Semanis Ukhuwwah

Sunday, March 21, 2010

Perkahwinan Us Yasidah dan Us Zahid di akhbar Metro.

LAMBOR: Pasangan pengantin baru Mohd Zahid Abu Bakar, 29 yang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan pasangannya Yasidah Abu Bakar, 27, di sini, mencatat sejarah unik apabila melangsungkan perkahwinan sidang video dengan mewakilkan abang pengantin lelaki, Mohd Nikman, 33, untuk akad nikah. 

CANGGIH...Yasidah berhubung dengan suaminya, Mohd Zahid melalui sidang video.
CANGGIH...Yasidah berhubung dengan suaminya, Mohd Zahid melalui sidang video.
“Keputusan melakukan pernikahan secara sidang video diambil kerana suami (Mohd Zahid) tidak dapat pulang ke tanah air. Malah dia bertekad tidak akan pulang selagi tidak menggenggam ijazah dalam bidang Usuluddin.

“Selepas berbincang dengan kedua-dua belah keluarga, kami akhirnya bersetuju mewakilkan abang Mohd Zahid untuk majlis akad nikah. Walaupun nampak kompleks, saya bersyukur semuanya berjalan lancar mengikut hukum syarak walaupun tanpa kehadiran suami.

“Saya bersyukur hubungan kami berakhir dengan perkahwinan dan saya bercadang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam jurusan Syariah di Universiti Al-Azhar, sekali gus membolehkan kami tinggal bersama di sana,” kata Yasidah yang berasal dari Parit 13, Titi Gantung, Bota.

Menceritakan detik pertemuan dengan suaminya di Mesir, beliau berkata, perkenalan singkat dalam persatuan amar maaruf membawa kepada ikatan pertunangan pada 25 Disember 2009.
“Kami merancang berkahwin dalam tempoh tiga bulan selepas bertunang dan majlis akad nikah hari ini (kelmarin) melengkapkan perjanjian itu.

“Bagi kami perkahwinan ini adalah ikatan percintaan, sekali gus menjaga adab dan nilai kesucian agama kerana kebebasan tanpa had dan sempadan tanpa ikatan bakal mengundang keruntuhan moral dan mencemarkan kesucian agama,” katanya.

Sementara itu, Naib Kadi kawasan Bota/Lambor, Omar Tahir, berkata upacara akad nikah terbabit sah mengikut syarak walaupun pengantin lelaki diwakili oleh abangnya.

“Saksi dan orang ramai yang mengikuti sidang video secara langsung ini juga tidak mempunyai masalah mengenai status pengantin lelaki kerana mereka dapat melihatnya secara jelas dalam komputer,” katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pengantinciptasejarah/myMA/myArticle

Tambahan:

Mabruk Kak Dah.Terkejut juga bila pagi tadi dikhabarkan mengenai berita ini.Ye la,ana kenal benar dengan pengantin perempuan.Seorang kakak dan sahabat seperjuangan.Sama2 belajar ketika di UDM kampus KUSZA.Belajar sama2 di Pondok Sungai Bakap,bekerja di DESANIKA Bangi,satu kumpulan BTN(Biro Tata Negara),dan kami berdua juga merupakan pelajar kusza yang terlepas dari senarai untuk penerbangan ke Mesir disebabkan masalah borang zakat.Namun alhamdulillah,dapat juga datang walaupun lewat seminggu dari tarikh yang dijangkakan.Kagum benar dengan semangat dan kesungguhan kak dah belajar.Orang yang sangat mantap dalam akademik.Kerap menerima anugerah Dekan di KUSZA dahulu.Pakar Nahu dan merupakan antara 'tok guru' tahun 4syariah,Mansurah.Beliau juga antara guru UKBA(Unit Kelas Bimbingan Akademik) DPM Mansurah.Beliaulah yang selalu kami jadikan rujukan untuk memahami kitab2 kuliah.

Alhamdulillah...doa dan impian kak dah untuk berumahtangga dimakbulkan Allah swt.Mungkin berkat 'doa' di bumi Anbiya'.Bumi yang kaya dengan sejarah Islam dan dipenuhi dengan ulama' dan masyaikh Azhar.InsyaAllah..kepada sahabat/iah yang nak sesuatu hajat yang baik, banyakkan doa ye.Moga Allah perkenankan doa kita..:)

Ana doakan supaya hidup mereka sentiasa berada dalam rahmat Allah swt.Moga alam perkahwinan ini dijadikan medan untuk sama2 berjuang demi agama Islam dengan lebih bersemangat.InsyaAllah...

-Fadhilah Esa-
9.48 am- Bait JM, Mansurah

1 comment:

Muhamad Amirul bin Hasim said...

semoga berbahagia hingga ke syurga. :-)

Related Posts with Thumbnails

:: Seuntai Madah ::

Blog

Blog