Semanis Ukhuwwah

Wednesday, June 9, 2010

Pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu

Papan tanda Pondok Pak Teh

 
Pondok Penginapan Pelajar Perempuan


 Pengajian di pondok yg dikhususkan untuk akhawat.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..imtihan tahriri dah abis. Masih menunggu imtihan syafawi Quran pada 27 Jun ini. Mohon doa dari semua agar najah dalam imtihan tahun ini. 

Entri kali ini ana paparkan beberapa gambar sekitar PONDOK PAK TEH yang agak terkenal di Pengkalan Hulu Perak. Kedudukan pondok ini amat hampir dengan rumah ana. Hanya 5minit perjalanan (motor) nak ke pondok ini. Lebih kurang 2minggu sebelum datang ke Mesir, ana sempat belajar dan tinggal di pondok ni untuk belajar nahu dan kitab2 turats yang lain. Rugi pula rasanya jarang untuk belajar di pondok ni dulu..mungkin sebab tinggal di asrama/ bersekolah di luar & jarang balik rumah( hehehhe..alasan). Bila berada di mesir ini baru terasa amat rugi tak belajar &ikut pengajian di pondok. Ye la..nahu pun tak mantap lagi. InsyaAllah...balik Malaysia tahun ini, ana tak akan lepaskan peluang untuk menimba ilmu di sana.=)

Mudir Madrasah
Tuan Guru Hj Abdul Lattif Abdul Rahman(Pak Teh)

SEJARAH AWAL PERTUBUHAN PNDOK PAKTEH
 
MADRASAH AD-DINIAH AL-LATIFFIAH atau dikenali dengan nama pondok pakteh merupakan salah satu pusat pendidikan agama berasaskan pondok tinggal dinegeri perak darul ridzuan. Pondok pakteh diambil nama semperna dengan nama tuan guru abdul latif. Pondok pakteh ditubuhkan 1967 iaitu oleh tuan guru sendiri. Tuan guru merupakan anak yatim kampung, berhampiran kg.kuak hulu. Toriq atau sistem pengajian masih dikekalkan cara menadah kitab umum (pelajar duduk behadapan dengan tuan guru) kitab-kitab yang digunakan adalah kitab-kitab turas atau dipanggil kitab kuning yang mashyur hasil karangan ulama' – ulama'
terkemuka.
Pengajian disini meliputi ilmu tauhid, tassawuf, feqah, hadis ,tafsir dan segala ilmu cabang agama. Diawal tubuhan pondok tuan gurumenerima 17 orang pelajar sahaja. Tempat awal pengajian diadakandisebuah balai kecil yabg dibina diperkarangan rumah tuan guru. Kadang kala pengajian di adakan mengikut kesesuaian cuaca. Pondok tempat penginapan pelajar pula dibina sendiri disuatu tempat yang lapang. Para pelajar akan masuk sendiri dan belajar "ihtiar" hidup

Tambahan :
Teringat kenangan belajar di sini dulu...Oleh kerana xde pondok yang kosong, jadi ana ditempatkan bersama seorang adik(umur 14 tahun) dari Gerik. Alhamdulillah... Realiti hidup di pondok ini mengajar penuntut ilmu erti 'berdikari' dan jauh dari kemudahan dan keselesaan. Belajar dalam keadaan begini sebenarnya lebih mudah ilmu nak masuk. 
Dengan keadaan pondok yang tidak dibekalkan elektrik, kami hanya menggunakan cahaya pelita dan lilin untuk belajar, mengulangkaji & menghafal matan2 .. kalau nak masak, hanya menggunakan dapur minyak tanah..Memang habis baju bau minyak gas..Ditakdirkan pondok kami ni memang banyak tikus. Memang x lena tidur dibuatnya. Makanan seperti gula, biskut,dan sebagainya memang kena letak dalam tin. Kalau lauk pauk hilang ke...dah tau dah angkara siapa..(Cik Tie) =)..

Walaupun hidup dalam keadaan begini..semangat nak menuntut ilmu xpernah luntur..Malah makin bertambah. Kami  perlu hafal matan jurmiah, matan bina, dan matan2 yang lain..kena bangun awal ke surau dan diwajibkan solat berjamaah.Kalau tak..masa nak tasmi nnti, terkebil2 bila kena marah ngn ustaz..

Suasana paling  'syahdu' ketika mana sebelum subuh. Zikir akan kedengaran dari surau. Sayup je dengar...dan boleh menitiskan air mata.. Ramai2 akan ke surau untuk solat tahajjud seterusnya solat subuh dan bacaan kitab turats dari ustaz. Bestnya saat tu...rindu nak menadah kitab dan menuntut ilmu dari mualim2 yang begitu tulus dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu..
Moga diberikan lagi ruang dan masa untuk itu..

Pada sahabiah2 yang nak ke Pondok PakTeh..bolehla singgah di rumah ana. Rumah terakhir di Malaysia cz bersempadan dengan Betong, Thailand.=) Ini alamatnya :
122 Kampung Tanjung Luas, Air Panas, 33100 Pengkalan Hulu. Perak D/R

Fadhilah Esa
Kuliyyah Syariah Islamiyyah
Universiti Al-Azhar Mansurah

21 comments:

Aku InsaN said...

kenangan di pondok pakteh..
mmg xdpt dilupakan.
bln 12 ni sya harap dapat msk kew
pondok pakteh..lagi sekali..
untuk berlajar ilmu allah swt ni
mmg kne byk cbrnyer..

Anonymous said...

assalamualaikum.. bulan 12 ade pngajian ke? bayaran mcmn? sy cadang nk ajak adik2 pegi bljr kt sna ms cuti sem..

Anonymous said...

assalamualaikum...kalau sya nak masuk ke pondok pak teh ni mcm mana?

Anonymous said...

Assalammualaikum..sy nk tw pendaftaran pondok pak teh tahun nie bila..?harap d balas..

Unknown said...

Assalamualaikum adik sy lelaki umut 13 tahun ni..tahun depan 14..boleh kah dia masuk po dok ni..dan apa syarat nya..trma ksih..

Anonymous said...

As salam saudara untuk anak perempuan saya berumur 16 tahun boleh mengaji di sana?
Ada no talifon?

tok bandar pulai said...

Artikel dah cantik, tapi sayang maklumat kemasukan tiada, no fon pun tiada, pertanyaan pun tak jawab

tok bandar pulai said...

Artikel dah cantik, tapi sayang maklumat kemasukan tiada, no fon pun tiada, pertanyaan pun tak jawab

fazilah said...

sy seorg perempuan berminat mendalami ilmu akhirat...bagaimana sy nk menghubungi pondok pakteh ni saya memang cr di pendalaman pondok yang jauh dr..bandar

fazilah said...

harap dpt menghubungi sy di no ini 0182957304..fazilah

fazilah said...

maaf no tel sy fazilah 0182957306 yg ni betol..terima kasih harap dpt menghubungi sy

Unknown said...

Saya nk masuk ke pondok pakteh bg tujuan pengajian blh sy dptkn no tel untuk sy hbngi

Unknown said...

Saya Azahar no tel 0173416976 ,bagaimana caranya untuk mendiami pondok.blh bg no tel UTK dhbngi

Muhamad Mat saad said...

Sy p lari sblum ni..mak ayh anta..egt nk p dgn rela hty nt..blh ke.??

Unknown said...

blh saya dapatkan no. contact pondok pakteh ni?

Anonymous said...

Boleh saya dapatkan nombor telefon pondok Pakteh?

ISHAK said...

UNTUK PENDAFTARAN PONDOK PAKTEH BOLEH HUBUNGI 0134296415 (UST ADNIN) ATAU 0165065359 (PAK SHEKH)

meoww said...

diamlah

Anonymous said...

Assalamualaikum
Boleh saya dapatkan no akaun pondok pak teh? Ada sahabat nak sedekah.

Anonymous said...

0196489125
No tel saya, Azim

Anonymous said...

siapa nama Mudir pondak tu...dan telnya

Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog