Semanis Ukhuwwah

Monday, June 28, 2010

Syukur buat Pemberi Rezeki

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7rTXKYnwvW5ORHyz5XuvPGbe2SutfAGyCp0wqw9ugH-AG0kDxDYJYA3h6CBiitjIFy5fkH1Z-4zn34GugP6n8SRdiT8ebfTWLs4ujR-ULQj4_2fDF5tEHEsV77jiqrz9N32ybUv22vNc/s1600/duit_malaysia.jpg 

Assalamualaikum wbt...

Sekitar jam 2 petang tadi satu sms yang ana terima dari kakak di Malaysia " Slm.Cah dah masukkan RM *** dalam akaun"... Lantas, syukur dan lafaz tahmid dipanjatkan buat Pemberi Rezeki..ALLAH SWT. Sedikit sebak dengan sumbangan yang amat2 bernilai tika ini. Zakat MAIP masih belum diterima. Jadi, bantuan dari keluarga dan adik beradik amat cukup bermakna.Tak ada pula ana meminta supaya dimasukkan duit. Segan, malu dan rasa bersalah sangat untuk meminta-minta.

Syukur dikurniakan seorang kakak yang memahami. Masakan tidak, dia juga pernah menuntut di Al-Azhar, Kaherah dan merasa jerit perih belajar di perantauan serta bijak dalam mengurus kewangan sebagai seorang pelajar dan pimpinan persatuan. Alhamdulillah..tarbiyah yang diterima mengajar dan membentuk akhlak untuk sentiasa memberi.

Syukur buat Pemberi Rezeki. Memang benar, orang yang menuntut ilmu sudah dijanjikan rezeki oleh Allah. Jadi, belajarlah dengan bersungguh!

Tambahan
Sekalung doa buat kak Hafsah agar dilimpahi keberkatan dan Rahmat Allah SWT dalam hidup. Selamat menempuh alam kampus semula. Kak hafsah akan mengambil diploma pendidikan di UPSI awal Julai ini. Kursus yang akan diambil melayakkan dia untuk menjadi Guru tetap di SARJANA. Em, boleh juga tengok2 an adik ana Khairiah yang kini merupakan pelajar tahun 3 Ijazah Pendidikan ***(x ingat). Dah 6 orang adik beradik ana yang berkerja sebagai guru...Kerja yang mulia..

No comments:

Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog