Semanis Ukhuwwah

Showing posts with label Koleksi Gambar. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Gambar. Show all posts

Sunday, September 19, 2010

CINTAKU Di Sini...



 Tempat menuntut ilmu...Bangunan Jamiah Al-Azhar Kuliah Dirasat Islamiah Wal Arabiah Lil Banat, Mansurah

Di sinilah natijah imtihan ditampal sekitar bulan 8..~ saat paling mendebarkan..

Assalamualaikum..
Sudah lama benar rasanya blog ini dibiarkan tanpa coretan dari bumi anbiya'..Sebenarnya ana ini bukan orang yang bijak bermadah  atau pandai menulis..Susah juga nk cari mood untuk menulis.Kadang2 idea ada , tp susah pula nk mengatur huruf dan membentuk ayat...huhu..skill menulis masih lemah. Harap pembaca dpt faham apa yang ana nk sampaikan...=)
**************

InsyaAllah...jika ada rezeki dan tiada aral, Bumi Mesir ini bakal ana tinggalkan pada awal November akan datang. Perjuangan akan diteruskan di tanah air Malaysia. Mutiara ilmu yang dikutip dan pengalaman yang ditimba akan diaplikasikan di Malaysia.Doakan ana thabat. Sedih rasanya, bumi mansurah khususnya dan Mesir amnya banyak meninggalkan kenangan yang cukup manis buat ana.

Rasa bertuah kerana diberi kesempatan untuk berada di bumi Mansurah. Ini kerana Mansurah amat terkenal dengan bumi pertanian..senang cerita kawasan kampung. Ketika nama 'muqayyad' untuk mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah..apa yang terbayang di fikiran ana ialah  kawasan kampung yang jauh dari pembangunan, himar2(keldai) yang banyak, rumah yang jauh antara satu sama lain dsbg..Rupanya Mansurah tak seperti yang difikirkan. Mansurah juga bandar yang maju. Cuma, taraf hidup agak murah berbanding Kaherah.

kawasan kuliah yg berhadapan dengan suq
tuk-tuk....
 Perbelanjaan harian di bumi Mansurah ini memang cukup jimat. Untuk ke Kuliah ana tak perlu berbelanja untuk naik teksi atau tramco. Hanya berjalan kaki lebih kurang 5-8 minit dah sampai..erm, dekat kan? Kedudukan rumah ana(kawasan hayyu syarq) amat hampir dengan kawasan kuliah, suq(pasar), utubis dauli(stesen bas), jami' (masjid), bank HSBC dan dekat juga dengan Misr Thoiran (tempat beli tiket kapal terbang) Egypt Air. Dari segi Pengangkutan, untuk ke mana2 tambang teksi hanya LE1.50/LE2.00 (sekitar 80sen-RM1.00)dan tambang tramco(van) hanya LE 0.25-rubu'.Tambang tuk-tuk pula hanya LE 1.00 sahaja.Murah kan?

Alhamdulillah...dari segi perbelanjaan harian dapat dikurangkan. Cuma, bagi yang terlibat dengan pimpinan persatuan, banyak juga wang diperlukan seperti ulang alik ke Kaherah atas urusan mesyuarat, rosid(kredit) hp dsbg. Tapi, ini bukan masalah kerana bekerja untuk Islam memang menuntut pengorbanan. Moga masa, tenaga & wang yang dilaburkan mendapat ganjaran dan Redho Allah SWT.Ameen...

LE 1.00/ 1 Junaih / Egyptian pound
 Dari sudut Ilmu&Thaqafah, pihak kepimpinan (DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA/WI MANSURAH) menyediakan lapangan yang luas untuk warga mansurah menuntut ilmu. Kelas Tafaquh dan daurah kitab turut diadakan saban minggu. (tawaquf ketika imtihan). Bagi yang nak menambah ilmu&thaqafah lain, perlu ada inisiatif sendiri untuk ke Kaherah, Masjid Azhar atau di tempat2 lain.

Sistem pembelajaran Al-Azhar agak berbeza dengan universiti2 lain di Malaysia atau di tempat lain. Di sini, memang betul2 rasa tarbiyah Allah swt. Untuk imtihan, pelajar perlu usaha betul2 kerana tidak ada markah bantuan assignment, markah kehadiran, markah kerja kumpulan@ ujian bulanan seperti di kebanyakan kampus. Sistem pengajian sebanyak 2 sesi , sesi 1 pd bln 10-bln 2 dan sesi II pada bln 3-bln7. Selepas usaha, doa dan tawakkal perlu benar2 diserahkan pada Allah swt.

Tempat imtihan dijalankan
Untuk berjaya, tidak hanya memerlukan pada usaha mentelaah kitab@nota semata-mata. Akan tetapi, doa dan tawakal pada Allah swt. Sikap bantu membantu antara rakan sepengajian, amalan bersedeqah, akhlak sesama rakan @ hablul minallah & hablul minannas perlu dijaga sebaiknya.Natijah(keputusan) imtihan akan keluar sekitar bulan 8 pada setiap tahun. Waktu inilah kita perlu "redho" dengan sebarang natijah. Samaada Jayyid, Manqul/manqulain(bawa madah) @ Rasibah(gagal) perlu diterima dengan hati yang lapang.

Untuk najah/ naik tahun semuanya bergantung pada rezeki dari Allah. IQ atau kepandaian seseorang bukannya ukuran..Ada juga pelajar yang dapat mumtaz ketika STAM dan najah ala' tul ketika tahun satu hingga tahun empat.Tiba2..natijah akhir ketika tahun empat, dia ia'dah(mengulang). Bukan kerana dia tidak usaha tetapi taqdir dari Allah swt. Belum ada rezeki..jadi, perlu terima seadanya. Ada juga sahabat ana yang tidak mengambil peperiksaan dalam satu madah..bila keluar natijah, madah yang tidak diambil tu lulus.Bila jumpa doktor kuliah, doktor memang sengaja bagi lulus sebab sahabat ana ni berakhlak baik..Erm, Semuanya bergantung pada rezeki masing2 kan?...Jadi ana memang cukup tidak setuju kalau ada yang menyatakan, pelajar Al-Azhar pemalas , membazir masa dengan belajar bertahun2 di Mesir atau sebagainya..=(

Bilik ana di bait Fadhilatul Ehsan


Rumah ana di belakang imarah(bangunan) yang berwarna hijau tu..:)
Lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi ana akan meninggalkan bumi ini..erm..sedih =(.

Sungguh...ana benar2 jatuh cinta pada bumi ini, Ardhil Kinanah..Moga diberi kesempatan lagi untuk ke sini...Doakan!

Salam juang,
Fadhilah Esa

Saturday, June 19, 2010

Universiti Al-Azhar

 Sejarah al-Azhar secara umum

http://makah2008.files.wordpress.com/2009/02/masjid-al-azhar-mesir.jpg
Al-Azhar adalah sebuah universiti Islam pertama di dunia yang telah diasaskan oleh Khalifah Aziz Billah. Masjid Al-Azhar telah dimulakan pembinaannya pada tanggal 4 April 970 M di ibu negara Mesir, Kota Kaherah. Kerja-kerja pembinaannya selesai pada hari Jumaat 22 Jun 972 M. Pada tahun 988 Masihi seorang wali kerajaan Abbasiyyah di Mesir - Yaakub bin Kals telah mencadangkan kepada pemerintah zamannya iaitu Khalifah Aziz Billah untuk menjadikan masjid tersebut sebagai sebuah Jamiah (universiti) yang menawarkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Pelajar Melayu telah mula merantau ke Al-Azhar sejak tahun 1918 lagi. Sejarah perjuangan penuntutan ilmu di kalangan pelajar-pelajar Melayu di Mesir telah berpusat di Kaherah daripada tahun 1918 sehinggalah ke tahun 1991 apabila 18 orang mahasiswi mula dihantar ke cawangan Al Azhar di Iskandariah. Ini bermakna perjuangan pelajar-pelajar Melayu terutamanya pelajar-pelajar daripada tanah nusantara sehinggalah pelajar Malaysia kini telah berpusat di Kaherah selama 73 tahun sebelum mereka dipecahkan ke muhafazah-muhafazah (cawangan) yang pelbagai bermula tahun 1991 dan 1992 kepada 4 muhafazah iaitu Damanhur, Tanta, Shibin el Kom dan Mansurah. Pada tahun 1994 pula, Mahasiswa Malaysia telah dihantar ke 2 buah muhafazah lain iaitu Dumyat dan Zaqaziq.

Universiti Al-Azhar Cawangan Mansurah

[DSCN4140.JPG]
Universiti Al Azhar Mansurah (kuliyyah banin)

Al Azhar mansurah Siswi.jpg
Universiti Al-Azhar Mansurah ( kuliyyah banat)

Universiti Al-Azhar Mansurah adalah salah satu cawangan dari Universiti Al-Azhar yang berpusat di Kaherah.Bermula pada tahun 1992, penghijrahan pelajar Malaysia ke bumi Mansurah membawa seribu kenangan pahit manis yang tidak dapat dilupakan. Al-Azhar Mansurah menyediakan dewan kuliah bagi siswa dan siswi secara berasingan.
Fakulti siswa bertempat di sebelah Murur manakala fakulti siswi bertempat di Dirasat. Menyentuh mengenai sistem pembelajaran di Universiti Al-Azhar Mansurah terdapat perbezaan antara Universiti Al-Azhar dan universiti tempatan di Malaysia. Dari sudut bahasa,bahasa penghantar yang digunakan adalah bahasa Arab sepenuhnya. Manakala sukatan pelajaran adalah sama dengan pelajar Arab lain dan tidak wujud perbezaan antara pelajar asing dan pelajar tempatan.

Pada setiap hari kuliah akan dijalankan melainkan pada hari Jumaat. Jika ditinjau, seawal jam 8.30 pagi sudah ramai siswa dan siswi yang berpusu-pusu menuju ke kuliah masing-masing bagi mengutip mutiara hikmah yang akan diajarkan oleh Doktor di kuliah sehinggalah lewat jam 3 petang.
Kesungguhan ini menjadi medan ujian bagi ikhwah mahupun akhawat yang bakal bergelar graduan Al-Azhar walaupun terpaksa berhadapan perubahan cuaca yang bermusim di bumi Anbiya' ini. Bidang pengajian yang ditawarkan di Universiti Ál-Azhar Mansurah ialah Fakulti Usuluddin dan Fakulti Bahasa Arab bagi siswa. Manakala bagi siswi pula Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab yang meliputi Jabatan Usuluddin, Jabatan Bahasa Arab dan Jabatan Syariah Islamiyah.

Fadhilah binti Esa
Penuntut tahun akhir
Kuliyyah Syariah Islamiah
Universiti Al-Azhar, Mansurah

Wednesday, June 9, 2010

Pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu

Papan tanda Pondok Pak Teh

 
Pondok Penginapan Pelajar Perempuan


 Pengajian di pondok yg dikhususkan untuk akhawat.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..imtihan tahriri dah abis. Masih menunggu imtihan syafawi Quran pada 27 Jun ini. Mohon doa dari semua agar najah dalam imtihan tahun ini. 

Entri kali ini ana paparkan beberapa gambar sekitar PONDOK PAK TEH yang agak terkenal di Pengkalan Hulu Perak. Kedudukan pondok ini amat hampir dengan rumah ana. Hanya 5minit perjalanan (motor) nak ke pondok ini. Lebih kurang 2minggu sebelum datang ke Mesir, ana sempat belajar dan tinggal di pondok ni untuk belajar nahu dan kitab2 turats yang lain. Rugi pula rasanya jarang untuk belajar di pondok ni dulu..mungkin sebab tinggal di asrama/ bersekolah di luar & jarang balik rumah( hehehhe..alasan). Bila berada di mesir ini baru terasa amat rugi tak belajar &ikut pengajian di pondok. Ye la..nahu pun tak mantap lagi. InsyaAllah...balik Malaysia tahun ini, ana tak akan lepaskan peluang untuk menimba ilmu di sana.=)

Mudir Madrasah
Tuan Guru Hj Abdul Lattif Abdul Rahman(Pak Teh)

SEJARAH AWAL PERTUBUHAN PNDOK PAKTEH
 
MADRASAH AD-DINIAH AL-LATIFFIAH atau dikenali dengan nama pondok pakteh merupakan salah satu pusat pendidikan agama berasaskan pondok tinggal dinegeri perak darul ridzuan. Pondok pakteh diambil nama semperna dengan nama tuan guru abdul latif. Pondok pakteh ditubuhkan 1967 iaitu oleh tuan guru sendiri. Tuan guru merupakan anak yatim kampung, berhampiran kg.kuak hulu. Toriq atau sistem pengajian masih dikekalkan cara menadah kitab umum (pelajar duduk behadapan dengan tuan guru) kitab-kitab yang digunakan adalah kitab-kitab turas atau dipanggil kitab kuning yang mashyur hasil karangan ulama' – ulama'
terkemuka.
Pengajian disini meliputi ilmu tauhid, tassawuf, feqah, hadis ,tafsir dan segala ilmu cabang agama. Diawal tubuhan pondok tuan gurumenerima 17 orang pelajar sahaja. Tempat awal pengajian diadakandisebuah balai kecil yabg dibina diperkarangan rumah tuan guru. Kadang kala pengajian di adakan mengikut kesesuaian cuaca. Pondok tempat penginapan pelajar pula dibina sendiri disuatu tempat yang lapang. Para pelajar akan masuk sendiri dan belajar "ihtiar" hidup

Tambahan :
Teringat kenangan belajar di sini dulu...Oleh kerana xde pondok yang kosong, jadi ana ditempatkan bersama seorang adik(umur 14 tahun) dari Gerik. Alhamdulillah... Realiti hidup di pondok ini mengajar penuntut ilmu erti 'berdikari' dan jauh dari kemudahan dan keselesaan. Belajar dalam keadaan begini sebenarnya lebih mudah ilmu nak masuk. 
Dengan keadaan pondok yang tidak dibekalkan elektrik, kami hanya menggunakan cahaya pelita dan lilin untuk belajar, mengulangkaji & menghafal matan2 .. kalau nak masak, hanya menggunakan dapur minyak tanah..Memang habis baju bau minyak gas..Ditakdirkan pondok kami ni memang banyak tikus. Memang x lena tidur dibuatnya. Makanan seperti gula, biskut,dan sebagainya memang kena letak dalam tin. Kalau lauk pauk hilang ke...dah tau dah angkara siapa..(Cik Tie) =)..

Walaupun hidup dalam keadaan begini..semangat nak menuntut ilmu xpernah luntur..Malah makin bertambah. Kami  perlu hafal matan jurmiah, matan bina, dan matan2 yang lain..kena bangun awal ke surau dan diwajibkan solat berjamaah.Kalau tak..masa nak tasmi nnti, terkebil2 bila kena marah ngn ustaz..

Suasana paling  'syahdu' ketika mana sebelum subuh. Zikir akan kedengaran dari surau. Sayup je dengar...dan boleh menitiskan air mata.. Ramai2 akan ke surau untuk solat tahajjud seterusnya solat subuh dan bacaan kitab turats dari ustaz. Bestnya saat tu...rindu nak menadah kitab dan menuntut ilmu dari mualim2 yang begitu tulus dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu..
Moga diberikan lagi ruang dan masa untuk itu..

Pada sahabiah2 yang nak ke Pondok PakTeh..bolehla singgah di rumah ana. Rumah terakhir di Malaysia cz bersempadan dengan Betong, Thailand.=) Ini alamatnya :
122 Kampung Tanjung Luas, Air Panas, 33100 Pengkalan Hulu. Perak D/R

Fadhilah Esa
Kuliyyah Syariah Islamiyyah
Universiti Al-Azhar Mansurah

Thursday, April 8, 2010

Hasil karya Abang Sabrie..

Assalamualaikum.....

Entri kali ini ana paparkan sebahagian dari karya abang(abang kandung).Merupakan anak yang ke 3 dari 10 beradik.Kagum dengan 'hasil tangan' abang nie.Terkejut dengan duit RM100 yang diubah suai dengan meletak gambar dia pada gambar Agung.Kalau Agung tengok sure kena saman ni..Emm,gambar ni dari Facebook abang.Katanya, kalau nak print je banyak2.. :)
ini pula gambar Paklah berjabat tangan dengan Tun Dr Mahathir.Real tak? tak siap lagi rasanya...
                                                 Ini pula...emm,tak tau la pula gambar siapa..
 hasil lukisan 'tangan emas'


ni pelukisnye..Sarjan Mohd Sabri Esa

Tambahan :
Tengah mengkaji hukum melukis gambar manusia/ makhluk yang bernyawa..segala bentuk perkongsian ilmu dari pembaca dialu-alukan..

-Fadhilah Esa
  10.59 am



Monday, March 22, 2010

Tarikan SuQ Dirasat Mansurah

Sayur khussah..Dikatakan sayur yang dimakan oleh Nabi Yunus ketika keluar dari perut
ikan Nun.Enak dibuat ulam.:)
Assalamualaikum wbt...

Posting kali ini ana paparkan beberapa gambar di Suq(pasar) kawasan Dirasat,Mansurah.Ana kira ini pasar yang paling panjang dan besar di Mansurah.Memang best membeli belah di pasar ni.Selain dari harganya yang jauh lebih murah dari Suq Kaherah atau kawasan bandar2 lain,sayur mayur yang dijual juga amat segar dan sizenya yang besar berbanding di Malaysia.Berkat bumi anbiya'.Kawasan tanaman yang baik dan berhampiran sungai Nil antara faktor utama suburnya tanaman.Paling utama, inilah bukti kebesaran Allah swt..:)

Sungai Nil...sungai yang terpanjang di dunia
Photobucket

 Antara pemandangan sawah dan ladang sayur orang Mesir.Tenang je..macam kat Malaysia..Tapi ada pokok kurma yang membezakan 2buah negara.
 
Terfikir juga,kenapalah sayur dari mesir tak dieksport ke negara-negara lain? Bukan sayur sahaja, barangan2/produk2 keluaran tanah arab ni amat sukar nak diperoleh di negara2 lain contohnya di Malaysia.Amat jarang atau terlalu sukar nak dapatkan barangan seperti makanan,alatan2 lain di tempat kita.Akan tetapi,kedai2 yang menjual brangan keluaran yahudi/israel ini terlalu mudah untuk dilihat.Kebanyakan gerai2 kecil sehinggalah pasar raya terpampang kalimah "coca cola, pepsi,cadbury dsb...

Inilah sebenarnya rancangan pihak Kuffar.Ekonomi dunia dikuasai oleh Yahudi.Kekayaan negara2 Islam banyak dikaut oleh mereka.Penjajahan demi penjajahan dilakukan ke atas negara2 Islam demi menyebarkan fahaman2 sekular.Ini anatara sebab ekonomi Mesir hanya berlegar di bumi sendiri.Kalaulah hasil2 bumi Mesir dan tanah arab lain dieksport ke luar, maka sudah tentu Ekonomi Islam akan mengatasi ekonomi Barat.Islam akan berjaya menguasai media2,perdagangan,perkilangan,pendidikan seterusnya Daulah Islamiah dapat diwujudkan..Alangkah indahnya bila tiba saat itu...:) (banyak lagi faktor dan usaha2 yang perlu dilakukan oleh umat Islam untuk mendapatkan semula khilafah yang diragut oleh kuffar).

Berbalik pada tajuk...

Bila tengok sayur yang besar ni hati ni betul2 teringatkan mak ana di kampung.Mak suka sangat tanam menanam ni..tak kiralah pokok bunga ke,sayur ke,pokok buah ke dsb...Pesan mak "fadhilah,tak payahlah beli jubah ,baju ,membazir  semua tu.Kat sini(malaysia) pun banyak.Kalau boleh bawa balik benih sayur dan buah .Mana tau,kot2 boleh tanam kat sini".Itulah pesan mak pada ana.
Gargil yang mempunyai banyak khasiat.

Pernah juga ana kirim pada kakak benih sayur gargil pada mak.Seronok betul mak.Benih sayur tu mak tanam belakang rumah.Alhamdulillah..dengan kuasaNya sayur tu tumbuh.Tapi,takla besar macam di mesir ni cz iklim yang berbeza.Dapat juga keluarga merasa sayur dari mesir walaupun berada di Malaysia.Gargil ni seakan-akan daun pegaga..senang je nak tanam dan benihnya seperti biji sawi.Kalau tak silap ana, hanya tabur je atas batas.Betul tak? perlu juga disiram dan dibaja untuk dapatkan hasil yang terbaik..Kalau di Mesir ni,gargil diproses menjadi minyak rambut.(Banyak dijual di Suq Libya).Sesuai dipakai bagi sesiapa yang mengalami masalah keguguran rambut dan inginkan rambut yang sihat.....Ok,boleh cuba nanti.

Ammu ni agak sporting juga.Selepas tawar menawar dapat juga beli ikan dengan harga yang murah:)
 Buah Khu'(peach) yang banyak dijual di musim panas(saifi) 
 Ammu ni nak mintak beli ayam dia.Ayam ni akan disembelih,dicabut bulu, dipotong seerusnya dibersihkan depan mata kita..memang segar.
                                                                      
Antara gerai yang menjadi tumpuan ana di Suq.:)

Tambahan : Mohon maaf, laptop ni bermasalah skit.Banyak lagi gambar yang nak diupload sebenarnya.Insyaallah ana akan paparkan pada entri akan datang..;)nantikan..


Fadhilah Esa
9.50pm

Thursday, February 25, 2010

GAMBAR KEDIAMAN RASULULLAH S.A.W. DAN KESAN SEJARAH DI MADINAH


PINTU RUMAH RASULLALAH

SERBAN , BURDAH DAN TONGKAT RASULALLAH

GAMBAR RUMAH SITI KHADIJAH

LAKARAN RUMAH SITI KHADIJAH

TEMPAT SITI FATIMAH DI LAHIRKAN

MIHRAB TEMPAT MENYAMBUT TETAMU

BAHAGIAN RUANG TAMU

MUSALLA RASULALLAH

PEDANG RASULALLAH

PEDANG SALAH SEORANG KHALIFAH AR-RASYIDIN

KA'ABAH DI MAKKAH

KUNCI PINTU KA'ABAH

Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog