Semanis Ukhuwwah

Wednesday, November 11, 2009

::. Mengimbau Kenangan .::


Teringat kenangan bersama Us Taib Azzamuddin b.Mohd Taib dan isteri(pak long& mak long) yang datang ke Mesir pada 30 September-19 oktober 2009 yang lalu.Tujuan asal kedatangan mereka ke bumi kinanah ini adalah untuk menghantar anak mereka yang keempat iaitu Afham Wajdi ke Syoubra dan menjemput pulang anak kembar Azam Azizi dan Azam Hakimi yang baru menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar cawangan Damanhur dalam jurusan Syariah Islamiah


Ceramah motivasi di DPM Mansurah

Paklong juga turut diundang oleh Gerakan Suara Rakyat(SUARA) untuk memberi ceramah di dataran Hayyu Asyir.Oleh kerana permintaan mereka untuk ziarah ke bumi mansurah, DPM Mansurah juga turut mengundang Pak Long untuk menjadi penceramah dalam program motivasi "Ulama warathatul Anbiya''..Tanggungjawab Azhari/iah selaku ahli ilmu, kepentingan berpersatuan dan peranan PMRAM turut dikupas oleh beliau. Alhamdulillah,banyak juga input yang boleh diambil oleh ahli DPMM.

Terima kasih pada ahli bait Nujhi 2 yang menyediakan penginapan sepanjang 4 hari mereka di Mansurah.Sebenarnya dengan kedatangan mereka terubat juga rindu pada keluarga di akampung.Mak ana turut mengirim beberapa jenis kuih raya untuk ana di sini..hhuu...terima kasih mak!..Sedih campur terharu juga bilamana kek yang mak kirim langsung tak dapat dimakan cz berkulat.mungkin lamanya perjalanan untuk kek tu sampai di mesir ni@ mak tak perasan kek tu dah expired.Tapi,mak long tak sampai hati nak buang..mak long nak tunjuk juga pada ana kek tu, lepas ana tengok kek tu baru kek itu ditempatkan ke tong sampah.Tak de rezeki namanya..Redho je la kan.=(

Air jampi untuk mangsa kemalangan

Ana juga turut bersama pak long sekeluarga ketika melawat pelajar Zaqaziq yang exident dalam perjalanan untuk mengikuti ceramah pak long di Hayyu Asyir.Us Amirul(pengerusi DPMM) menjadi musyrif ke sana.Pak long gelarkan us Amirul "kapten'.=).Kesian pada diorang.Ujian Allah..ada hikmahnya tu.Moga mereka sentiasa berada dalam nusroh Allah SWT.

Mereka juga dibawa ziarah makam Auliya' serta jaulah ke Du
myat.Terima kasih pada musyrif Us Amir Bukhari dan Us Ahmad Yahya.Berikut diantara gambar kenangan yang sempat dirakam ;


Bergambar di pintu masuk Makam Syeikh Syarawi, Mansurah
Dari kiri : Azam Hakimi, Us Amir, Afham Wajdi, Azam Azizi, Pak Long,Mak Long, ana, Huda dan Salwa.

Gaya seorang Naib Ketua Muslimat PAS Kedah(Hjh Norlia)

Di ladang buah pisang kaki (kakka)

Pak long & kimi..tengah pilih buah yang elok.
Di Ra'su bar..Subhanallah..cantik sungguh pemandangan pada waktu ni.
Pesan mak long, "Belajar rajin2, dan tuntut ilmu sebanyak mungkin kerana kita diperlukan dalam masyarakat".Mak long juga ada berpesan pada ana untuk terlibat dengan Nisa' apabila pulang ke Malaysia kelak.InsyaAllah ana akan sumbangkan apa yang termampu untuk persatuan seterusnya perjuangan Islam itu sendiri samada di Mesir mahupun di Malaysia kelak.Doakan ana istiqamah....

Tibalah detik 19 Oktober 2009:
Pak long, Mak long bersama anak kembar mereka pergi meninggalkan bumi Mesir.Sedih juga sebenarnya...Azizi dan Hakimi merupakan saudara dan juga selaku sahabat seperjuangan ketika di KUSZA dahulu.Apapun,kena terima hakikat ni.Pak long terpaksa pulang awal kerana perlu menghadiri sidang parlimen.Inilah rutin seorang pejuang..Banyak yang perlu dikorbankan demi gerak kerja Islam.Moga Rahmat Allah sentiasa bersama jiwa-jiwa yang sayangkan perjuangan Islam..


No comments:

Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog