letakkan aus dan hazraj sebagai satu kaum? muhajirin dan ansar jadi satu kaum? mereka tetap di kelaskan berasingan.. tetapi apa yang nabi pupuk antara mereka? kesatuan dalam beramal..nampak sgt kat sini geng antum tak nak bersatu..ana konsis baik je ngan isma mesir ke malaysia ke..:D

Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog