Semanis Ukhuwwah

Monday, March 22, 2010

Tarikan SuQ Dirasat Mansurah

Sayur khussah..Dikatakan sayur yang dimakan oleh Nabi Yunus ketika keluar dari perut
ikan Nun.Enak dibuat ulam.:)
Assalamualaikum wbt...

Posting kali ini ana paparkan beberapa gambar di Suq(pasar) kawasan Dirasat,Mansurah.Ana kira ini pasar yang paling panjang dan besar di Mansurah.Memang best membeli belah di pasar ni.Selain dari harganya yang jauh lebih murah dari Suq Kaherah atau kawasan bandar2 lain,sayur mayur yang dijual juga amat segar dan sizenya yang besar berbanding di Malaysia.Berkat bumi anbiya'.Kawasan tanaman yang baik dan berhampiran sungai Nil antara faktor utama suburnya tanaman.Paling utama, inilah bukti kebesaran Allah swt..:)

Sungai Nil...sungai yang terpanjang di dunia
Photobucket

 Antara pemandangan sawah dan ladang sayur orang Mesir.Tenang je..macam kat Malaysia..Tapi ada pokok kurma yang membezakan 2buah negara.
 
Terfikir juga,kenapalah sayur dari mesir tak dieksport ke negara-negara lain? Bukan sayur sahaja, barangan2/produk2 keluaran tanah arab ni amat sukar nak diperoleh di negara2 lain contohnya di Malaysia.Amat jarang atau terlalu sukar nak dapatkan barangan seperti makanan,alatan2 lain di tempat kita.Akan tetapi,kedai2 yang menjual brangan keluaran yahudi/israel ini terlalu mudah untuk dilihat.Kebanyakan gerai2 kecil sehinggalah pasar raya terpampang kalimah "coca cola, pepsi,cadbury dsb...

Inilah sebenarnya rancangan pihak Kuffar.Ekonomi dunia dikuasai oleh Yahudi.Kekayaan negara2 Islam banyak dikaut oleh mereka.Penjajahan demi penjajahan dilakukan ke atas negara2 Islam demi menyebarkan fahaman2 sekular.Ini anatara sebab ekonomi Mesir hanya berlegar di bumi sendiri.Kalaulah hasil2 bumi Mesir dan tanah arab lain dieksport ke luar, maka sudah tentu Ekonomi Islam akan mengatasi ekonomi Barat.Islam akan berjaya menguasai media2,perdagangan,perkilangan,pendidikan seterusnya Daulah Islamiah dapat diwujudkan..Alangkah indahnya bila tiba saat itu...:) (banyak lagi faktor dan usaha2 yang perlu dilakukan oleh umat Islam untuk mendapatkan semula khilafah yang diragut oleh kuffar).

Berbalik pada tajuk...

Bila tengok sayur yang besar ni hati ni betul2 teringatkan mak ana di kampung.Mak suka sangat tanam menanam ni..tak kiralah pokok bunga ke,sayur ke,pokok buah ke dsb...Pesan mak "fadhilah,tak payahlah beli jubah ,baju ,membazir  semua tu.Kat sini(malaysia) pun banyak.Kalau boleh bawa balik benih sayur dan buah .Mana tau,kot2 boleh tanam kat sini".Itulah pesan mak pada ana.
Gargil yang mempunyai banyak khasiat.

Pernah juga ana kirim pada kakak benih sayur gargil pada mak.Seronok betul mak.Benih sayur tu mak tanam belakang rumah.Alhamdulillah..dengan kuasaNya sayur tu tumbuh.Tapi,takla besar macam di mesir ni cz iklim yang berbeza.Dapat juga keluarga merasa sayur dari mesir walaupun berada di Malaysia.Gargil ni seakan-akan daun pegaga..senang je nak tanam dan benihnya seperti biji sawi.Kalau tak silap ana, hanya tabur je atas batas.Betul tak? perlu juga disiram dan dibaja untuk dapatkan hasil yang terbaik..Kalau di Mesir ni,gargil diproses menjadi minyak rambut.(Banyak dijual di Suq Libya).Sesuai dipakai bagi sesiapa yang mengalami masalah keguguran rambut dan inginkan rambut yang sihat.....Ok,boleh cuba nanti.

Ammu ni agak sporting juga.Selepas tawar menawar dapat juga beli ikan dengan harga yang murah:)
 Buah Khu'(peach) yang banyak dijual di musim panas(saifi) 
 Ammu ni nak mintak beli ayam dia.Ayam ni akan disembelih,dicabut bulu, dipotong seerusnya dibersihkan depan mata kita..memang segar.
                                                                      
Antara gerai yang menjadi tumpuan ana di Suq.:)

Tambahan : Mohon maaf, laptop ni bermasalah skit.Banyak lagi gambar yang nak diupload sebenarnya.Insyaallah ana akan paparkan pada entri akan datang..;)nantikan..


Fadhilah Esa
9.50pm

Sunday, March 21, 2010

Perkahwinan Us Yasidah dan Us Zahid di akhbar Metro.

LAMBOR: Pasangan pengantin baru Mohd Zahid Abu Bakar, 29 yang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan pasangannya Yasidah Abu Bakar, 27, di sini, mencatat sejarah unik apabila melangsungkan perkahwinan sidang video dengan mewakilkan abang pengantin lelaki, Mohd Nikman, 33, untuk akad nikah. 

CANGGIH...Yasidah berhubung dengan suaminya, Mohd Zahid melalui sidang video.
CANGGIH...Yasidah berhubung dengan suaminya, Mohd Zahid melalui sidang video.
“Keputusan melakukan pernikahan secara sidang video diambil kerana suami (Mohd Zahid) tidak dapat pulang ke tanah air. Malah dia bertekad tidak akan pulang selagi tidak menggenggam ijazah dalam bidang Usuluddin.

“Selepas berbincang dengan kedua-dua belah keluarga, kami akhirnya bersetuju mewakilkan abang Mohd Zahid untuk majlis akad nikah. Walaupun nampak kompleks, saya bersyukur semuanya berjalan lancar mengikut hukum syarak walaupun tanpa kehadiran suami.

“Saya bersyukur hubungan kami berakhir dengan perkahwinan dan saya bercadang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam jurusan Syariah di Universiti Al-Azhar, sekali gus membolehkan kami tinggal bersama di sana,” kata Yasidah yang berasal dari Parit 13, Titi Gantung, Bota.

Menceritakan detik pertemuan dengan suaminya di Mesir, beliau berkata, perkenalan singkat dalam persatuan amar maaruf membawa kepada ikatan pertunangan pada 25 Disember 2009.
“Kami merancang berkahwin dalam tempoh tiga bulan selepas bertunang dan majlis akad nikah hari ini (kelmarin) melengkapkan perjanjian itu.

“Bagi kami perkahwinan ini adalah ikatan percintaan, sekali gus menjaga adab dan nilai kesucian agama kerana kebebasan tanpa had dan sempadan tanpa ikatan bakal mengundang keruntuhan moral dan mencemarkan kesucian agama,” katanya.

Sementara itu, Naib Kadi kawasan Bota/Lambor, Omar Tahir, berkata upacara akad nikah terbabit sah mengikut syarak walaupun pengantin lelaki diwakili oleh abangnya.

“Saksi dan orang ramai yang mengikuti sidang video secara langsung ini juga tidak mempunyai masalah mengenai status pengantin lelaki kerana mereka dapat melihatnya secara jelas dalam komputer,” katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pengantinciptasejarah/myMA/myArticle

Tambahan:

Mabruk Kak Dah.Terkejut juga bila pagi tadi dikhabarkan mengenai berita ini.Ye la,ana kenal benar dengan pengantin perempuan.Seorang kakak dan sahabat seperjuangan.Sama2 belajar ketika di UDM kampus KUSZA.Belajar sama2 di Pondok Sungai Bakap,bekerja di DESANIKA Bangi,satu kumpulan BTN(Biro Tata Negara),dan kami berdua juga merupakan pelajar kusza yang terlepas dari senarai untuk penerbangan ke Mesir disebabkan masalah borang zakat.Namun alhamdulillah,dapat juga datang walaupun lewat seminggu dari tarikh yang dijangkakan.Kagum benar dengan semangat dan kesungguhan kak dah belajar.Orang yang sangat mantap dalam akademik.Kerap menerima anugerah Dekan di KUSZA dahulu.Pakar Nahu dan merupakan antara 'tok guru' tahun 4syariah,Mansurah.Beliau juga antara guru UKBA(Unit Kelas Bimbingan Akademik) DPM Mansurah.Beliaulah yang selalu kami jadikan rujukan untuk memahami kitab2 kuliah.

Alhamdulillah...doa dan impian kak dah untuk berumahtangga dimakbulkan Allah swt.Mungkin berkat 'doa' di bumi Anbiya'.Bumi yang kaya dengan sejarah Islam dan dipenuhi dengan ulama' dan masyaikh Azhar.InsyaAllah..kepada sahabat/iah yang nak sesuatu hajat yang baik, banyakkan doa ye.Moga Allah perkenankan doa kita..:)

Ana doakan supaya hidup mereka sentiasa berada dalam rahmat Allah swt.Moga alam perkahwinan ini dijadikan medan untuk sama2 berjuang demi agama Islam dengan lebih bersemangat.InsyaAllah...

-Fadhilah Esa-
9.48 am- Bait JM, Mansurah

Rindu Mak :(

Bismillah wal hamdulillah...
Entah kenapa pada saat ini terlalu rindukan keluarga di kampung.Terutamanya mak tersayang.Bukannya tak ingat pada ayah..rindu juga tetapi insan yang bergelar ibu ini terlalu istimewa..
Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis berikut :
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
Hadis Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5971 (Kitab al-Adab, Bab siapakah manusia yang paling berhak untuk dilayan dengan baik).

Firman Allah swt :
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
 
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]

Buat sahabat/iah yang masih punya ibu, laksanakan amanah dan tanggungjawab anda dengan sebaiknya.Jaga hati kedua orang tua kita dan berbaktilah kepada mereka.Banyakkan doa buat mereka di dunia dan akhirat.Doa anak yang soleh merupakan buah tangan yang berharga dan ibadah yang takkan terputus buat mereka ketika ajal bertandang..

Bagi yang masih menuntut ilmu terutamanya yang jauh di perantauan, tuntutlah ilmu dengan sebaiknya.Jangan sia-siakan pengorbanan mereka yang bersusah payah mencari wang supaya kita bisa belajar..

Tambahan :Sekadar renungan.
Artikel ni(ana xpasti kategori artikel ini.Em,sajak @puisi @....) ana dapat dari I luv Islam.Mungkin dapat jadikan iktibar dan renungan buat kita semua dalam mengharga jasa seorang insan yang bergelar IBU.
Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Video Lagu Anak Soleh
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil
Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com. Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu. Bacalah surat ini bersama lagu kitaro.
~ImKoyube; Rindu Mak di Malaysia~


Mak,ayah,abg2 dan kakak2 ketika majlis perkahwinan kakak ke6(Hafizah) 2thn yg lalu.Sekarang kakak dan abg ipar sedang menanti kelahiran cahaya mata yang ke2.

-Warkah Bisu Syabrah Ubaidah
12.35 pm :: DPM Mansurah

Friday, March 19, 2010

:: RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU..::

Assalamualaikum wbt..

Begitu khusyu' dan bersungguh anak2 kecil ini berdoa...Bagaimana dengan kita? 
gambar hiasan


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

 Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.


Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

Sunday, March 14, 2010

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Assalamu Ala man Ittaba'a' al-Huda.

Tahniah jika anda membaca dan memahami rencana ini.


Jika Dajjal itu Amerika, maka Apakah kenderaannya?


Adakah ia Kapal Terbang? Atau Sejenis Binatang?


Di dalam hadis yang di riwayatkan oleh Imam hakim di dalam mustadraknya menyebutkan .

" Kenderaan dajjal ialah seekor binatang antara jarak kedua telinganya adalah 40 hasta "

Adakah ia Kapal Terbang atau sesuatu yang lain.



Kalau kapal terbang kenapa dalam hadis itu ia tidak dikatakan sayap, tetapi kenapa dikatakan ia mempunyai telinga. Adakah Nabi Muhammad bermaksud bahawa telinga itu suatu perkara yang lain lagi?

Kalau nabi Muhammad saw bermaksud bahawa telinga itu sayap, maka tidakkah Nabi Muhammad saw tahu perbezaan antara sayap dan telinga?

Malaikat yang terbang dan dinyatakan di dalam al-Qur'an Surah Fatir ayat 1 menggunakan sayap.

Burung-burung yang berterbangan menggunakan sayap disebutkan dalam surah al-An'am ayat 38.

Serengga juga terbang dengan menggunakan sayap. Tidak pernah ada binatang atau malaikat yang terbang menggunakan telinga.

Oleh itu, bagaimanakah kenderaan Dajjal itu boleh terbang dengan telinganya pula. Atau mungkin telinga itu bermaksud telinga yang lain.

Atau adakah kita terpengaruh dengan cerita kartun si Dumbo ini?

Dumbo Big Top Dumbo The Flying Elephant Disney Fine Art Giclee by 
Tricia Buchanan-Benson


Saya berpendapat Telinga yang di maksudkan di dalam Hadis itu ialah telinga yang lain yang menunjukkan juga kebenaran Nabi Muhammad saw dan bertapa benarnya Baginda itu dan bertapa ajaibnya taqdir Allah swt ke atas alam ini.

Telinga itu adalah telinga Satellite :

satellite

Panjangnya lebih kurang 30 hingga 40 hasta.

Ia sememangnya dibuat bagai sebuah telinga untuk mendengar dan mengesan pancaran signal yang diarahkan kepadanya.

Kenderaan ini adalah simbolik yang lebih tinggi daripada mana-manapun kenderaan yang wujud dimuka bumi ini, kerana ia cukup berupaya untuk membawa apa-apapun gambaran atau suara.

Kenderaan ini amat canggih sehingga boleh menghantar berita atau pengaruh dajjal seseluruh dunia dalam satu saat sahaja.


Nabi s.a.w. bersabda: “Bumi akan digulung untuknya”.


Satellite TV
Satellite service providers gather video signals from programming sources and then beam the signals to an orbiting satellite. The satellite broadcasts the signals back down to Earth. Your satellite dish acts as an antenna, capturing the signal and sending it to your set-top box.

Kenderaan Dajjal ini amat canggih dan boleh mempengaruhi manusia 24 sehari tanpa henti. Selepas menaiki kenderaan ini, pengaruh yang dibawa akan dipancar ke TV, atau Telipon atau Computer di rumah-rumah.

Manusia sekarang sudah bertuhankan Dajjal dengan adanya kenderaannya ini.

Tanpa Dajjal, sebahagian manusia tidak akan sanggup lagi hidup. Kalau tidak percaya tanyalah orang-orang yang sudah dikuasai Dajjal, adakah mereka sanggup hidup tanpa TV, Teliphone dan Computer?

Sila Klik perbincangan dan persoalan mengenai Dajjal.

Segala yang baik adalah dari Allah swt jua dan yang kurang dan silap adalah dari penulis sendiri.

Wasalam, semoga bermanfaat.

Sumber : http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

Wednesday, March 3, 2010

Kesan Kejatuhan Turki Uthmaniah :Bagunlah wahai syabab!

*Dipetik dari [ link ]

Apabila jatuhnya sistem pemerintahan Khalifah Islamiyah yang terakhir berpusat di Turki pada tahun 1924M, negara-negara umat Islam telah menghadapi penjajahan daripada kuasa-kuasa kuffar Barat seperti Britain, Perancis, Itali, Jerman, Rusia dan sebagainya. Penjajahan yang dilakukan bukan sekadar bermatlamat menguasai tanah-tanah milik umat Islam dan hasil buminya, bahkan lebih daripada itu mereka mahu menghapuskan Islam dan sekaligus mahu melenyapkan ketuanannya di muka bumi ini, yang telah bertahan selama lebih 1,000 tahun



Kesan daripada kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu

Negara-negara umat Islam menjadi lemah sehingga mudah dijajah satu persatu dan umat Islam mula diperkotak-katikkan dan ditindas selagi tidak mahu menerima perubahan yang dibawa oleh golongan Freemasom.
Di bawah ini dinyatakan secara ringkas peristiwa kejatuhan negara-negara umat Islam ke tangan penjajah

Tahun 1921 Saudi Arabia dan Iran
Tahun 1922 Mesir
Tahun 1932 Iraq
Tahun 1945 Jordan, Lubnan, Syria
Tahun 1947 India
Tahun 1948 Palestin
Tahun 1960 Somalia, Nigeria, Kuwait dan Algeria
Tahun 1970-an Afghanistan
Tahun 1990-an Bosnia, Kosovo, Chechen dan Dagistan
Tahun 2002 Afghanistan
Tahun 2003 Iraq

Sampai sekarang, umat Islam tidak mampu bangkit walaupun mempunyai jumlah penduduk yang begitu ramai jika hendak dibandingkan dengan puak kuffar. Contoh yang paling jelas ialah kelemahan bangsa Arab dalam menangani isu Palestin. Masing-masing beranggapan bahawa ia adalah isu dalaman Palestin yang tidak ada kaitannya dengan Islam. Lebih daripada itu, pemimpin-pemimpin Arab bersekongkol dengan Yahudi, Amerika Syarikat, Britain dan sekutu-sekutunya untuk menjayakan misi dan visi jahat Freemasonry.

Di bawah ini dinyatakan jumlah sebenar bangsa Arab secara terperinci sebagai bukti bahawa tanpa kesatuan di bawah Khilafah Islamiyah, mana mungkin mereka dapat menghalau keluar Yahudi dari bumi Palestin, walaupun bilangan mereka berpuluh-puluh kali ganda

1. Mesir -70 juta orang
2. Sudan -35 juta orang
3. Maghribi -30 juta orang
4. Al Jazair -30 juta orang
5. Iraq -24 juta orang
6. Saudi Arabia -20 juta orang
7. Syria -16 juta orang
8. Yaman -16 juta orang
9. Tunisia -10 juta orang
10. Somalia -7 juta orang
11. Palestin -6 juta orang
12. Libya -6 juta orang
13. Jordan -5 juta orang
14. Lubnan -4 juta orang
15. Mauritania -3 juta orang
16. Oman -3 juta orang
17. Al Imarat -3 juta orang
18. Kuwait -2 juta orang
19. Qatar -1 juta orang
20. Bahrain -1 juta orang
21. Djibouti -1/2 juta orang

Jumlah keseluruhan bangsa Arab di 21 negara umat Islam ialah lebih kurang 300 juta orang. Jumlah bangsa Yahudi di Palestin mengikut bancian [census] tahun 1994 hanya 5 juta orang sahaja. Manakala jumlah keseluruhan bangsa Yahudi di seluruh dunia terutamanya di Amerika Syarikat, Britain, Rusia, Poland, Perancis dan Turki ialah 15 juta orang

Gerakan FREEMANSONARY
Musuh Dalam Menghancurkan Islam
Penulis: Hj. Nik Azran Muhamed, Hj.Mohd Mahadi Hj. Isa
La Khauf Resources 2005



Detik Kejatuhan turki

Sebuah taman bernama Daulah
retak seribu oleh kesombongan bangsa
Seorang khalifah yang gigih memerintah
Mengekang rekah dari terbelah
bagai terdengar bisikan di pusaramu
Wahai muslimin sekalian alam, Bersatulah!

Di sisi persemadianmu
ku tekenang semalam
Hari-hari indah bahagia
Islam pernah gemilang
tiada penderiaan
Keimanan pun dirasa
Islam yang gagah bertathta
Rahmat Alam  semesta

Langit tidak akan cerah selamanya
mendung datang bersama gerimis kedukaan
rebahlah umat bersama cacatan sejarah yang hitam
kekallah dunia dalam hina selamanya

Bumi turki menyaksikan pengkhianatan agama
mahkota negara jatuh berkecai tidak tersisa
lemaslah ummah dalam pelukan kemajuan yang bersdusta
Islam dan Al-Quran di perhina terpenjara
seorang Iblis yang durjana yang bertopengkan manusia
Membutakan mata rakyatnya dengan janji dunia
bagai tak punya agama
hidup membina harta
islam baru yang dicipta
Jauh dari tuhanNya

Manusia yang mulia di bumi yang bahagia
kau hancurkan sejarah warisan perjuangan mereka
namun, lupakah engkau yang islam itu di tangan tuhanNya
langit tidak akan mendung selamanya

Bumi turki menyaksiakan kebangkitan kali kedua
menjejaki perjalanan hari-hari semalam yang dilupa
bersemadilah kau dalam kemurkaan Tuhan yang esa
Islam akan dikembalikan ke TahtaNya...



Puisi untuk yang masih berasa Muslim

Wahai Muslim, khabarkan kepadaku,
bilakah kau akan marah?
Jika miik kita yang suci dihina,
dan tempat kita dihancurkan
dan kau tidak menjai marah?
Jika sifat kesatria kita dibunuh,
dan kehormatan kita diinjak-injak?
dan dunia kita berakhir,
dan kau tidak menjai marah?

Jadi, beritahu aku bilakah akau akan marah?
Jika harta kita dirampas,
dan institusi kita diruntuhkan,
dan masjid kita dihancurkan,
dan masjid Al-Aqsa dan Al-Quds kita
tetap dirampas,dan kau tak menjadi marah?

Jadi,beritahu aku, bilakah kau akan marah?
Musuhku jua musuhmu menghina kehormatan,
darahku dijadikan mainan dia,
dan kau jadi penonton permainan?
Dan kau duduk seperti boneka bisu,
hanya mengisi perut.
Kau habiskan malam dengan wang.
Aku lihat kematian di atas kepala-kepala kami.
dan kau tidak menjadi marah?

Jadi terus terang sahaja  kepadaku,
jangan malu-malu,
kamu berda di umat yang mana?
Jika kau juga derita, apa yang kami derita,
tidak menjadikan kamu ingin membalas,

Maka usah bercakap
kerana kau bukanlah kami,
mahupun bahagian dari kami,
bahkan kau juga bukan manusia.
Jadi hiduplah sebagai kelinci,
dan matilah sebagai kelinci.
-hamba Allah-

Tuesday, March 2, 2010

Infaq demi kelangsungan dakwah Islam


Assalamualaikum Warahmatullah...

Berlabuhnya tirai 2009, maka berakhirlah usul yang dibawa oleh Saudara Khusaini bin Yusuf dan disokong oleh Saudara Hairul Nizam Bin Mat Hussain dalam Muktamar Sanawi 2009. Usul yang dipersetujui sekalian perwakilan memungkinkan PMRAM bakal memiliki aset kekal iaitu syaqah bagi memudahkan pengurusan di peringkat pimpinan setelah pejabat PMRAM di Abasiyah dihalau keluar di atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
Sementelah usul dimeterai, pihak Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM telah mewujudkan satu unit baru iaitu Unit Dana Syaqah PMRAM (UDS) bagi melancarkan lagi perlaksanaan usul berkenaan. Saudara Khairul Amri Bin Helmi Azhar selaku pengarah dan timbalannya Saudari Mahfuzah Binti Saidina Abu Bakar, menyatakan sebulat suara akan meneruskan gerak kerja bagi mencapai matlamat memiliki syaqah milik PMRAM yang tertangguh. Berkat kerjasama PMRAM, BKAN dan DPM, PMRAM telah berjaya menambah jumlah kutipan walaupan ia agak tersasar dari jumlah yang ditetapkan. Seusai 9 bulan bermula dari hari muktamar, iaitu bertarikah 31 Disember 2009, Naib Presiden 3 merangkap Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM, Saudara Zuhaili Saiman, telah mengumumkan jumlah hasil kutipan terkini sebanyak LE 330 000.00 dan bermakna usul yang di bawa oleh penasihat PMRAM masih belum dapatl dilaksanakan.

Seputar isu perlaksanaan usul, dapat dinilai sejauh manakah slogan KITA PMRAM, mampu diadaptasikan dalam hidup bepersatuan. Juga slogan SATU FIKRAH SATU AMAL di amalikan dalam urusan seharian Persoalan yang timbul, adakah ia sekadar meniti di bibir manis sang penutur, atau sebaliknya? Memandangkan jumlah kutipan masih belum dapat dicapai dengan jayanya, UDS PMRAM akan terus menggerakkan jentera mereka bagi merealisasikan usul yang telah dilaksanakan kira-kira 9 bulan yang lalu dengan menggiatkan pelbagai lagi usaha dan diharap mendapat dokongan dari setiap sudut.

Dengan ini, dari barisan saf kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh mereka yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung, juga kepada penyumbang-penyumbang dalam dan luar Mesir,serta ahli dan bukan ahli PMRAM di atas huluran ikhlas bertaut hubbu fillah. Semoga dengan sumbangan kalian mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.A bersesuaian dengan ayat suci yang bermaksud

" Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiraami oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (juga memadai). Dan Allah melihat apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Baqarah ayat 265)


Disediakan oleh :

NORRAUDAH HANUM BINTI HAJI SALIM,

KETUA UNIT KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN

HEWI PMRAM 2009.

sumber  :  http://pmram.org

Tambahan : Jom le pakat2 infaq wang/harta untuk dapatkan Syaqah PMRAM..Penting ni..SATU FIKRAH SATU AMAL

Monday, March 1, 2010

Kelebihan Beristighfar


Fadhilat beristighfar: 

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAWmenganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalanharian kita.

        Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akandikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yangtidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan berertiberdukacita"Fadilat Selawat - untuk renungan  Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing
tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.

         "Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.

"Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.Dengan kisah yang dikemukakan ini, moga kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
 
Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat. 

Thursday, February 25, 2010

GAMBAR KEDIAMAN RASULULLAH S.A.W. DAN KESAN SEJARAH DI MADINAH


PINTU RUMAH RASULLALAH

SERBAN , BURDAH DAN TONGKAT RASULALLAH

GAMBAR RUMAH SITI KHADIJAH

LAKARAN RUMAH SITI KHADIJAH

TEMPAT SITI FATIMAH DI LAHIRKAN

MIHRAB TEMPAT MENYAMBUT TETAMU

BAHAGIAN RUANG TAMU

MUSALLA RASULALLAH

PEDANG RASULALLAH

PEDANG SALAH SEORANG KHALIFAH AR-RASYIDIN

KA'ABAH DI MAKKAH

KUNCI PINTU KA'ABAH

Nahnu Fidaaka Ya Rasulallah...


Assalamualaikum 
Hari ini genaplah 12 Rabiul Awal 1431 H..Pada tarikh ini juga lahirnya junjungan mulia, kekasih Allah(12 Rabiul Awal tahun Gajah).


Perkongsian bersama : Subhanallah...sungguh, air mata yang mengalir sukar dibendung bilamana menonton video ini.Kata-katanya begitu menyentuh hati.




Sebuah kisah kelahiran Agung...

Kelahiran Nabi Muhammad SAW

    
Di kala umat manusia dalam kegelapan dan kehilangan pegangan hidupnya, lahirlah ke dunia dari keluarga yang sederhana, di kota Mekah, seorang bayi yang kelak membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban dunia. Bayi itu yatim, bapaknya yang bernama Abdullah meninggal 7 bulan sebelum dia lahir. Kehadiran bayi itu disambut oleh datuknya Abdul Muththalib dengan penuh kasih sayang dan kemudian bayi itu dibawanya ke kaki Ka'abah. Di tempat suci inilah bayi itu diberi nama Muhammad, suatu nama yang belum pernah ada sebelum­nya. Menurut penanggalan para ahli, kelahiran Muhammad itu pada tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah atau tanggal 20 April tahun 571 M. 
 
   
Adapun sebab dinamakan tahun kelahiran Nabi itu dengan tahun Gajah, kerana pada tahun itu, kota Mekah diserang oleh suatu pasukan tentera orang Nasrani yang kuat di bawah pimpinan Abrahah, gabenor dari kerajaan Nasrani Abessinia yang memerintah di Yaman, dan mereka bermaksud menghancurkan Ka'abah. Pada waktu itu Abrahah berkenderaan gajah. Belum lagi maksud mereka tercapai, mereka sudah dihancurkan oleh Allah s.w.t. dengan mengirimkan burung ababil. Oleh kerana pasukan itu mempergunakan gajah, rnaka orang Arab menamakan bala tentera itu pasukan bergajah, sedang tahun terjadinya peristiwa ini disebut Tahun Gajah.

 
     
Nabi Muhammad saw. adalah keturunan dari Qushai pahlawan suku Quraisy yang berhasil menggulingkan kekuasaan Khuza’ah atas kota Mekah. Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qushai bin Kilab bin Murr’ah dari golongan Arab Bani IsmaiL Ibunya bernama Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah, di sinilah silsilah keturunan ayah dan ibu Nabi Muhammad saw. bertemu. Baik keluarga dari pihak bapak maupun dari ibu keduanya termasuk golongan bangsawan dan terhormat dalam kalangan kabilah-kabilah Arab. 

 
     
Sudah menjadi kebiasaan pada orang-orang Arab kota Mekah, terutama pada orang-orang yang tergolong bangsawan, menyusukan dan menitipkan bayi-bayi mereka kepada wanita badiyah (dusun di padang pasir) agar bayi-bayi itu dapat menghirup hawa yang bersih, terhindar dari penyakit-penyakit kota dan supaya bayi-bayi itu dapat berbicara dengan bahasa yang murni dan fasih. Demikianlah halnya Nabi Muhammad s.a.w. beliau diserahkan oleh ibunya kepada seorang perempuan yang baik, Halimah Sa’diyah dari Bani Sa’ad kabilah Hawazin, tempatnya tidak jauh dari kota Mekah. Di perkampungan Bani Sa’ad inilah Nabi Muhammad s.a.w. diasuh dan dibesarkan sampai berusia lima tahun.


Kematian Ibu dan datuk
 
   
Sesudah berusia lima tahun, Muhammad s.a.w. dihantarkannya ke Mekah kembali kepada ibunya, Situ Aminah. Setahun kemudian, iaitu sesudah ia berusia kira-kira enam tahun, beliau dibawa oleh ibunya ke Madinah, bersama-sama dengan Ummu Aiman, sahaya peninggalan ayahnya. Maksud membawa Nabi ke Madinah, pertama untuk memperkenalkannya kepada keluarga neneknya Bani Najjar dan kedua untuk menziarahi makam ayahnya. Maka di situ diperlihatkan kepadanya rumah tempat ayahnya dirawat di waktu sakit sampai meninggal, dan pusara tempat ayahnya dimakamkan. Agaknya mengharukan juga cerita Aminah kepada anaknya tentang ayahnya itu; demlkian terharunya, sehingga sampai sesudah ia diangkat menjadi Rasul dan sesudah Ia berhijrah ke Madinah, peristiwa itu sering disebut-sebutnya. 

 
   
Mereka tinggal di situ kira-kira satu bulan, kemudian pulang kembali ke Mekah. Dalam perjalanan mereka pulang, pada suatu tempat, Abwa’ namanya tiba-tiba Aminah jatuh sakit sehingga meninggal dan dimakamkan di situ juga. (Abwa’ ialah nama sebuah desa yang terletak antara Madinah dan Juhfah, kira-­kira sejauh 23 mil di sebelah selatan kota Madinah). 

 
   
Dapatlah dibayangkan betapa sedih dan bingungnya Muhammad saw. menghadapi bencana kemalangan atas kematian ibunya itu. Baru beberapa hari saja ia mendengar cerita ibunya atas kematian ayahnya yang telah meninggalkannya ketika Muhammad saw. dalam kandungan. Sekarang ibunya telah meninggal pula di hadapan matanya sendiri, sehingga ia sudah tinggal sebatang kara, menjadi seorang yatim-piatu, tiada berayah dan tiada beribu. 

 
   
Setelah selesai pemakaman ibundanya, Nabi Muhammad s.a.w segera meninggalkan kampung Abwa’ kembali ke Mekah dan tinggal bersama-sama dengan datuknya Abdul Muththalib.

 
    
Di sinilah Nabi Muhammad sa.w. diasuh sendiri oleh datuknya dengan penuh kecintaan. Usia Abdul Muththalib pada waktu itu mendekati 80 tahun. Dia adalah seorang pemuka Quraisy yang disegani dan dihormati oleh segenap kaum Quraisy pada umumnya, dan penduduk kota Mekah pada khususnya. Demikian penghormatan bagi kedudukannya yang tinggi dan mulia itu, sampai anak-anak­nya sendiri tidak ada yang berani mendahului menduduki tikar yang disediakan khusus baginya di sisi Ka’abah. 

 
    
Disebabkan kasih sayang datuknya, Abdul Muththalib, Muhammad s.a.w. dapat hiburan dan dapat melupakan kemalangan nasibnya kerana kematian ibunya. Tetapi, keadaan ini tidak lama berjalan, sebab baru saja berselang dua tahun ia merasa terhibur di bawah asuhan datuknya, orang tua yang baik hati itumeninggal pula, dalam usia delapan puluh tahun. Muhammad sa.w. ketika itu baru berusia delapan tahun. 

 
    
Meninggalnya Abdul Muththaiib itu, bukan saja merupakan kemalangsn besar bagi Muhammad saw. tetapi juga merupakan kemalangan dan kerugian bagi segenap penduduk Mekah. Dengan meninggalnya Abdul Muththalib itu, penduduk Mekah kehilangan seorang pembesar dan pemimpin yang cerdas, bijaksana, berani dan perwira yang tidak mudah mencari gantinya. 

 
    
Sesuai dengan wasiat Abdul Muththalib, maka Nabi Muhammad saw. diasuh oleh pak ciknya Abu Thalib. Kesungguhan dia mengasuh Nabi serta kasih sayang yang dicurahkan kepada anak saudaranya ini tidaklah kurang dari apa yang diberikannya kepada anaknya sendiri. Selama dalam asuhan datuk dan pak ciknya, Nabi Muhammad menunjukkan sikap yang terpuji dan selalu membantu meringankan kehidupan mereka. 
  
Rindu pada Rasulullah saw.....
Rindu kami padamu, ya Rasul…
Rindu tiada terperi…
Berabad jarak darimu, ya Rasul…
Serasa dikau di sini…

~Fadhilat Hari Jumaat~



Alhamdulillah.....terasa tenang pagi ini.Nikmat yang dikurniakan Allah SWT pada kita tidak terhitung banyaknya.

Bagi mahasiswa/wi Al-Azhar dan juga selaku ahli PMRAM, hari Jumaat dikhususkan kepada Muzakarah Berkelompok(MB)sahaja.Begitu juga bagi ahli DPM Mansurah yang telah sama-sama bersetuju dengan usul yang dibawa oleh Us Abdul Kadir b.Umar iaitu "Memegakan Muzakarah Berkelompok".Jadi selaku ahli mahupun kepimpinan, usul ini perlu dijayakan dengan sebaiknya.


JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).


Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.
Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.
“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”
Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).
Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
p/s : Mencari maklumat semasa untuk dibentangkan dalam MB.=)
Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog